Header Ads


RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI PALING SENANG DAN SEDAP


RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI PALING SENANG DAN SEDAP | Hai korang, sedang buat apa tu? Tengah santai-santai bercuti ke tu...yang penting santai-santai dirumah aja ya, jangan kemana-mana. Hujan-hujan sejuk ni kan, elok laa duduk rumah aja, sambil fikir nak masak apa nanti untuk berbuka.

Dah ada idea nak masak ke tu? Sis harini menunya Rendang Daging permintaan Suami, Labu Masak Lemak, Goreng Ikan Kembong dan juga Sambal Belacan. Kebetulan harini kan cuti, Suami kata teringin nak makan rendang, so daging pun ada, bolehlah masak untuknya. Masa tengah update blog ni pun, daging tengah dalam periuk Noxxa tu haa, siap je kang dah boleh masak.

Harini agak kelam kabut sikit, pepagi lagi Suami dah ajak teman dia ke opis ada urusan jumpa kawannya, then ke Pasar Kipmart beli bahan basah sikit, lepas tu, hantar kejap lauk basah ke rumah Emak, Sis tak turun pun, Suami yang urus semua, Sis hanya teman aje.

Sampai rumah, hujan selebatnya turun, duduk le berendot dalam kereta menunggu hujan berhenti hahahaha..lawak sungguh, dating dalam kereta depan rumah. Reda hujan kemas barang-barang, siap semua mendobi kejap, haaa barulah dapat duduk menaip ni haa..

Ini pun Sis saje nak kongsi resepi Ayam Masak Lemak Cili Api dari adik Sis Mama DD. Geram dengan gambar paha ayam tu, ini kali cantik plak dia amik gambar hahahaha, Sis minta dia gambarnya dan resepinya, Sis kongsikan di blog Sis. Kot mana tau kan yang takde idea nak masak bolehlaa mencubanya.


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi 

Bahan-bahannya :

  • Setengah ekor ayam, dipotong ikut suka.
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1000 ml santan cair
  • 200 ml pati santan
  • Air jika perlu
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar :

  • 15 biji cili padi (ikut suka pedas masing-masing)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih

Cara memasaknya: 

  • Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai dan bahan kisar halus. 
  • Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. 
  • Setelah itu, tuang santan cair. Masak hingga ayam masak.
  • Masukkan asam gelugor dan biar betul mendidih. Tambah air jika perlu.
  • Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  • Kacau dan biar mendidih sekejap, kemudian tutup api, sedia dihidang. 

So korang jangan lupa mencubanya..kalau nak cubalah hahahaha...Korang masak apa harini? Mesti masak sedap-sedap kan, ye laaa semua cuti kan setelah beberapa hari bekerja. Kalau agak nak tukar selera, haa boleh laa jenguk-jenguk posting yang Sis update untuk menu Takeaway dan Delivery Hotel sekitar Johor ni. Harga dan menu berbaloi sungguh!

Renaissance Johor Bahru Hotel - Bazar Makan-Makan
Doubletree Johor Bahru - Chup! Makan Dulu
Suasana Suites Cafe - Suasana E-Bazar
Thistle Hotel - Hidangan Muhibbah 
Pulai Springs Resort - Ramadhan Takeaway & Delivery 
Ponderosa Golf & Country Club - Warisan Ayahanda
Tanjong Puteri Resort - Selera Kampung

Haaa pilih lee yang mana ya, korang pasti puashati.! Selamat Berbuka korang!


P/S: Sana sini nampak penuh orang...ngeri!!! ...

12 comments:

  1. menu febret ni...aku suka kuah dia kering2 sikit...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo aku suka kuah pekat tapi tak kering hahahaha

      Delete
  2. berapa kali masak ni, masih tak pass tekak suami. Phew~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorr...kena ubah sikit kot, kena try ikut resepi orang lain pulak, kot laaa kena tekak Suami Aien tu..

      Delete
  3. Feberet anak pompuan kak shima. Dia hari-hari kalu boleh nak makan gulai ayam masak lemak cili padi . Adoyai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo boleh tahan pedas ek dia, uma Lin ni sesekali masih okay laa, tak boleh selalu sebab bersantan..

      Delete
  4. ASsalamualaikum.. masak lemak cili padi memang salah satu favourite semut. main campak2 je pun dah sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusaalam, kann, dapat pepanas, hirup kuahnya, nikmat woooo

      Delete
  5. Replies
    1. Kann Wak...lagi kalau masak ayam tua ke ayam kampung ke, lagi sodap..

      Delete
  6. sedap dimakan dgn nasi yg panas2 lagi ni...

    P.S. Jom join segmen blog list di blog abam kie yg bakal tamat pd 10 Mei nanti. Peserta terakhir secara automatik akan dpt tunai RM5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Abam Kie...gaul dengan sambal belacan, perghhh kecurrr teruss....

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.