5 MANFAAT PADA KESIHATAN JIKA KORANG TAK PAKAI BRA/COLI!

5 MANFAAT PADA KESIHATAN JIKA KORANG TAK PAKAI BRA/COLI! | Mesti ada yang rasa kelakar atau rasa sensitif bila baca tajuk tu, ermmm kalau bagi Sis ianya terlalu serius kita sebagai perempuan/wanita kena amik tau dan alert tentang perkara ni.

Bagi mereka atau Sis sendiri, yang memang faham dan tau pada perkara tajuk di atas tu, sememangnya boleh di katakan senang cakap 'lapang' rasa bila tak pakai bra/coli ketika di rumah atau tidur malam. Yaa tak pakai bra/coli tu hanya di rumah dan nak tido aja, kalau keluar tu kenalah pakai oii, naya je tak pakai, kang berjalan sikit bergegar ke sana ke sini, orang mandang plak tak kelip mata.

Sedangkan pakai pun orang pandang, lagikan tak pakai, jangan buat hal, tapi jika memang korang pentingkan kesihatan atau keselesaan, ada je yang memang tak pakai bra/coli sepanjang hidupnya walau keluar rumah pun. Tengok je atuk-atuk kita dulu, memang tak pakainya bra/coli, tapi tu duluuuuuuu...sekarang kalau tak pakai, lain plak kes nya kang.

Lagi pulak bra/coli sekarang di jual cantik-cantik, berenda, bermanik, berlabuci bagai kann, tapi yang tak munasabah tu harganya, mahal kedaung, padahal pakainya kat dalam aje, bukan orang nampak pun, ye dakkk?.

Tak pakai bra adalah perkara biasa di luar negara tapi untuk diamalkan di Malaysia ianya  kedengaran janggal sekali. Tetapi sebenarnya ada manfaat kesihatan di sebalik perbuatan tersebut.


Tidak memakai bra

Seharian bekerja, pastinya kita tidak dapat mengelak keadaan badan yang berpeluh dan tidak selesa. Pastinya untuk wanita, dapat pulang ke rumah, membuka dan menanggalkan coli yang basah akibat peluh adalah perkara yang memberikan keselesaan. Tetapi ada juga sesetengah wanita yang masih akan memakai bra walaupun ketika di rumah dan pada waktu malam. Sudah tentu kerana berasakan coli dapat membantu payudara kekal anjal dan sihat.

Jadi adakah ia bermakna tidak memakai bra sesuatu yang tidak bagus untuk payudara anda?

Berdasarkan kajian saintifik, tidak ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa coli boleh mengekalkan keremajaan pada payudara.  Malahan pemakaiannya dikatakan akan mengekang payudara daripada membesar atau mencapai daya tarikan semula jadinya.

Wanita yang tidak memakai bra

Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh seorang Profesor di Centre Hospitalier Universitaire de Besancon, Perancis mendapati wanita yang tidak memakai coli memiliki payudara yang lebih anjal berbanding mereka yang kerap memakainya.

Bahkan berlawanan dengan kepercayaan umum, tindakan tidak menggunakan bra dikatakan dapat melindungi payudara daripada graviti. Malahan tindakan ini membuatkan wanita mempunyai postur lebih baik serta mengembangkan otot-otot di bawah buah dada bagi menyokong dan mengangkatnya.

Apa kebaikan tidak memakai bra dari aspek manfaat kesihatan

Pemakaian coli dianggap sebagai keperluan bagi wanita dan akan menimbulkan rasa janggal dan segan jika keadaan adalah sebaliknya. Apatah lagi apabila hidup dan membesar dalam norma kehidupan manusia yang penuh beradab, seperti di Malaysia.

Namun itu tidak bermakna kita boleh menafikan tentang manfaat kesihatan yang boleh diperolehi jika memilih untuk tidak memakai coli. Korang mungkin boleh lakukannya di rumah.


Ini 5 manfaat kesihatan yang tidak memakai coli:

1. Kesihatan kulit payudara 

Pemakaian coli secara berkala dan kerap akan cenderung menyebabkan kelembapan, kotoran dan peluh terperangkap pada kulit payudara. Situasi seperti itu boleh mengakibatkan pori-pori pada sekitar payudara tersumbat dan menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Ia lebih kerap dialami oleh wanita dengan buah dada yang besar.

Masalah kerengsaan kulit yang berlaku boleh menyebabkan wujudnya jerawat mekanik (acne mechanica) – muncul kesan daripada gosokan, geseran atau tekanan pada kulit. Biasanya jerawat ini dialami kesan pemakaian bra ketika bersenam dan memakai pakaian yang basah akibat berpeluh.

2. Peredaran darah

Perasan tak apabila korang memakai coli, adakalanya terasa seperti menyesakkan bahagian dada dan fungsi pernafasan korang?. Itu antara kesan apabila memakai bra selama berjam-jam. Lebih-lebih lagi jika saiz coli itu agak kecil untuk payudara korang.

Keadaan ini akan menjejaskan aliran darah ke bahagian belakang badan dan dinding dada, sekali gus akan menyebabkan kesakitan otot belakang badan. Jadi apabila korang tidak memakai bra, terutamanya bagi wanita dengan buah dada yang besar, tindakan korang itu akan dapat meningkatkan fungsi peredaran darah menjadi lebih baik.

3. Saluran limfa

Kelebihan lain apabila korang memutuskan untuk tidak memakai coli adalah ia dapat meningkatkan fungsi saluran limfa. Ini membolehkan penyingkiran toksin daripada bahagian sekitar payudara. Sudah tentu, ia juga boleh mencegah pengekalan cairan, ketidakselesaan dan kerengsaan pada buah dada.

