ANTABAX GANDING BAHU BERSAMA MYDIN KUTIP DANA AMAL 'MYDIN PRIHATIN'

ANTABAX GANDING BAHU BERSAMA MYDIN KUTIP DANA AMAL 'MYDIN PRIHATIN' | Alhamdulilah, semakin ramai pihak-pihak syarikat besar dan badan korporat yang tampil membantu dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu mereka yang terkesan dalam kehidupan mereka akibat dari penualaran wabak Covid19 ni.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga seharusnya turut sama prihatin dan sama-sama menyumbang dalam sebarang jua sumbangan atau program yang dilaksanakan pihak-pihak tertentu bagi sama-sama dapat meringankan sedikit bebanan kepada mereka daalam meneruskan kehidupan.

Dan antara jenama terbesar yang turut sama menjayakan program seperti ini adalah Antabax. Antabax adalah jenama produk penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, yang turt sama akan menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN, MYDIN Prihatin: Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan 2020.

RM0.10 dari hasil jualan produk Antabax di cawangan MYDIN seluruh negara akan disalurkan ke organisasi terpilih.


Dalam kutipan dana yang berlangsung dari 13 April hingga 21 Jun 2020 ini, sebanyak RM0.10 daripada setiap hasil jualan semua produk Antabax dari setiap cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan kepada penyediaan keperluan asas bagi golongan asnaf (kumpulan penerima zakat) serta rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Antabax merupakan antara 5 jenama yang mengambil bahagian dalam edisi kedua program amal pengumpulan dana MYDIN Prihatin. Sempena ulangtahun ke-63 MYDIN pada bulan Ogos ini, serta musim persediaan Kembali ke Sekolah pada bulan Disember, hasil kutipan dana tahun ini akan didermakan kepada golongan keluarga kurang bernasib baik, rumah anak yatim dan rumah jagaan orang tua.

Wabak Covid-19 nyata telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Antara yang paling terkesan adalah mereka yang berisiko tinggi terutamanya golongan kurang bernasib baik.

Dalam mengekang penularan, orang ramai disarankan agar kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air, menggunakan cecair disinfektan serta mandi sebaik pulang dari kawasan yang sesak.

Produk Antabax seperti krim mandian, sabun tangan, sabun mandi, penyembur dan gel disinfektan, serta tisu lembap antibakteria yang menawarkan perlindungan 24 jam daripada 99.9% kuman berbahaya, boleh didapati di cawangan MYDIN di seluruh negara. Semua produk Antabax disahkan Halal dan boleh digunakan dengan yakin oleh pengguna Muslim.


Wabak Covid-19 telah menyaksikan peningkatan permintaan produk Antabax ekoran saranan pencucian tangan dan permukaan serta mandian yang kerap bagi mengekang penularan. Sebagai warga korporat yang prihatin, kami ingin membantu komuniti yang memerlukan ketika ini,” jelas Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Antabax.

Sebagai satu jenama kebanggaan Malaysia, Antabax memahami cabaran yang dihadapi masyarakat tempatan. Dalam waktu yang sukar ini, kita perlu menghayati semangat #KitaJagaKita dan menghulurkan bantuan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan MYDIN dalam usaha membantu mereka yang lebih memerlukan,” tambah beliau.

Melalui program MYDIN Prihatin yang pertama pada tahun 2019, Antabax telah menyumbang sekitar RM18,000 kepada 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara.

Kami amat menghargai sokongan Antabax dalam menyertai usaha yang mulia ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik. Usaha MYDIN Prihatin yang sebelum ini telah berjaya mengumpul lebih daripada RM150,000 untuk amal jariah. Kami berharap agar dapat mendatangkan lebih kegembiraan tahun ini, terutamanya pada waktu yang sukar ini,” jelas Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Sumbangan berbentuk tunai serta barangan kini jauh berkurangan sejak bermulanya wabak Covid19 berikutan kesukaran yang dihadapi semua orang. Kami menghargai usaha MYDIN Prihatin dan sokongan yang kami terima dari Antabax. Bagi kami sumbangan ini sangat membantu, dan kami berasa bersyukur,” ujar seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sertai komuniti Antabax dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen dan inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau @antabax di Instagram.


P/S: Tahniah Antabax dan juga Terima Kasih Mydin Prihatin !! #KitaJagaKita 

2 comments:

  1. alhamdulillah, tahniah dan terima kasih antabax..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah kan..jom kita beli Antabax...beli sambil menderma..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.