Header Ads


NO OPEN HOUSE THIS YEAR #KITAJAGAKITA


NO OPEN HOUSE THIS YEAR #KITAJAGAKITA | Mohon ampun mohon maaf, jika sebelum-sebelum ni rumah Sis tak pernah tak buat open house tapi untuk tahun ni, bukan terpaksa tapi atas kehendak dan keselamatan bersama, makanya Sis sekeluarga amik langkah berjaga-jaga dan tidak akan buat open house untuk tahun 2020 ni.

Banyak aspek Sis amik kira sebelum amik keputusan, sebab perancangannya ada majlis penting akan berlangsung sekali dengan open house tu, tapi demi untuk menjaga kesihatan dari penularan wabak Covid19 dan juga atas nasihat kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ni, Sis dan Suami amik keputusan sepakat NO OPEN HOUSE THIS YEAR .

Aspek pertama yang Sis amik peduli, Suami sendiri pun tak sihat, ada penyakit kronik, begitu juga Sis, kemudian Emak Sis juga ada Cancer Payudara, dan family Sis ramai kanak-kanak kecil so risiko jangkitan tu tinggi, lagi kalau dah berkumpul ramai-ramai dalam satu majlis, mestinya laa nanti akan jadi hal kan.. so better laa mencegah dari berlaku yang tidak di ingini.

Nak ziarah raya ke rumah Emak raya ni pun, kami adik beradik tengah sepakat, datang mengikut giliran dan tidak berkumpul ramai-ramai, takpelah kita berkorban tahun ini, janji bersyukur juga Emak duduk dalam negeri dan daerah yang sama dan jarak memasing tak lebih dari 20km pun.

Biasa tiap tahun kami semua pakat datang kumpul rumah Emak sebelum solat Hari Raya, so tahun ni, terpaksa pakat, datang ikut giliran dan bertolak ansur supaya tak serentak dalam satu masa.


Biarlah orang nak kata apa, annoying ke, paranoid ke, janji kita bertindak, buat keputusan yang bijak demi keselamatan semua. Raya tetap raya seperti biasa, cuma meriahnya dan banyak masa dirumah sendiri aje la yang lebihnya. Masak, makan dan lepak menonton tv di rumah aja.

Bersalam-salaman raya tu masih boleh lagi, janji duduk dalam satu rumah dan amalkan kebersihan diri. Nak ke sana sini pun beraya walau ke rumah Emak, kena ikut SOP. Pakai masak, guna hand sanitizer dan juga jauhkan jarak antara satu sama lain. Jangan ingat satu keluarga, boleh duduk rapat-rapat, kita tak tau mereka itu bebas atau tidak dari wabak virus Covid19 kan..

PM kata boleh ziarah raya antara jiran dan keluarga terdekat, janji limit 20 orang dalam satu masa...ermmm korang ada berani? Boleh percaya jiran atau sedara mara ko tu pun bebas dari wabak Covid19? Untuk Sis NO!...#JustStayAtHome and #StaySafe.

Takpe, kiriman ucapan maaf raya boleh je buat dengan hantar mesej wahtsapp, MMS, atau banyak lee caranya, dalam keadaan macam ni Sis rasa ramai yang faham, jangan kata kita ni meyombong taknak ziarah raya, kena faham situasi sekarang, lantak lee orang nak kata apa, janji #KitaJagaKIta.

Kalau ada yang degil nak ziarah juga...haaa ni Sis bagi idea untuk korang...korang boleh buat macam dalam gambar di bawah ni..



Hehehehe... Gambar kredit dari group wahtsaap..

So korang ingat! Berhati-hati dan berjaga-jaga. Jangan sakan nak raya, lupa sekejap pasal wabak virus Covid19 ni ya. Raya raya juga, jaga kebersihan dan patuhi arahan yang di tetapkan.

Ingatlah orang yang tersayang.... 'Airmata Syawal' ...


P/S: Tunggu raya, kita tunggu dan perhati gerak gerinya...hahahaha...

12 comments:

  1. mmg raya thn ni berbeza dr thn2 sudah sbb no more open house...kl biasa sebulan org buat open house...ni nk ziarah pn kena limit juga kn sbb ada org tua & ank kecil...sama2 #kitajagakita

    ReplyDelete
  2. sama lah dulu ada open house kecik2. tahun ni no no no sebab nak jaga diri dari virus2 yang kita taktau. lets flatten the curve!

    ReplyDelete
  3. mama setuju sgt.. takyah nak beramah sgt. duk kat pagar aje. buat video call lagi bagus

    ReplyDelete
  4. bagus gak ada banner camtu, kalau tetamu mai dah boleh faham takyah kita nak explain lagi

    ReplyDelete
  5. Yup.... kita kena jaga kita.
    Apa nak buat, keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga lebih utama kan...

    ReplyDelete
  6. haa takpe la, kita korban tahun ni. tahun depan insyaAllah kita all out raya

    ReplyDelete
  7. Saya kat kampung ni x tau la macamana. rasanya nak kena buat banner jugak la kot. haha. Kalau tidakmesti meriah orang datang nak beraya.

    ReplyDelete
  8. Takde banner, kad manila akan ditampal di pagar rumah. Hahaha.. Konfem aje je yang tak nak dengar arahan. Biar je kanak-kanak ke sana ke sini.

    ReplyDelete
  9. tu la tahun ni memang takde open house..kurang meriah sikit.tp bila di beri kelonggaran dapat beraya jmp keluarga terdekat tu Syukur sangat. Boleh la balik jumpa mak..nasib la iena KL dgn selangor je .boleh balik

    ReplyDelete
  10. tu lerr...aku pun ambik pendekatan untuk tak ziarah raya ke rumah sape2 tahun ni...biarlah aku duduk rumah je, jaga diri sendiri dan anak-anak bulus..haha

    ReplyDelete
  11. Memang kak.. Kita jarang buat open house sblum2 ni... Tahun ni mmg xkan ada la... Ziarah2 pun xboleh... Sbb msg2 berisiko termasuk kita sndiri..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.