ADA KE EK EMAK YANG PERANGAI MACAM DALAM DRAMA KORBAN KASIH TV1 TU?


ADA KE EK EMAK YANG PERANGAI MACAM DALAM DRAMA KORBAN KASIH TV1 TU? | Yaaa tertanya-tanya Sis ni sejak mula tengok drama Korban Kasih episod 1 drama ni, ada ke Emak-emak yang perangai macam dalam drama tu? Realitinya ada ke?...

Memang emo gile Sis tengok tau. Sis sebagai seorang Emak juga, Sis geram dengan perangai Emak dalam drama ni, dah kenapa seorang Emak sampai bencikan anaknya dan sanggup pilih kasih dan ketepikan anaknya tanpa peduli hati dan perasaan anak dan Ayahnya juga anak-anak yang lain.

Asihh memang tak boleh terima Sis, asal tengok je mesti mulut ni tak henti membebel, sampaikan Suami gan anak yang sama nengok pun gelakkan Sis hahahaha..geramm laaaa!

Alasannya, sebab masa lepas bersalin kembar tu, Jamil dan Jalil, kasih sayang Suaminya telah di rampas oleh anaknya Jalil, sebab Suami dia asyiklah layan si Jalil. Hahaha gelak gak dengo, dah ko anak kembar kan, so kenalah sama-sama jaga dan senang cakap, haaa sorang satu laa menjaganya, bukannya nak merampas..dah untung Suami tu tolong jaga, kalau ko kena jaga dua-dua, lagi meroyan agaknya...adeiii...

Yeee, memang Sis tak boleh betul terima perangai watak Emak dalam drama ni. Jujurnya biasanya laa yang Sis baca dan dengar, Ayah yang biasa pilih kasih kat anak-anak, jarang sekali Emak yang perangai macamtu, ni dalam drama ni terbalik pulak. Tu yang Sis sebagai seorang Emak agak pelik, sanggup pukul dan ketepikan anaknya tanpa belas kasihan sampai anaknya tinggal di rumah lain, arghhh tak boleh betul Sis terima laa..

Kita sebagai Emak ni, sanggup berkorban bergolok bergadai laa demi nak dapatkan hak penjagaan anak, tak sanggup rasa berpisah dengan anak-anak kan? Ini kan pula anak depan mata, tapi di biar dan di hina di maki macam orang asing, sedih sungguh Sis. Memang menangis sepanjang tengok episod 1 sampai 6 tu...

Korang yang belum tengok tu, silalah tengok...banyak pengajaran dalam kehidupan yang ada dalam drama ni. Sis biasa tak tengok jam 7pm tu, sebab sibuk berbuka dan maghrib, Sis akan tengok esoknya kat youtube. Dengan Suami sekali dah tersampuk tengok, asyik tanya aje cite ni hehehehe...



Eeee nengok muka Emaknya je dalam gambar tu Sis ko dah menyirap dada hahahaha...Sian nengok wajah Jalil belakang tu..huhuhu...now dah episod 10, boleh plak semalam Neneknya meninggal, aduh, kasihan laaa Jalil...lepas Ayahnya meninggal, Nenek tu laa satunya yang sayang Jalil, ni Neneknya pulak takde :(( ....

Drama ni ada 30 episod, so drama ni akan sampai raya nanti..mesti banyak jalan cite dia yang penuh kesedihan kann...huhuhu..

Sinopsis Drama Korban Kasih 

Korban Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Mohd Fazli Yahya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 30 episod bermula 24 April 2020 setiap hari jam 7pm.

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah (Zara Zya) yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil (Saharul Ridzwan) sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah (Dynas Mokhtar) yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah).

Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tetap dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.

Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.

Bersambung ..... malam ni episod 11 ...nantikannn...


P/S: Sis ko kalau layan drama, haaa gini lerr jadinya hahahaha fokus emo dan hati tisu huhuhu...

29 comments:

  1. mak oi 30 episod ek...bertabah lah...nanti baru tengok..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Dia sepanjang ramadhan ni la yek? huhu tak ada nengok pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah sepanjang ramadhan 30 episod, memang sampai raya le cite ni...

      Delete
  3. Jarang tgk drama melayu sbb kadang over dan suka marah2

    ReplyDelete
  4. wah tak tahu pun pasal cerita ni.. baca review ni macam best. bleh la nanti nak tengok :)

    ReplyDelete
  5. tk tgk cite ni..tp kalo tgk drama melayu mmg sama emo..tp ada je mak yg pilih kasih in reality

    ReplyDelete
  6. jarang tgk drama melayu. boleh la tgk drama ni nnti, mana thu best..hehe

    ReplyDelete
  7. Hahaha. Emo ye sis. Rawlins tak tengok lagi drama ni. Nie kalau bawa my aunty tengok, mesti dia kecoh marah watak2 dalam drama tu hehe

    ReplyDelete
  8. Ada sis Ibu jenis macam nie. Org yg x mensyukuri nikmat Allah S.W.T macam tu lah. Doa semoga kita x jadi spt itu ok.

