Header Ads


TAK DAPAT MAKAN DURIAN MUSANG KING, MAKAN AISKRIMNYA PUN JADI LAAA


TAK DAPAT MAKAN DURIAN MUSANG KING, MAKAN AISKRIMNYA PUN JADI LAAA | Sejujurnya sepanjang Sis ko bernyawa ni, hanya sekali aje dapat makan aiskrim Musang King, tak silap tahun lepas sewaktu ikut Suami ke Paka then ke Kuala Lumpur, singgah beli di Bentong sana. Yaa itulah pertama kalinya makan durian Musang King.

Harga ko jangan cakaplah, mahai nauzubillah, memang peliklah kalau ada orang sampai hampir tiap minggu boleh makan durian musang king tu, sanggup woii bayo memahal semata nak puashati kan diri sendiri, kalau jenis Sis, cukuplah sekali sudah...bukan lokek, tapi macam tak berbaloi, mahal-mahal dapatnnya sebiji dua, baik borong durian kampung boleh dapat sebakul lagi..hehehehe..

Tapi memang rasa dia the best! Rasa durian sebeno kata orang, isinya tebal dan rasa dia pahit-pahit manis, arghh susah nak cakaplah, ngencess jejes ayaq liuq Sis hahahaha...

Dan sejak-sejak ni, dari mula puasa lagi, dah macam masuk musim durian plak Sis nengoknya, sana sini orang up, siap ada delivery ke rumah lagi buah durian ni tau.. Sis ko menahan nafsu aje bila nampak kat timeline facebook tu haaa...pernah sekali nak terbeli, tapi bila tanya, sudah takde stok, dah habis dah, phewwww kempunan juga masa tu tak dapat, tapi kira selamat lee tak membeli, sebab Suami bising bila dapat tau Sis nak beli durian online hahahaha...

Dan untuk tidak menjadi kempunan, lain yang nak di beli, sekali ternampak plak Aiskrim Durian Musang King ni hahahaha..


Mulanya nampak si Syahirah Sabri tu makan, siap dia buat video lagi ala Mukbang masa makan aiskrim ni, terliur nengoknya oii...fikir-fikir mana lee nak dapat, sebab tau dia tu duk Kedah sana..takkan nak suruh delivery...

Dah kata rezeki, sambil membelek facebook group Bazar Online Johor tu, sekali ternampak aiskrim durian musang king ni, apalagi, Sis terus wahtsapp seller tu dan bertanya area mana. Bila seller jawab, katanya takde COD tapi pick-up sendiri di Bukit Indah, terus Sis wowwww area taman rumah lama Sis sebelum ni rupanya, apalagi terus book 5 ketul aiskrim durian musang king ni dengannya hehehehe..

Esoknya anak Sis,Yana ada keluar ke Angsana, Sis minta dia pi amikkan aiskrimnya. Dah tau tempat so senang nak tujunya..

Masa mula seller kata seketul RM 13, Sis memang tak terkejut, sebab memang faham laaa kan kenapa mahal, sebab guna durian musang king, ko beli je dah mahal, lagi nak buat aiskrim plak. Tapi bila ko dah beli dan makan....perghhhhh nikmat rasa dia tu, masyaAllah... makan tutup mata, mulut terkatup rapat oiii...sedap nak mateyyy (kata budak wechat) hahahahahahaha...


Memang puashati walaupun mahal sampai RM 13 sekalipun. Tapi awas! Makan sekali memang tak cukup hahahaha sudahnya Sis ko order lagi kakakakakah. Cuma kena tunggu stok baru sampai, nanti seller bagitau.

Aiskrim ni tidaklah 100% isi durian musang king, tapi hanya 54% aje, pun dah tersedap sangat okay! Cukup rasa durian dia tu, kaw giler!! .. beza dengan makan aiskrim durian biasa tu haaa.. yang suka durian pasti akan sukakannya, yang tak suka tu, ko cium plastik aiskrimnya pun kompom nak termuntah gak, sebab plastik pun bau duriannya kuat, apalagi kalau makannya hahahahaha...

