Header Ads


SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2020


SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2020 | Buat mereka insan yang bekerja, Selamat Hari Bekerja, atau Selamat Hari Buruh. Rasanya untuk Sis juga kann, walaupun surirumah, tapi kita bekerja jugak kan hehehe. Cuma gaji tu takde laa tetap, kwsp pun takde, socso pun takde, harap ihsan dari duit Suami aje, tapi tetap bekerja kan walaupun hanya di rumah.

Cuma yang lebih di raikan hari ini adalah mereka yang bekerja seharian, ataupun 24jam, atau langsung takde cuti, so inilah masanya untuk bercuti dan berehat di rumah. Lagi advance, untuk tahun ni, ramai pekerja sudah mula bekerja dari rumah sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 lagi, now dah masuk Fasa 4 dah, rata-rata masih lagi ramai bekerja dari rumah sahaja.

1 Mei adalah Hari Pekerja sedunia..hari di khaskan untuk menghargai jasa dan memberi pengiktirafan kepada mereka-mereka yang bergelar pekerja di atas segala usaha, penat lelah dan pengorbanan mereka mamajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Tema Hari Pekerja tahun 2020 ni tak silap Sis adalah 'PEKERJA TUNJANG KELESTARIAN NEGARA', Kalau hasil carian google itulah temanya, kalau salah mohon komen ya.


Juga JUTAAN terima kasih kepada barisan frontliner, petugas perubatan dan kesihatan, doktor, jururawat, pekerja pembersihan, polis, tentera dan pasukan keselamatan yang sentuasa bersedia berkhidmat untuk negara.

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

Hati merintih ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.

Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi karenah cerewetnya majikan;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara

Karya: Ummu Sal
(Bersempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja)


P/S: Kalau tak PKP atau wabak ni, tentu Sis dah bawa Suami pi bercuti, kasi tenang-tenang fikiran. Now #JustStayAtHome aje lebih selamat. 

12 comments:

  1. Dah 1 April harini yer.. Sekejap jer.. Tahun ni Hari Pekerja disambut dirumah masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh harini 1 Mei, buka April Bunda hehehe...

      Delete
  2. Selamat harin pekerja sis. Poster tu cantik, sis buat sendiri ke? Mohon share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari pekerja juga, silalah guna...amik aje...

      Delete
  3. ye betul. Surirumah kerjanya tak pernah habis. Selamat bercuti untuk pekerja yang bercuti harini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, surirumah pun kerja juga kann...selamat bercuti Fizah..

      Delete
  4. selamat hari pekerja kepada ahli keluarga sis yang bekerja...dan sis juga...blogger kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sunah, buat kamu juga, selamat hari pekerja Sunah...

      Delete
  5. 1 Mei.Selamat hari pekerja.Sebenarnya kita semua adalah pekerja dan majikan paling utama adalah Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC, kita hamba kepada yang SATU...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.