Header Ads


TIPS MEMILIH KEJU (CHEESE) YANG HALAL


TIPS MEMILIH KEJU (CHEESE) YANG HALAL | Yang suka makan keju atau cheese, kena baca tips penulisan yang Sis kongsi ni. Sis terpanggil nak kongsikan di blog Sis, selepas membacanya di facebook Chef Nor Zailina yang juga penulis novel tu.

Yaa laa Sis pun kena alert benda gini, sebab anak Sis suka makan keju. So kena berhati-hati juga Sis dalam memilih dan membeli keju ni. Tapi macam mana nak tau keju tu halal atau tidak? Itu yang jadi persoalannya.

Kebiasaannya kita kalau beli, main amik je kann, asal nampak keju murah aje amik, betul tak? Tak usah le nak menipunya hehehehe. Lagi murah lagi nak beli, bukan fikir dan tengok halal lagi..Yaa keju antara bahan masakan yang agak mahal woo kalau nak beli. Sebab itu jarang-jarang sekali Sis nak beli keju untuk di makan sesaja jee, melainkan kalau beli untuk bahan masakan, atau permintaan anak-anak, baru beriye beli.

So harini kita baca dan amik tau ya, macam mana nak memilih keju yang HALAL.


 Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. 

Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan.
Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dan lain-lain

Rennet - Bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju.
Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dan sebagainya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang.

Hanya pilih rennet:

  • Microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria)
  • Non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
  • Negetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)

Selain rennet, keju juga diperbuat dengan:

  • Proses pemerapan (fermentation)
  • Menggunakan cuka dan jus lemon (asid) terutama untuk pembuatan keju vegan

Fakta Penting:

  1. Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.
  2. Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).
  3. Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.

Sumber asal : Blog Norzailina Nordin 

So korang berhati-hati ya dalam memilih keju. Yang selalu beli dan makan tu kena lebih berhati-hati. Jangan nengok sedap je terus beli, pastikan dan baca betul-betul isi kandungan dan kepastian Halal tu ya. Moga ianya bermanfaat buat korang semua.

Jika korang ada tanda tanya atau nak bertanya, korang boleh ke link facebook yang Sis letak atas tu, dan baca posting Chef Nor Zailina tu dan baca komen-komen. Chef ada jawan segala kemuskilan kepada mereka yang bertanya..


P/S: Yang suka makan keju ni anak Sis,Yana...dia boleh makan ratah gitu aje, yang peliknya susu dia tak minum, keju dia makan hahaha

28 comments:

  1. Haa,betul kadang nampak murah je terus rembat. Bagus tips ni. Thanks for sharing. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kan kannn memang tau dah..sebab cheese kan mahal, so nampak murah mesti beli..

      Delete
  2. Nice sharing babe... Leh jd panduan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sebab tu terpanggil nak copy dan share kat sini...moga bermanfaat..

      Delete
  3. Itulah walaupun jarang pergi beli cheese, tapi kalau beli mesti focus lama tengok packaging dia. Ini additional tips untuk huda, thanks sis share info pada kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Huda, sama le Sis, lagi plak tak reti sangat bab benda-benda gini, sebab kita bukan pakar memasak..

      Delete
  4. ohh, bahaya jugak ek..kalo makan kat luar lagi susah, tak tahu orang tu guna yang halal atau tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, kalau bab macam tu macam mana ek nak kira? ermmm..

      Delete
  5. Aaya memang tak makan keju jadi tak tahu pun mengenai Rennet ini. Bila bab cheese bole makan cheese cake je sbb taj terasa sgt kejunya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam anak Sis, keju mentah dia tak makan, tapi cheesecake dia makan hahahaha

      Delete
  6. Eh betul juga la sis.. saya pun tak pernah terfikir sebab kita ingatkan dia dari susu je kan. Tak pernah terfikir nak cek halal ke tidak. Terima kasih atas reminder.
    .
    Tapi tapi.. nasib baik saya tak makan cheese sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Zarin, Sis pun baru tau tau...kalau tak hentam je beli janji murah hahahaha

      Delete
  7. cheese ni wajib ada sentiasa dlm fridge aida.
    biasanya aida beli brand yg trusted la. yg pasti mesti ada halal.
    biar mahal, janji halal. kalau murah, kadang2 tak sedap mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Sis, beli bila perlu aje, dan biasa beli brand yang selalu pakai je, tak berani beli brand pelik-pelik..

      Delete
  8. saya memang sukaaaa cheese. biasanya akan beli brand yang dah terkenal, memang ada cop halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann mudah kita nak cam dan makan pun tak was-was...

      Delete
  9. banyaknya jenis. kita ada keju cheesedale tu ajela.. sedih pula rasa. lain2 mmg takde sebab tak tahu nak buat apa dengan keju tu. reti order siap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sama laaa, kadang tak reti nak buat apa cheese tu, kalau perlu baru beli...

      Delete
  10. Info baru bagi sisyat. Selama ni dok pk sama je semua cheese kat kedai tu. Yang beza cuma brand..
    Rupanya bukan. Kena rajin baca isi kandungan bahan3 la kepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kannn, lepas ni kena perhati betul-betul dan kena baca isi kandungan cheese tu..

      Delete
  11. thansk info ni sis, saya selalu gak beli cheese. baru tau pasal rennet tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai memang tak tau pasal rennet tu, termasuk Sis ...

      Delete
  12. Good info ni sbb za sekeluarga mmg suka mkn cheese. Lg2 za ni semua jnis suka.. Nmpknya kena check btul2 ingredients la lpasni. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang suka makan cheese memang kena baca dan fahamkan...sebab mesti akan beli macam-macam jenis cheese kan...

      Delete
  13. terima kasih ata stips yang diberikan...bagus ni sekurangnya kita ada ilmu nak bandingkan mana satu keju halal dan sebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ayu, sebab tu Sis nak kongsikan, sebab sendiri pun tak tau...

      Delete
  14. Ohh bila baca sini kita baru tahu pasal cara pemilihan Keju ni yer hurmmm sebelum ni pakai beli nampak ada logo halal kita beli tapi takut kat kedai makan lah mereka menggunakan keju yang kita tak tahu dari manakan hurmmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, lagi murah, lagi lee kita beli hahahaha...padahal tak tau halal ke haram..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.