Header Ads


RESEPI AYAM MASAK KAM HEONG YANG SEDAP


RESEPI AYAM MASAK KAM HEONG YANG SEDAP | Korang pernah dah ke cuba masak Ayam Kam Heong ni? Apa itu Kam Heong? Kam Heong tu kalau orang cina kata 'Bau Wangi',, macamtu laa maksudnya. Tapi memang betul, masa korang masak menu ni, semerbak bau wangi kat dapur, lebih-lebih lagi bau aroma daun kari dan bawang putih tu.

Cuma gaya masakan tu ramai yang dah 'derhaka' sikit. Ikutkan kalau masak Ayam Kam Heong ni, ayam tu kena goreng dulu, bukan rebus, bukan kukus, atau tidak di masak, macam mana pun, ayam tu kena goreng dulu, baru betul resepi asalnya tu menjadi.

Kalau Ayam Kam Heong style Atuk Cina Sis, akhir memasak tu, sebelum hidang, dia akan tabur dengan kacang gajus yang dah di bakar, perghh nanti makan, sedap rasa, sambil gigit ayam, gigit kacang rangup tu, memang kaww!.. Tapi sebenarnya nak letak boleh tak letak pun boleh gajus tu, ikutlah selera korang.

Macam Sis ni pun anak Sis tak letak pun, hanya ikut je resepi asalnya. Cuma semalam dia masak, agak terkurang kuah sikit, bila dah sejuk, jadi kering. Ikutkan kuah lebih sikit baru sedap. So korang kalau tak pernah cuba, boleh mencubanya. Mudah dan Sedap!


Resepi Ayam Masak Kam Heong

Bahan-bahan :

  • 1 Ekor ayam dipotong 18
  • 2 ulas bwang besar (sebiji didadu dan sebiji lagi hiris).
  • 4 ulas bawang putih (ketuk dan cincang).
  • 6 cili merah (dihiris) jika nak pedas lebihkan cili.
  • 7 cili kampung (dihiris) jika nak pedas lebihkan cili.
  • 20 helai daun kari.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar kicap lemak mnis.
  • 3 or 4 sudu besar rempah kari.
  • Minyak masak.
  • Garam dan serbuk perasa


Cara Penyediaan :

  • Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit, garam dan lada hitam.
  • Goreng ayam hingga masak. Kemudian ketepikan.
  • Rempah kari di bancuh dengan sedikit air.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan bancuhan rempah kari dan daun kari.
  • Masukkan sos dan kicap kacau sebati hingga agak pekat.
  • Masukkan ayam goreng serta hirisan cili.
  • Gaul rata dan tutup api
  • Siap dihidang

Senang dan mudah kan? Rasanya pun sedap woo.. Menu ni anak Sis yang masak semalam. Sebab katanya, asyikk ikan aje Emak masak, hahahaha..sampai Ayahnya pun gelak anaknya cakap macamtu. Biasa gitu laaa, Sis akan masak lauk menu ikan, sebab Suami kurang suka makan ayam, tapi kalau dah selalu aje ikan, haaa jemu lee anaknya hahaha..tu yang dia masak sendiri semalam menu Ayam Kam Heong ni.

Sis masak apa? Jeng jeng jeng...


Sis masak Asam Pedas Ikan Merah permintaan Suami. Tapi semalam Suami balik agak lewat, dah habis berbuka baru sampai rumah dari Penggerang. Sampai aje rumah, terus amik pinggan, duduk makan ceduk lauk. Sampai Sis tegur, 'tak nyempat-nyempat mandi ek', jawabnya, 'tak tahan nengok gambar', katanya hahahaha...yeee Sis hantar gambar ni kat wahtsapp Suami petang tu hahahaha..

Semalam pun ada juga masak menu lain, Sis goreng Peria Masak Sambal Belacan, buat Telur Bistik tak jadi, hahahaha nanti lee post lain adeii...dan juga goreng ikan asin dan rebus telur asin (buat stok sahur sebenarnya).

Alhamdulilah, untuk harini dapur OFF...heheheh rezeki ramadhan katanya...so tunggu laa nanti apa menu berbuka Sis nanti ya...Sis akan kongsikan ...dun wuri...

Dengarnya esok semua kedai makan dan juga cafe-cafe Hotel dah boleh Dine-In, ermmm hati-hati tau korang!! Jom kita lelap mata jap...

Selamat Berbuka korang!!..


P/S: Ya Allah, permudahkanlah urusan anak aku balik Johor nanti...aamiinnn..

14 comments:

  1. Pernah cuba sekali je masak ayam kam heong ni. Berselera family makan. Pastu malas nak buat lagi. Hehehe

    ReplyDelete
  2. macam ayam bali pulak ek..cuma dia takde serai...

    ReplyDelete
  3. kalau takde idea nak masak ape kang, boleh la follow resepi ni

    ReplyDelete
  4. ekin tak pernah lagi makan ayam masak kam heong ni.. boleh cuba lah resepi ni nanti.. minta izin awal2 ya.. hehehe

    ReplyDelete
  5. tk pernah lg masak menu kamheong ni..tp pernah la mkn kt restaurant ketam masak kamheong..bole cuba nanti..tq for sharing resepi

    ReplyDelete
  6. Rasa rasa macam pernah makan daging kam heong dekat Chan. Sedap juga. Nanti boleh la try masak yang ni pula.

    ReplyDelete
  7. baru je masak ayam ni before puas. mudah dan sedap. nanti nak masak lagi hehe

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa. I pun suka chinese food ni. Rasanya yg derhaka tu sbb nak sihat kut tak nak goreng2. Haha tapi selalu yg goreng2 ni lah extra sedap kan!

    ReplyDelete
  9. aida suka makan chinese food sis. sgt suka.
    just jarang masak kat rumah. tak pandai. and most of the time, bahan tak cukup :)
    ha ha ha ha sis pun satu, da sent gambar, membara la asben nak balik jamah makanan.
    asam pedas plak tu. mak aiii!! menjemput selera tau.

    ReplyDelete
  10. lama tak buat masakan ni....nanti nak buatla..btw menu lin masak nampak sedap dan gempak ,,,ngeee.

    ReplyDelete
  11. sedap & simple ye! nanti nak try la ayam kam heong ni, tukar2 selera sikit ;)

    ReplyDelete
  12. wah sedapnya nampak menu ni, nannti saya cuba. thanks bagi resepi

    ReplyDelete
  13. nampak sedap dan menarik resipi ayam masak kam heong ni.saya belum pernah cuba lagi masak resipi ni.nanti boleh cuba.terima kasih kongsi resipi.

    ReplyDelete
  14. padan la jadi ayam kicap, tak letak rempah kari rupanya. Haha lain kali bleh cuba.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.