So kalau korang area Johor Bahru yang nak beli dan dapatkan aiskrim ni, ni Sis bagi nombor seller tu. Takde COD, korang kena pick-up sendiri, area Bukit Indah. Korang contact Celine : +60 12-532 9898 .

Pastikan jangan beli satu ya hahahaha...


P/S: Order kali kedua ni, Suami yang bayar hahaha sebab dia punya aje 2 ketul kakakakah. 

19 comments:

  1. peminat durian atau hantu durian korang boleh cuba Aiskrim Durian Musang King. Fuhhh rasa dia padu 54% Isi Durian Musang King

    ReplyDelete
  2. fuhhhh berbaloi makan walaupun mahal sikit dari aiskrim biasa. Baru 54% pun dah sedap sampai repeat order, tak boleh imagine kalau 100%

    ReplyDelete
  3. Wow! 54% isi durian king mesti sedap ini :)

    ReplyDelete
  4. peminat durian kalo dpt durian sure lg happy tp dpt aiskrim pn bole la kn hilangkn rasa ngidam buah tu sementara nk dpt buanya layan aiskrim dlu hehe

    ReplyDelete
  5. Ngencss juga kita ni sis. Hahaha. Sedap bebenor aiskrim tu. Balik ni kena rasa sekali lah, kempunan tujuh keturunan rasanya kalau dah balik Korea tak makan ni.

    ReplyDelete
  6. Wah!!!!!!! Sedap nyer dpt makan durian Musang king ice cream semasa cuaca panas terik nie. Cantik pula tu packaging nyer. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. uish banyak isi durian. ini tak dapat buah pun okay. rasanya lebih kurang je. janji lepas kempunan

    ReplyDelete
  8. Wah! Tak cair ke ais krim tu sementara nak makan bila beli? Tak nampak ada tak jual di KL nak gak cuba haha sbb hantu durian gak.

    ReplyDelete
  9. Masa di UUM dulu ada kedai jual jual aiskrim durian musang king ni. Tapi tak sempat pergi dah PKP. Hari tu pergi dah nak tutup pula. Tak dapat nak merasa. Sedih

    ReplyDelete
  10. Wowwww ni betul betul nampak macam isi durian real haaa. Kita x merasa lagi buah durian ni haa musim durian tapi x dapat lagi. Nak cari lah aiskrim ni area kl

    ReplyDelete
  11. Bukan senang nak dapat makan musang king kan. Walaupun mahal tapi berbaloi. Tapi aiskrim musang king tu kan cute sangat bentuknya. Haha.. Sebijik macam isi durian musang king.

    ReplyDelete
  12. wahh iena suka duriannnnnnnnn.. Sebelum ni pernag makan aiskrim durian gelato..Aiskrim durian musang king ni nampak sedap..nanti nakcari

    ReplyDelete
  13. Menarik betul kan sis. ramai jugak member-member kata sedap. petang ni nak pergi cari lah sis.

    ReplyDelete
  14. Yummehhhh... Sedapnya!!! Saya antara peminat tegar Musang King sis... Bolehlah cuba yang ni nanti... 54% pun dah nampak menyelerakan gitchewwww... Bentuk eskrem pun dah menyerupai seulas durian lak tu... Seriously, meme kena cuba ni... Hehehehe...

    ReplyDelete
  15. Huyooooooo... Amat dahsyat penangannya...
    Patut harga gitu teruss... Tgk percent sis letak ni.....fuh..lagi terasa Woww..heheee... Leh try bebila nanti

    ReplyDelete
  16. pergh..... asikrim durian King... peminat durian, tak boleh lepaskan ni, kena try ni

    ReplyDelete
  17. Sape ade nmpk area KL roger2 naa☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam ada agen KL jual juga Dilla...cuba cari di facebook...

      Delete
    2. Wahh..yeke..nnti klu akk ada nmpk bg sy link dia ya?sy ni xda fb..hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.