Header Ads


MENU HARI RAYA YANG MESTI ADA DI PAGI RAYA


MENU HARI RAYA YANG MESTI ADA DI PAGI RAYA | Lemang dan juga rendang, antara menu yang mesti ada di pagi hari raya, setuju ke tidak? Selain lemang, ketupat, lepat dan palas juga mesti ada di sesetengah rumah orang. Kalau rumah Sis, lemang dan ketupat aje, yang lelain tak ada pun tak apa.

Tapi bab rendang tu, jangan kata tak, mau ngamuk di pagi raya oii hahahaha. Mesti nak kena ada rendang ayam atau pun rendang daging. Juga menu lain seperti lodeh, ayam masak merah, sambal kacang, sambal goreng jawa dan juga ayam kurma atau ayam kari pun mesti ada. Serunding atau dendeng tu pilihan kedua, kalau ada ye ada, tak ada pun tak apa.

Tetapi tahun ni dari sebelum puasa membawa ke semasa berpuasa, Suami Sis boleh di katakan dalam seminggu mesti ada dua kali dia akan membeli dan membawa balik makanan hari raya ke rumah. Tak kisah lee lemang ke ketupat ke, beserta dengan lauk pauknya sekali. Ada pernah Sis up dalam posting menu hari raya sebelum ni. Sampaikan anak-anak pun terkejut tengok kemain sakan Ayahnya makan menu raya.

Bukan kata untuk berbuka aje, bangun sahur pun di carinya lauk raya ni haaa..


Sejak Suami kerja di Penggerang tu lee, dia sakan makan dan membeli lauk raya, ada satu kedai warung memang menjualnya. Semua menu ada kata Suami. Harga pun tak mahal, standard harga jual lauk pauk biasa.

Tapi yang dalam gambar atas ni, menu lemang dan rendang ayam tua ni, Suami beli dengan kawannya yang lain, delivery sampai ke depan rumah. 2 batang lemang dan 4 bekas ayam (sebekas ada 2 ketul ayam), semuanya RM 50 sahaja. Murah kan? ..sedap plak tu lemang dan rendangnya.

Sis kalau Suami bawa balik ketupat ke lemang ke atau menu raya macam ni, Sis tak pandang nasi dah hehehe, terus tumpang sepinggan makan sama, rugi woo tak makan, bukan senang nak jumpa, nak masak pun ikut rajin kalau tak ye ye...

Tahun ni raya, Suami dah kata, kita masak ketupat sendiri, anyam sendiri, dan rebus sendiri. Lauk-lauk lain macam biasa le Sis akan masak, rendang ayam kampung, sayur lodeh, sambal goreng jawa, daging rendang tok, ayam semur dan juga sambal kacang. Jangan terkejut banyak, itulah lauk pauk tiap-tiap tahun Sis masak, pun licinnnn...hehehehe

Btw sori laa korang kalau Sis tak blog walking ya, curi masa juga ni update, bizi tahap KingKong dah ni ngemas rumah, banyak tak siap lagi, atas bawah, dapur hall, mini taman Sis, luar laman adoiii semua nak adjust balik...memang semuanya kemas untuk persiapan raya nanti.

Bukan raya sakan, tapi sebab memang lama tak kemas dan banyak benda memang nak kena buang. Licin semua dah kena let go dengan anak-anak, nasib baik tupperware Mak dia tak di buang, kalau tak mau menjerit Sis ko!..

Okaylah, nanti sambung...bizii oiii..


P/S: Alhamdulilah atas rezeki yang telah Engkau berikan. Terima kasih Suamiku.. 

19 comments:

  1. yes memang menu feveret raya ^_^

    ReplyDelete
  2. Wah dah ada lemang dan rendang.
    Ingatkan tahun ni tak raya.

    ReplyDelete
  3. itulah... sy pun baru plan nk pi pasor nk masak rendang.. lomang beli je kot.. hehe

    ReplyDelete
  4. adoiii...faveret lemang! memang wajib ada lemang n rendang.fuhhh!

    ReplyDelete
  5. aritu adik ipar ada singgah umh mertua ni bg lemang & rendang daging..belum raya dh mkn menu raya..tklama dh nk raya nanti mkn lemang lg

    ReplyDelete
  6. wahh produktif betul sis ya. semoga dipermudahkan urusan... Btw menu wajib saya rendang dan ketupat. haha. dapat pula kalau air tangan mak dan nenek2. pergh, sedihnya tahun ni tak dapat nak makannn!

    ReplyDelete
  7. Menu wajib dihari raya kan. Hee tak sabar lagi beberapa hari je nak Syawal tapi tetap sayu hati nak tinggalkan bulan Ramadan. Semoga berjumpa kembali Ramadan di tahun hadapan :')

    ReplyDelete
  8. 4 bekas ayam rm50 murah sesangat kak lin. raya ni takda craving apa2, sebab dok sorang, haha

    ReplyDelete
  9. Murah dah harga tu dan nampak sedap sungguhla rendang tu. Bukan senang nak dapat rendang ayam tua yang sedap ni

    ReplyDelete
  10. Ayam rendang atau daging bersama lemanh memang menu utama kami setiap tahun dan ditambah juga dengan rendang paru2...sbb anak anak minta ...

    ReplyDelete
  11. Kalau nad wajib lontong.. Hehee.. Ketupat lemang kureng sikit. Tali husbnd la yangsuka. Tetap kene ada. Nad pun masak rendanv semua

    ReplyDelete
  12. Lemang, rendang, kuah kacang dan ketupat memang makanan wajib ada di pagi hari raya tu sebelah sayalah. Kalau balik kampung suami kena buat rendang sendiri sebab mak mertua buat ayam masak merah dan kuah kacang saja.

    ReplyDelete
  13. eh sama pulak, saya pun plan rendang dan lemang di pagi raya insyaAllah

    ReplyDelete
  14. Semua.menu raya ni mmg fav kita wakk.. semuanya nampak sedap dan menarik

    ReplyDelete
  15. Sebelum ni memang menu ni akan ada pagi raya tapi tahun macam tak ada jer semua ni waaaa siapa nak masak sedih kita nak buat tak pandai beli yang segera sahaja lah rindu masakan mak kita...

    ReplyDelete
  16. Sedapnya lemang + rendang tu. memang menu wajib di pagi raya tu

    ReplyDelete
  17. Laa, suami Sis Lin pun ada kat Pengerang ke?... samalah dengan iolls ni... hehehehe... untuk raya kali ni kami plan nak masak rendang ayam, kuah kacang beserta nasi impit... harapnya berjayalah planku ini...

    ReplyDelete
  18. kitorang nanti nak masak simple and sikit je..rendang ayam, rendang daging, kuah kacang, lontong, ketupat palas..

    ReplyDelete
  19. Biasalah nak dekat raya busy skit. Raya takde ketupat rendang bukan raya macam tu. Best nya dapat masak semua tu. Dah start keja ni busy plak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.