Header Ads


KORANG PANDAI ANYAM KETUPAT?


KORANG PANDAI ANYAM KETUPAT? | Siapa sini pandai anyam ketupat? Waaa bagus! Kalau pandai tu advance untuk diri sendiri tau, sebabnya tak semua orang pandai anyam ketupat okay. Sis alhamdulilah dari sejak sekolah rendah dah pandai anyam ketupat. Atuk Sis dulu siap kata, 'Siapa tak pandai anyam ketupat, tak boleh kawin', hahahaha satu keje lee duduk ngadap depannya belajar anyam ketupat.

Dan akhirnya pandai pun hehehe. Tiap tahun raya rumah Emak Sis mesti beli daun ketupat dan akan anyam sendiri. So kerja Emak tu cepat laa siap, sebab kesemua adik beradik Sis pandai anyam, termasuk Emak dan Abah Sis. Kira satu rumah Emak le dulu semua pandai, yang tak pandai Mak Sedara Sis dulu hahahaha...asyik lee kena perli manjang..

Now kepandaian Sis tu dah menurun gak kat anak Sis,Yana..dia pandai anyam, belajar sikit-sikt, akhirnya pandai sendiri. Dan semalam, Yana ajar anak bujang Sis, alhamdulilah, dah pandai si bujang tu anyam ketupat hehehehe...

Kakaknya? Cuba buat dua tiga kali, terus fed-up hahahahaha...


Daun ketupat ni semalam Suami balik belikan seikat, daunnya tak berapa nak molek, ada kecik, ada panjang, ada lebor, so kena pilih-pilih. Yaa tahun ni Sis anyam dan rebus sendiri. Memasing excited nak buat sendiri, lebih-lebih lagi Suami, so takpe, kita layankann..

Meriah gak tau bila anyam sendiri, rasa mood raya tu datang. Suami tolong siatkan daun buang lidinya, anak-anak tolong ikat-ikat dan ketatkan, dan Sis anyamkan ketupatnya dulu, sambil tu Yana bantu anyam. Lama-lama jadi seronok kerjasama semua.

Malam tadi dapat le 3o biji dah siap, harini nak sambung lagi sikit. Suami kata buat 50 biji je cukuplah, nanti bagi jiran-jiran tukar pinggan, dan hantar rumah Emak sikit, jadilah, lebihnya makan sendiri.


Lepas Sahur Subuh kononnya sambung sikit anyam, tapi mata masyaAllah layu macam melekat hahahaha. Last-last naik tidur terus hahahaha.

Harini kena siapkan juga, kang malam boleh rendam beras, then esok pagi dah boleh isi dan rebus. Tunggu Suami balik kang belikan beras peroi. Yaa buat ketupat ni guna beras yang peroi baru elok cantik kejadiannya. Rumah Sis ni makan beras Brasmathi, so tak sesuai nak buat isi beras jadi ketupat.

Korang pulak anyam ketupat gak ke? Ke beli dah siap? Tak kisahlah kan, janji menu utama raya tu kena ada atas meja. Sis pun ada order gak Palas dengan jiran sini. Buat tambah-tambah menu dan hantar rumah Emak. Tahun ni Emak masak simple aje, tak berapa nak sihat, adik plak mood raya merundum sikit, sebab Suaminya pun takde di Malaysia, masih lagi terkandas bekerja di Singapore tu dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) lagi..so redha je laaa..

Okaylah, nanti sambung lagi kalau ada kesempatan ya. Dah mula sibuk dengan kerja-kerja rumah ni. Ni pun curi masa jap... Take care korang!!..


P/S: Makin hampir Syawal, semakin hampir Ramadhan akan pergi meninggalkan kita... :(( 

11 comments:

  1. Seronok ni anyam ketupat..sambil anyam sambil sembang tak terasa,alih alih dah siap..

    ReplyDelete
  2. tak reti anyam ketupat. setiap kali raya belajar. buat satu lepas tu dah give up. rasa macam leceh je nak anyam2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. Tak reti anyam ketupat walaupun ayahku pandai hahaha. Bila raya, masak nasi impit je. Mak kata lagi sonang

    ReplyDelete
  4. Fana memang tak pandai anyam ketupat. Hahaha. Ketupat pun selalu orang bagi je ada pagi raya.

    ReplyDelete
  5. Ketupat ni el x pandai..tp arwah abah dulu mmg terer..tp el x sempat nk belajar..cuma pandai nganyam tupat palas je

    ReplyDelete
  6. pandainya kak lin anyam ketupat. saya reti ketupat palas je

    ReplyDelete
  7. Kak ketupat so cantik! I nak makan ketupat juga. I miss my aunty making one, too bad this year cannot visit her at outstation

    ReplyDelete
  8. Wk tak gheti nganyam
    Pn is3 yang terror sedang menganyam ketupat tu
    Tugas wak esok pagi tukang rebus.

    ReplyDelete
  9. saya tak gheti, jenuh belajar dulu2. akhirnya akur sebab memang tak reti. hihi

    ReplyDelete
  10. Saya dulu pernah blajaq skali pastu bila tggal lgsung lupa habis huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.