MASAK APA TAK JADI HARI NI? TELUR BISTIK!

MASAK APA TAK JADI HARI NI? TELUR BISTIK! | Haiyaaa nak buat Telur Bistik, sekali terlupa nak letak dulu telurnya dalam pinggan, Sis terus letak inti tu dalam kuali, konon otak fikir macam Nasi pataya, so masa nak alihkan ke pinggan terburai isi perut hahahaha. Nasib ko le telur. Janji ada nampak telur dan nampak laaa rupa bistiknya walaupun terburai cedera parah dalam kuali hahahaha.

Bukan pernah buat pun, ini kali pertama laaa Sis ko ni main berani je mencubanya, nak sangat buat Telur Bistik, sekali buat haaa amekkawww. Entah apa dalam otak fikir, padahal dah baca banyak kali resepinya. Ingat nak post dalam group facebook Makan Apa Tak Jadi Hari Ni tu, tapi sebab takut kang Suami nampak, sebulan kena perli tak sudah hahahaha. Yaa Suami Sis pun ada dalam group tu oii kekekeke.

Actually kann, sebenarnya masa nengok resepi Telur Bistik ni, Sis ko duk laa fikir macam mana ek nak letak intinya, ingat ke macam buat Nasi Pataya. Sebab inti tu kan lembab bila masak, so kalau letak telur memang akan terburai kan, so sebab banyak fikir tu lee, sampai betul-betul terjadi, adoiii... hahahaha.

Rupanya Telur Bistik ni, letak aje intinya atas telur. Ermmm tapi dah macam pizza la plak, ke memang kejadian Telur Bistik camtu rupenya ek?


Yaa rupanya Telur Bistik ni, goreng telur kemudian letak intinya atas telur tu, macam pizza gitu, tapi sebab telur Sis ko dah koyak terburai sebelah, Sis ko tutup le kasi selimut gitu hahahaha..

Ada yang nak mencubanya? Sis letak resepinya sini eh. Resepinya senang aje. Bahan inti tu pun ikutlah bahan mana yang korang ada, resepi ni sebagai contoh aje.

Bahan-bahan Resepi Telur Bistik Senang Dan Sedap

  • 2 atau 3 biji telur - Basuh telur dulu 
  • Isi ayam/daging/sosej di potong dadu - Nak masuk semua ni pun tak apa atau memana pun boleh.
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji cili padi (potong kecil) - Jika suka pedas boleh tambah
  • 3/4 batang lobak merah - Sisletak Frozen mixed vegetables ajer
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • Sedikit lada benggala potong dadu - Kalau takde, guna aje lada merah cincang
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Gula dan Garam untuk rasa.

Cara-cara Masak Resepi Telur Bistik 

  • Mula-mula pecahkan telur dan kacau telur sehingga betul cair.
  • Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. 
  • Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai untuk di hidang.
  • Selepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar dan bawang putih. 
  • Bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  • Masukkan lobak merah/Frozen mixed vegetables, cili padi, lada benggala dan ayam/daging/sosej. 
  • Tunggu sehingga masak.
  • Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  • Bila dah siap masak, curahkan ke atas telur tadi.

Haa macam tu laa masaknya, senang dan mudahkan? Sedap pun sedap woo..Sesekali tukar selera kan, asyiklah telur dadar aje, so kita kasi tukar Telur Bistik plak hehehe.

Anak bujang gan Suami kemain suka, lepas ni boleh buat lagi hehehe.
Selamat mencuba korang!


P/S: Tiba-tiba si JaL** tu up IG story ... kesian, ada IG tapi jadi kaki stalker dan syok sendiri hahahaha..

16 comments:

  1. hahahhahah woiii, banyak sangat ko pikir ni sampai benda simple pun jadi complicated...hahahahahha!!!! saya terhibur!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, padahal aku baca resepi dan cara kemain banyak kali hahahaha kelako...

      Delete
  2. alolo takpelah yg peting rasanya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kan Mama, janji nampak telur dan intinya hahahaha

      Delete
  3. janji bila masuk mulut sedap sis...hahahah...tengok ok je kejadiannya cuma tak berbungkus je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ya Eda, licin gak di makannya hahahaha

      Delete
  4. kita pun kadang confuse telur bistik ngan telur bungkus sis.. xpela, janji sedap dimakan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur bungkus lain plak Dilah, ko jangan konpius, kang dengan Sis sekali blur hahahahaa

      Delete
  5. nak buat tak pernah berjaya lagi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sama lee ni, berani gak buat, sekali terbocor hahahaa

      Delete
  6. Molek je kejadian telur bistik ni sis lin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak terus dalam pinggan, telurnya rata, lagi menarik hehehehe

      Delete
  7. Replies
    1. Yaaa Wak, jadilah lauknya, licin jugaa hahahaha

      Delete
  8. Hahahaha.. hadoila.. tp ok la x jadi pun janji sodap dimakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekeke...sodap juga laaa, cuma kejadian rupa je tak semengah hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.