Header Ads


SET RAMADHAN 'WARISAN AYAHANDA DULANG SET' DARI PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB, HANYA RM68 SAHAJA!


SET RAMADHAN 'WARISAN AYAHANDA DULANG SET' DARI PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB, HANYA RM68 SAHAJA! | Yaaa hanya RM 68 sahaja! Memang berbaloi okay. Kalau yang dah tengok menu Dulang Set yang Sis upload di facebook Sis sewaktu berbuka baru-baru ni, mesti macam tak percaya kan dengan harganya, sebab menunya penuh semeja, lengkap semua beserta dengan minuman sekali.

Bermula dari 29/4 sehingga 22/5/2020, menu takeaway & Delivery Warisan Ayahanda Dulang Set dari Ponderosa Golf & Country Club (PGCC) ni korang boleh buat pesanan bermula jam 9am hingga 5pm (buat pesanan sehari sebelum), dan set Dulang ini ada terdapat sebanyak 3 set dan setiap satu set untuk 6/8 orang makan.

  • SET DULANG ARABIAN
  • SET DULANG NUSANTARA
  • SET DULANG WESTERN
**Setiap pembelian percuma kurma, pencuci mulut, buah buahan dan 1 jug air kordial buah

Dan Sis tertarik dengan set Nusantara Set (W2), sebab Sis nengok menunya berupa set menu Nasi Ambeng. Memang menarik perhatian Sis, so Sis pilih set W2 ni.

Dalam set W2 yang Sis pilih ini, ada 8 jenis menu kesemuanya, beserta buah-buahan, kurma dan juga minuman. Antara menu yang ada adalah :
  • Ayam Salai Masak Hijau
  • Ikan Goreng Berlado
  • Sambal Goreng Jawa
  • Rendang Kambing
  • Ubi Kentang Sira Cili
  • Masak Lemak Ikan Asin Nanas (Menu ni takde gambar, mungkin pihak PGCC tercicir nak masukkan, so tak dapat nak merasanya)
  • Mee Goreng Kicap
  • Ikan Asin 









Jujurnya Sis nak kata, semua menu yang di sediakan ini memang sedap dan muai makan bersama dalam 6/8 orang. Memang portion dia banyak dalam satu hidangan. Mulanya macam tak percaya, boleh ke makan sampai 6/8 orang tu, rupanya betul, Sis siap simpan lagi untuk menu makan Sahur, puashati.

Set yang ini kalau korang suka masakan melayu atau nak berbuka puasa bersama Emak Ayah ke, haaa Sis memang rekemen kat korang, mesti Mak Ayah korang suka, sebab ianya merupakan citarasa Nusantara menu asli, dah macam makan masakan kampung macamtu. Lebih-lebih lagi Rendang kambing, Sambal Goreng Jawa dan juga Ayam Salai Sambal Hijau tu, memang sedap, cukup rempah dan rasanya. Menu tu habis dulu dalam semua tu hehehehe...

Bukan itu aje, korang juga boleh order side order atau add-on menu tambahan juga. Antara yang Sis pesan adalah:
  • Kerabu Mangga Bersama Udang & Suun RM 5
  • Sotong Kangkung Dengan Tauhu Sumbat RM 5
  • Goreng-gorengan (Samosa/Popia/Cucur Bawang) RM 4




Kerabu Mangga dan Sotong Kangkung tu, perghh sedap kemain!, kalau boleh makan taknak kongsi hahahaha. Iyee memang kena dengan tekak Sis laa makan, licin sekali hadap. Anak-anak dan Suami pun kata sedap.

Set Dulang macam ni kalau korang order, pastikan korang tak payah masak nasi dan lauk tambahan lain, Sis pesan dulu, sebab cukup lengkap semua, puashati makan, jangan takut tak cukup, terlebih cukup ada laaaa...harga RM 68 tu berbaloi sangat okay! Mana nak dapat harga macamtu dengan menu kemain banyak macamtu.

Oh! Lupa plak, minuman plak dia akan bagi sebanyak 6 cawan. Sis dapat air cincau. So nak apalagi, siap air lagi pakej semua, kalau takut tak cukup, haaa korang order menu add-on tu haaa...tapi percayalah, korang pasti puashati bila makannya.

