Header Ads


LIRIK LAGU SETANGGI SYURGA 2020 - KHAI BAHAR & INTEAM


LIRIK LAGU SETANGGI SYURGA 2020 - KHAI BAHAR & INTEAM
Composer : Manis Helma (Hijjaz Records Sdn Bhd)
Lirik: ITO Lara (Wahyu Suci Productions)

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga



P/S: Sungguh mendalam maksud lirik lagu ni... 

6 comments:

  1. Replies
    1. Iyeee, sambil update blog, sambil mendengar ..

      Delete
  2. Replies
    1. Sama Sis juga...baru dengar semalam tu kat Melodi, terus suka..

      Delete
  3. aku suka gila lagu ni...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, now balas komen ko ni, aku tengah dengar ni haaa kat utube...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.