Header Ads


SELAMAT HARI WESAK 7 MEI 2020


SELAMAT HARI WESAK 7 MEI 2020 | Harini adalah hari cuti atau public holiday bagi menyambut Hari Wesak untuk kaum yang beragama Buddha seluruh dunia. Kalau atuk cina jantan Sis, haa dia sambut Wesak ni. Yang atuk cina pompuan tak, hahahaha Sis ko pun tak faham kenapa dua-dua tu lain.

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memfokuskan diri dan fikiran kepada lapan prinsip “Precepts” sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha “Sutras”.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Budha di seluruh dunia.

Di kalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Perayaan Hari Wesak juga sebagai lambang demokrasi dan kebebasan beragama yang menjadi cara hidup rakyat Malaysia. Dalam istilah demokrasi tu, termasuklah keamanan, kebaikan dan pengiktirafan nilai kemanusiaan bukan hanya nilai sejagat dikongsi oleh penganut Buddha, tetapi menjadi nilai bersama masyarakat pelbagai kaum yang mengikat kita untuk bersatu padu sebagai rakyat Malaysia.



Ini gambar sewaktu Sis travel ke Bangkok akhir tahun lepas bersama Geng Backpackers Sis, Retna. Sempat juga kitaorang masuk dan melawat di Wat Pho, dan masuk ke dalam Reclining Buddha. Nak masuk sini kena tertib ikut arahan mereka, macam kita masuk ke dalam Mesjid kita juga, macamtu juga laa kalau nak masuk tempat ibadah mereka.

Pengalaman yang menarik buat Sis. Cuma tu lerr, nak cite, nak update kisah Bangkok tu, adeii malasnya nak #Throwback hahahaha.. nanti la ek..

Sis admin blog Aku Sis Lin mengucapkan Selamat Hari Wesak buat semua rakyat Malaysia terutamanya pembaca blog Sis yang beragama Buddha dan buat semua seluruh dunia yang meraikannya.

May your life be full of blessings on this day of enlightenment. Wish you and your family enjoy the beauty of vesak 2020.


P/S: Untukmu jua sahabatku, Stephanie, aku tau ko baca kan hehehehe...have a nice day!..

2 comments:

  1. Selamat hari Wesak yang meraiakn dan selamat bercuti juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti PC...selamat beristerirehat...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.