4. Otot dan bentuk payudara

Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa pemakaian bra boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong payudara menjadi ‘malas’ dan kesannya buah dada kelihatan kendur dan tidak anjal. Terdapat wanita yang tidak memakai coli untuk 1 tempoh panjang mengakui bahawa payudara mereka tampak tegang, anjal dan lebih menarik dari masa ke masa.

Bagi wanita dengan buah dada yang penuh atau besar, mungkin akan berasa lebih tegang pada permulaan tidak memakai coli. Namun, lama-kelamaan, tindakan tersebut dipercayai dapat meningkatkan kekuatan otot dada dan bahagian belakang serta memberikan sokongan yang baik walaupun tanpa bra.

5. Kualiti tidur

Korang mungkin tidak menyedarinya, tetapi pemakaian bra pada waktu tidur cenderung menyebabkan tidur terganggu dan kurang nyenyak. Malahan menanggalkan coli pada waktu malam dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur korang.

Tidak mendapat tidur yang baik dan berkualiti berisiko mengakibatkan keletihan, masalah berkaitan memori serta mengurangkan kewaspadaan pada keesokan harinya.

Memberikan keselesaan

Bagi wanita yang sudah biasa memakai coli pada kebanyakan masa akan berada ‘terdedah’ jika tidak memakai bra. Namun untuk jangka masa panjang, apabila korang sudah membiasakan diri tanpa coli, ia dapat memberikan rasa keselesaan dan bebas.

Kesan perubahan ini banyak bergantung kepada saiz buah dada korang. Bagi wanita dengan payudara kecil mungkin tidak dapat merasai manfaat drastik tanpa coli berbanding wanita yang mempunyai buah dada besar.

Fakta Perubatan Disemak oleh  
Oleh 


P/S: Bra/Coli tu sekadar untuk meliputi dan memberi sokongan pada payudara, agar tidak ada rasa ketidakselesaan jika berada di luar. So kenalah pakai jika berada diluar. Ada faham tak?

24 comments:

  1. mmg selesa bila tak pakai hihi.. ops

    ReplyDelete
  2. baru tau ni. jadi apakah fungsi bra ni sbnrnya. hmmmm

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hahahahaha...adeii gelak beso Saya baca hahahaha

      Delete
  4. Tidur malam tak pakai memang selesa sangat

    ReplyDelete
  5. kita selalu tidur malam tak pakai. terasa bernafas sikit. hahaha

    ReplyDelete
  6. hah kt umh bole la..jgn keluar umh tk pki bra plak..haru nanti haha...lain la kt luar nehara depa biasa tk pki haha

    ReplyDelete
  7. Kita kalau tak pakai payah sis.. Nnt anak duk mencari sajoo... Cmne mama nak tidooo nyenyakk.. Tapi mmg selesa la bila balik keluar buka bra.. Freedom gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ngempeng ekk...ye juga ek, kang 24 jam bergayut plak hahahaha

      Delete
  8. Baru tahu kebaikan tak pakai bra ni. Sebab bila beli bra, ramai yang cadangkan pakai untuk mengelakkan dada kendur. Tapi itulah memang selesa kalau tak pakai bra time tidur malam.

    ReplyDelete
  9. kat rumah memang tak pakai...membazir...kahhhhh

    ReplyDelete
  10. Alaaa sis kita nak komen apa ni? kita x pakai bra, so bagus la ek? hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sangat bagus tu, kalau ko pakai, dah lain plak ragamnya hahahaha

      Delete
  11. Memang betul tu. Rawlins belajar pasal all these benefits masa meniaga pakaian dalam dulu and memang betul, bra-less is actually good hehe

    ReplyDelete
  12. memang bgus tak pakai, tapi tulah kan kang tak pakai banyak benda tersembul. time malam nak tidur je la buka

    ReplyDelete
  13. Yeay... memang itulah yang dilakukan sebaik sahaja berada di rumah... rasa selesa... kalau pakai baju tidur yang besar sikit dan nipis, siap ada pakej berangin gitu... hahahaha... bukan apa, kadang-kadang memang perlu bagi badan kita rasa relax kan...

    ReplyDelete
  14. Kalau kat rumah mmg biasa tak pakai tu tapi kalau kat luar wajib weiii pakai. Karang ada plak yang terjojol bijik mata nengoknya.. hahahha

    ReplyDelete
  15. rasanya ramai lagi yg tak tahu kebaikan tak pakai bra ni (kat rumah la, jgn kat luar ke kat opis) 😬)

    ReplyDelete
  16. Semoga bermanfaat kepada mereka yang sepatutnya. Tapi janganlah bawa ke luar plak kan. :D

    ReplyDelete
  17. Thanks for the info. Baru tau banyak kebaikkan sebenarnya. Lepas ni boleh praktikkan la. Tapi time nak tido je la. heheh

    ReplyDelete
  18. Setahu sis sebsliknya lsk jika pakai bra payudara lambat kendur bila dah tua.. huhu

    ReplyDelete
  19. Terima kasih sis.. info ni saya akan simpan untuk bakal saya nanti dan bila tiba masa itu saya akan kongsikan ilmu ini pada dia.. mesti nampak macam saya pandai.. okay, harap saya nampak pandailah.. tak nampak pelik.. doakan saya ya

    ReplyDelete
  20. Memang kat rumah kita bebaskan, its more comfortable and airy kalau tak pakai bra.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.