MAKAN NASI AMBANG BERDULANG BERSAMA ANAK-ANAK

MAKAN NASI AMBANG BERDULANG BERSAMA ANAK-ANAK | Di hujung-hujung nak habis ramadhan ni, akhirnya dapat juga Sis makan Nasi Ambang ni. Lama dah teringin nak makan, tapi sebab tahun ni tak ada Bazar Ramadhan, makanya tak dapatlah nak mencarinya. Bukan taknak order di Bazar Online tu, tapi bila nengok persembahan menunya, ermmm macam tak lengkap aje lauk-pauknya, so diamkan aje keinginan tu.

Dan ada sekali tu terbuka page Visit Johor, dan ternampak laa kedai Dulang Cafe ni, terus Sis wahtsapp dan order sedulang. Bukan sedulang aje, siap add-on menu tambahan, sebab takut tak cukup hehehe. Rupenya bila makan, terlebih cukup!.

Yaa sedulang yang macam Sis makan tu boleh makan untuk 3/4 orang, bergantung pada tahap kuatnya geng makan ko. Untuk Sis dan anak-anak ni, memang kalau tengok pada gambar, macam tak cukup, sekali bila dah sampai, tengok sedulang tu dan bila dah makan, waduh...kenyang oiii...terlebih sangat dah ni..



Korang tengok tu, penuh sedulang nasi dan lauk pauknya. Memang puashati. Lengkap semua menunya dalam satu dulang. Rasanya kalau Suami makan sekali pun cukup juga, tapi sebab semalam Suami kerja balik lewat, so dia tak dapat berbuka sama di rumah, tu yang Sis order aje, tak rajin nak masak, sebab semalam banyak kerja nak di settlekan.

Alhamdulilah memang puashati makan, Sis tulis dan update ni sebab memang berbaloi, Sis kongsikan kot laa nanti lepas-lepas puasa korang ada yang mencari nak makan Nasi Ambang, boleh laa ke Dulang Cafe sana di Nusa Central.

Mulanya Sis ingat takde delivery sampai ke Pasir Gudang sini, tapi rupanya dia cover satu Johor untuk delivery, caj bergantung jarak tempat korang. Tapi bila dah dapat makanannya macam ni, memang puashati le order jejauh pun..




Menu-menu dia semua sedap, terutamanya Ayam Masak Semur (kicap) tu haa, anak-anak suka. Rendang Dagingnya pun sama, juga Sambal Gorengnya, Mee Goreng, Sambal Telur, Ikan Asin dan juga Sambal Belacan dan Serundingnya. Semua sedap!.

Korang kalau nak order ada 2 pilihan. Samaada nak berdulang atau tak berdulang.

Macam Sis ni, Sis amik yang berdulang harg RM65 siap dengan Pengat Pisang dan juga minuman. Dan kalau set yang tak berdulang harganya RM 54. Bezanya ada dulang dengan takde dulang aje, gitu...menunya sama jerr...

Untuk add-on pun ada pilihan menu single. Macam Sis semalam Sis tambah Lontong Kering dan juga Nasi Ambang Singapore, RM15 setiap satu set single. Siap buat sahur lagi pagi tadi hehehe.. Semalam masuk esbox, so pagi tadi panaskan aje, masih juga sedap.

Sekali makan je semalam sedulang tu licin kami anak banak, next time boleh order lagi. Korang kalau nak order boleh laa ke FB Dulang Cafe ya ..Moga dimurahkan rezeki tuan punya kedai, sebab tak lokek dalam memberi lauk pauk..semoga maju teruss!.

So harini berbuka apa ek? Ayuh kita fikirkan hahahaha...


P/S: Harini bizi menganyam ketupat... Jomm lee kita...

18 comments:

  1. Makan nasi amband sedulang sekeluarga nie best oooo. Teringat keluarga angkat Rawlins suka makan gini time raya huhu tetiba sedih. Nak cari la nasi ambang time raya kelak

    ReplyDelete
  2. Belum pernah cuba makan nasi Ambang ni.. pada bulan puasa begini memang baik sharing sharing makanan.

    ReplyDelete
  3. tu dia, penuh lauk kalah nasi ambeng betul heheheh....

    ReplyDelete
  4. sedapnya saya pun suka nasi ambeng ni, rindunya nak makan, sejak pkp ni memang takdelah nak kuar mencari, bolehla order dengan dulang cafe

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan nasi ambeng ni. Selalu makan yang bungkus je tapi dulu makan dalam dulang lagi terasa sedap dia haha

    ReplyDelete
  6. rindu zaman study uthm, selalu makan nasi ambeng. sedapnyaaaaa portion pun banyak tu

    ReplyDelete
  7. weh meriah gila lauk pauk dia..memang puas hati lerr kalo dapat yang gini ha...ada delivery satu Johor pulak tu!

    ReplyDelete
  8. Belum pernah cuba makan nasi ambang ni. Nampak menarik bila sharing2 kan?

    ReplyDelete
  9. Haritu masa sis up kat Facebook lagi dah geram tau tengok nasi ambang ni. Tambah sedap bila dapat makan ramai-ramai macam ni..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah lamanya tak makan nasi ambang ni. Sedap tu sis, terliur kita di sini.

    ReplyDelete
  11. Wasuh waduh nasi ambeng nampak enak babget..suka sambal kelapa dan mee goreng tu..sedappo

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah nampak sedap dan lemgkap
    Selamat mengambeng

    ReplyDelete
  13. nampak sedap semua lauk tu. tapi saya perasan kebanyakan lauk dia macam sambal2/kari gitu kan

    ReplyDelete
  14. That's a good sharing with the loved ones! Selamat menyambut Hari Raya with your family and friends :) I hope its getting better coming future!

    ReplyDelete
  15. Nasi Ambang berdulang, menariknya. Nampak sedap dan menyelerakan sungguh nasi ambang tu.Teringin nak cuba. Alahai tapi jauhnya di pasir gudang :D

    ReplyDelete
  16. Aduh terpaksa scroll laju-laju..tak mampu nak tatap lama2 gambar nasi ambang ni. Jadi homesick, dah la tak boleh balik kampung

    ReplyDelete
  17. Tengok juadah ni memang puas hati betol sis. terliur pulak rasanya. BTW Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  18. I dah lama tak makan Nasi Ambeng, dulu selalu kat Pasar Malam now dah tak keluar lagi.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.