Set Dulang Warisan Ayahanda ni korang boleh Delivery & Takeaway di Ponderosa Golf & Country Club Johor Bahru. Atau kalau korang rasa juah dari tempat korang, korang boleh buat temujanji dan pit stop amik tempat berdekatan, pun boleh.



CARA ORDER:
☑ Lihat menu & membuat pilihan
☑ WhatsApp kami

Untuk Jenis Penghantaran:
Sila tulis (DELIVERY), ikut Nama / Nombor Telefon, Makanan / Minuman yang dikehendaki / Alamat (untuk Penghantaran)

Untuk Jenis Pengambilan Sendiri:
Sila tulis (PICK-UP), ikut Nama / Nombor Telefon, Makanan / Minuman yang dikehendaki / Masa Pengambilan
**Pengambilan sendiri akan di buat di lobi utama Ponderosa.

Untuk tempahan & sebarang pertanyaan:
☎ 019-7588 037

Selamat menjamu selera korang!


P/S: Sis ingat nanti anak balik, nak cuba pulak set Western tu. Nampak menarik sangat kan!

20 comments:

  1. nyesal pula masuk sini pagi2 ni SL, sedap2 sokmo :)

    ReplyDelete
  2. RM68 ja macamni? Berbaloi juga rasanya. nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. yang ni memang nampak sedap gilerr...rendang kambingggg tu lagi lerrrr

    ReplyDelete
  4. igtkan pkp ni tak leh makan besar mcm ni pada bulan puasa..lagi best pulak order set mcm ni..harga pun not bad

    ReplyDelete
  5. set dulang..menarik tu...rendang kambing jrg2 ada hidangan ni..lauk2 lain pn yummyyy

    ReplyDelete
  6. Menarik nampak set set yang diaediakannindan harganya pun mampu beli... orang2 di jB senang lah kan ada takeaway.

    ReplyDelete
  7. portion dia banyakkk memamg puas la makan, harga murah untuk portion banyak macam tu

    ReplyDelete
  8. Bila tengok menu macam menarik juga kan. Sekali bila tengok tempat....nampaknya sis tak untung la sebab jauh. Mereka yang berdekatan boleh la mencuba ye?. Untungnya....

    ReplyDelete
  9. OMG..dah macam raya dah kan..siap rendang bagai. Aduhh rindu betul nak makan kat buffet Ramdan

    ReplyDelete
  10. Memang puas hati tengoknya. Banyak tu kak oi. .semua nampak sedp. Alhamdulillah.. Dapat makan buffet kakye

    ReplyDelete
  11. menarik camni diorang dah start buat. banyak pilihan kita, di rumah pun makan ala2 hotel gitu

    ReplyDelete
  12. Berbaloi juga dpt set dulang cmni dgn harga rm68 ni.. Sebab macam2 menu ada dan mengenyangkan kalau makan ramai2 jimat juga... Boleh plh nak makan apa sbb byk juga menu2 dia

    ReplyDelete
  13. Murah dan berbaloi.. macam2 ada.. rasanya mcm jimat juga bila tgk portion yg diberikan

    ReplyDelete
  14. Murah sungguh pakej nie. Dia buat delivery ke Bangi tak? Haha. Kalau dekat nak suh dia hantarkan, almaklum sejenis dah takde idea nak masak apa haha

    ReplyDelete
  15. Akkkkkakkkkkk sedapnya semua menu dia. Sambal ikan tu paling saya terliur. Huwaaaaa bestnya. nak masak lah. kedai bawah rumah ni takda jual sambal ikan camtu.

    ReplyDelete
  16. Ish.. Sis ni saja je tau.. kita tengah diet buka puasa pun biasa-biasa je... lepas tengok posting ni buka puasa hari ni kena up up skit lah.. haha

    ReplyDelete
  17. Bestnya ada pakej set2 menu yg disediakan dan harga pun murah serta byk pilihan

    ReplyDelete
  18. harga yang sangat berpatutan pada mommy. dapat macam-macam jenis juadah pulak tu. sekali sekala tak nak masak, boleh la order sini

    ReplyDelete
  19. Banyak betul portion yang dia bagi.. Memang murah dan berbaloi sangat da dapat harga mcm tue..

    ReplyDelete
  20. Berbaloi dengan harga Dulang Set tu. Macam-macam lauk pauk ada. Tinggal nak pilih aje. Selalu masak kat rumah. Hari ni order jelah.. bestnyaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.