SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2020


SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2020 | Sambutan Hari Guru di Malaysia adalah pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini diadakan bagi memberi penghargaan besar negara dan masyarakat kepada guru-guru atau cikgu-cikgu di atas jasa dan bakti mereka. So bagi mereka yang pernah ke sekolah, pasti korang akan menghargai jasa guru korang dari mula masuk tabika hinggalah ke universiti atau dah bekerja sekalipun.

Kenapa perlu meraikan hari guru? Kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid.

Seperti kebiasaannya dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang boleh dilaksanakan oleh pelajar dan pengurusan pihak sekolah. Antara program pertama yang biasa dilakukan adalah dengan mengadakan perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG.

Ada juga acara, dimana guru-guru akan disambut dengan paluan kompang dan sebagainya untuk memasuki dewan atau tempat khas yang disediakan bagi sambutan berkenaan. Pengalaman Sis dulu jadi ahli PIBG memang best gile sewaktu buat persiapan sambutan Hari Guru macam ni. Meriah sangat! Murid-murid plak datang semua bawa hadiah untuk diberikan kepada guru atau cikgu yang mereka suka.

Kadangkan sampai kesian nengok ada cikgu/guru yang dapat sikit je hadiahnya tau hehehe. Kalau kena cikgu/guru yang anak murid suka, kemain banyak bawak balik hadiah, tak cukup tangan nak bawa oii hehehehe..kenangan sungguh.


Pada tahun 2020 ini, tema hari guru ialah “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”. Namun disebabkan wabak virus Covid19 ni, sekolah dan semua IPT di tutup berikutam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), maka tiadalah sambutan Hari Guru seperti tahun-tahun sebelum ini.

Tapi janganlah di sebabkan itu, kita lupa akan jasa baik guru/cikgu korang semua. Korang boleh buat ucapan di wahtsapp, hantar sms atau pun hantar kad ucapan atau hadiah terus ke rumah cikgu/guru korang. Tu tanda sebagai ingatan ikhlas yang korang sayang cikgu korang.

Bagi menghargai jasa guru, marilah sama-sama kita meraikan ucap selamat kepada guru/cikgu yang telah mendidik kita selama ini.

Selamat Hari Guru 2020

Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar…
 “Guru, Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Sebagainya”

Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah masa hadapan.

TERIMA KASIH
Kerana Mengajar Kami Tentang Adab Dan Ilmu Sehingga Kami Menjadi Orang Yang Berguna…
Mungkin kecil fizikalnya tetapi tetap BESAR peranannya.

The Way You Teach…
The Knowledge You Share
The Care You Take…
The Love You Shower…
Makes You.
The World’s Best Teacher…

 Happy Teachers’ Day! ❤


P/S: Dulu cita-cita ada gak Sis nak jadi cikgu, tapi tak dapat restu Emak hahahaha...last-last jadi cikgu kat rumah aje ngajar anak-anak sendiri hahahaha..

4 comments:

  1. Selamat hari guru kepada semua yang pernah mengajar walau pun satu ayat
    Kita semua adalah guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, kita juga guru kepada anak-anak...selamat hari guru Wak..

      Delete
  2. selamat hari guru kepada semua pendidik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamt hari guru juga buatmu cikgu brownies..hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.