    ReplyDelete
  9. Tak sempat la layan drama la Sis... tapi kalau dalam drama tu biasanya memang la wujud orang yang begitu. Sebab tu dorang buat drama... gituu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga...tapi kalau realitinya ada macam Emak Jalil tu, kesiannya anaknya huhuhu...sedih..

      Delete
  10. Kita tak tengok pun drama ni kita baca sinopsis kat sini jer dah boleh faham menarik juga nampak nya lepas ni boleh tonton lah drama ni ada lagi kat kat TV1...

    ReplyDelete
  11. iena tak tengok citer ni tapi baca geram pulak jadinya. Mak beza-bezakan anak sampai duduk asing..knp smp mcm tu sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, sanggup Iena Mak dia perlaku anaknya sendiri, pilih kasih depan-depan anak lagi..sampai anak yang lain pun turut benci tak suka Maknya...

      Delete
  12. tak sempat tengok citer camni. thanks ya for the info

    ReplyDelete
  13. sebenarnya ayu dah banyak komen tentang drama ni...apa yang kelainan dia ianya mcm cerita realiti masyarakat malaysia yang masih ada sikap mcm ni...tu yg bila kita tonton ianya sangat dekat dengan hati..tapi pelakon2 dia semua mantap...

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak tengok drama melayu ni. Tapi sebelum ni pernah baca sinopsis korban kasih. Memnagvsedih. Tu yang tak nak tengok sebab confirm saya pun emosi kalaylu tengok drama macam ni. Hahaha

    ReplyDelete
  15. Itulah drama sangat namanya. Ada emak mcm tu... yg citer Bukan Gadis Biasa pulak rmak jusl anak sebab dadah. Mcm2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama yang tu Sis tak tengok lagi, ramai kata best juga..nanti marathon tengok..

      Delete
  16. memang tak la saya nak layan citer emo2 macam ni..stghess je...baca sinopsis pun dh boleh imagine jalan citer dia..so nope, saya tak nak stresskan diri sendiri..

    ReplyDelete
  17. Ruby tak tengok drama kak. Tak tau nak cakap apa. Sebab tak suka cerita camni. Tambahan ada anak kecik. Memang tak pasang cerita drama. sama ada kisah cinta, kisah mak jahat, kisah anak derhaka, kisah konspirasi atau fiksyen melampau. Memang tak mo tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Sis dulu tak suka gak tau Ruby, tapi bila dah makin berusia ni, suka nengok drama macam ni, pengajaran buat kita ni haa sebagai Emak, jangan pilih kasih, tapi tu laaa, emo Sis yang lebih hahahaha

      Delete
  18. ramai yg share kat fb citer ni, sis. katanya sedih yg amat!
    tapi tu la, waktu nyer tu aida tgh bersilat nak berbuka. hidang semua atas meja. 7.15 kami dah dok kat meja, berdoa, berborak sementara tunggu azan.
    akan tgk la ni nanti. youtube. biasa nyer aida tunggu sampai abis kat tv, baru aida tgk.
    senang. sekaligus sedihnya :) ha ha aha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa, Sis jam 7pm tak tengok, nanti dah habis terawih semua, dah rehat, sambil minum air panas, barulah bukak youtube nengok..

      Delete
  19. Tak tgk drama melayu sgt tapi mmg ada sis ibu yg gitu..za pernah tgk depan mata dan kenal juga.. Tak percaya tapi mmg ada. Kalau tidak, xkn ada org bole buat drama kan... Hihi

    ReplyDelete
  20. Kita dah lama tak tengok tv sis. nak tengok i can see your voice pun tengok kat phone je. hahaha. TV tu untuk mek tengok je.

    ReplyDelete
  21. Kita tak tengok drama dah skrng ni. Tak sempat. Anak pulak dengan kartun je. Hihihi..
    Kalau mama nya layan drama ni, mau terikut macam sis lin jgk.
    Emo ni emooo. Haha

    ReplyDelete
  22. Tak sabar nak tahu ending dari sis lin nanti hee yaya memang tak sempat nak tengok huwaaa tengok pun skip-skip je tak syok tapi iols okay je baca spoilers hihik

    ReplyDelete
  23. Tak sempat lagi tengok drama drama kat tv time PKP ni setakat work from home, masak and workout pun dah habis sehari

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.