Header Ads


TIPS HIAS RUANG TAMU RUMAH UNTUK AIDILFITRI


TIPS HIAS RUANG TAMU RUMAH UNTUK AIDILFITRI | Korang dah mula hias rumah ke tu? Ke masih belum masuk lagi mood raya? Samalah kita, Sis pun masih endah tak endah je lagi bab kemas. Kemas sikit-sikit tu adalah, tapi kalau kata nak kemas untuk raya, masih belum onz lagi mood raya. Tapi raya tetap kena raya hokay!

Jangan kata taknak raya, tak baik, raya tu sebagai tanda kita raikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Tak kira miskin ataupun kaya, raya tetap raya, cuma tahun ini kita raya dalam keadaan serba 'norma baharu'. Tidak boleh ziarah raya, balik kampung lama-lama, kunjung mengunjung, openhouse bagai tu, haaa tu semua tak boleh. Kalau boleh #DudukRumah diam-diam.

Best apa, masak, makan, tengok tv, mesti rancangan tv best-bestkan, selalu tiap tahun tak dapat tengok, ini kali bantai layan tengok tv sambil pakai baju raya, makan ketupat rendang dan juga biskut raya bersama family di rumah. Meriah gak kann..Tahun ni kita cuba!.

Di samping menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, korang pasti nak juga mempersiapkan diri untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma kan?. Aidilfitri di Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan semangat keraian, maaf-maafan, menjamu selera dan keindahan pakaian baru. Semangat keraian ini patut dicerminkan pada rumah korang sendiri juga, terutamanya di ruang tamu, agar lebih berseri dan ceria untuk berhari raya.

Jangan ingat dah tak boleh nak raya dan terima tetamu, tapi rumah tak payah kemas plak. Mana nak datangnya suasana raya, so jom kita mengemas bagi menaikkan mood hari raya!..

Hiasi dinding dengan memori


Gunakan dinding korang sebagai kanvas seni untuk dihias. Gantung beberapa gambar atau lukisan yang membuat dinding korang kelihatan hebat. Jadikan ia lebih menyerlah dengan seni kanvas berkualiti tinggi atau magnet dengan reka bentuk, lukisan, atau gambar keluarga korang sendiri.

Paparkan kenangan indah korang bersama orang tersayang korang pada hari-hari istimewa ini! Letakkan beberapa foto dan tunjukkan detik berharga korang dengan keluarga korang. Hiasan sebegini dapat memberi sentuhan peribadi dan menyerikan ruang.

Mainan warna, corak dan tekstur


Letakkan bantal dengan warna berani untuk menambah gaya kasual di ruang tamu. Jangan takut untuk menghimpunkannya setempat atau mencampurkan beberapa corak berbeza. Gabungkan corak besar dengan yang kecil, bunga dengan geometri. Korang juga boleh mencampurkan warna-warna terang yang berbeza untuk menaikkan tona ruang.

Cara untuk mencampurkan corak adalah dengan memilih tema warna kemudian menggunakan jaluran warna utama pada sofa, kerusi dan karpet untuk menstabilkan warna ruang. Bukan hanya corak yang akan menyerlahkan ruang korang, begitu juga tekstur. Jadikan setiap permukaan sedap disentuh dan dipandang. Inilah masanya untuk mengisi ruang dengan fabrik, perabot dan hiasan yang sesuai.

Hidupkan ruang dengan tumbuhan


Menambah satu tumbuhan berdaun (atau dua) akan memberikan ruang lebih kesegaran dan kelihatan lebih sofistikated. Pastikan korang memilih tumbuhan yang mudah diurus di bawah sinar mentari. Korang juga boleh menghiasi meja dengan pokok kaktus atau bunga kegemaran korang.

Jika korang sukakan cabaran yang lebih besar, mengapa tidak membuat pokok aidilfitri? Hiasi pokok dalam rumah korang dengan gantungan hiasan yang bertemakan aidilfitri dan minta anak korang untuk turut sama membantu menghias.

Hiasan siling yang mengujakan


Jika korang sukakan hiasan yang bertemakan kekeluargaan, menghiasi siling rumah korang dengan belon bukanlah perkara yang keterlaluan. Apatah lagi jika korang mempunyai anak kecil. Untuk kelihatan masih sofistikated, pilih belon dengan warna pastel. Tetapi jika korang sukakan warna terang, apa salahnya.

Tidak semestinya memerlukan belon berisi helium agar terapung di siling. Tiup sahaja belon seperti biasa dan lekatkan dengan pita pelekat dua sisi pada siling agar kelihatan terapung seperti belon helium. Jika korang inginkan hiasan lebih berkilat dan bersinar-sinar, korang boleh menggunakan gam glitter untuk menghiasi bahagian bawah belon korang, atau lekatkan hiasan bintang dan sebagainya pada belon.

Tambah cahaya dalam ruang tamu


Jika korang mempunyai simpanan pelita hiasan eksotik daripada timur tengah, inilah masa yang sesuai untuk mengeluarkannya. Bukan sahaja menambah cahaya, ia juga menambah corak di dinding dan menaikan romantisme ruang.

Jika korang tidak mempunyai pelita hiasan untuk diletakkan dalam rumah, korang boleh menggunakan lilin dan hiaskannya dengan hiasan ringkas yang sesuai seperti kulit kayu manis dan reben. Atau letakkan sahaja lilin dalam gelas cantik yang sesuai. Korang boleh meletakkan lilin di ketinggian yang sesuai untuk melatari hiasan dinding yang bertuliskan Aidilfitri. Pastikan korang meletakkan lilin atau pelita di tempat yang sesuai dan selamat jauh daripada capaian kanak-kanak.

Hiasan pintu meraikan tetamu


Selain menghias ruang tamu, korang juga boleh menghias pintu masuk rumah korang dengan penyangkut pintu istimewa yang boleh korang buat sendiri. Ini adalah sesuatu yang boleh dibuat daripada reben dan kertas berwarna pilihan korang.

Letakkan tulisan Selamat Hari Raya atau Aidilfitri di tengahnya dan hiaskan sekelilingnya dengan bunga jika mahu. Setelah selesai, letakkan di pintu depan rumah korang atau gantung sahaja di ruang tamu korang pada bahagian dinding yang sesuai.

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Mudah dan senangkan. Nak hias rumah ni bukan susah sangat, tak perlu modal besar, janji benda yang murah korang hias tu pun, kalau kena dengan kreativiti dan susun aturnya, semuanya nampak unik dan mewah gitu. Tak cuba kita mana tau.

Nanti mood raya korang dah sampai, korang cubalah tips hias ruang tamu ni ya. Sis pun tengah cari idea gak nak hias rumah ni..Jom kita!.


P/S: Kalau Sis suasana rumah tu terus masuk mood raya, bila tukar je langsir, dan juga karpet, terus nampak dah nak raya ko hahahahaha..

18 comments:

  1. baru beli langsir baru ritu. tengah tunggu sampai ke tidak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowwww sudah mari mood raya yaaa...bestnya, Sis langsir masih kat kedai hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Jangan begitu Wak, raya tetap raya meraikan setelah puasa sebulan...

      Delete
  3. Rayaaaa! Rayaaa! Heheee... Tak minat plak saya gaya corak kusyen tuu...campo campo design nyaa... tapi apa pun, selamat mengemas rayaaaa sisss and sefamilyyyyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis suka, nampak laaa ceria sikit Nonnn...kalau warna sekata je, cepat boring hahahaha

      Delete
  4. Cantik.. Tapi raya tahun ni mesti sepi je rasa..

    Jemput join segmen ejulz k..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, sepi pun, kita meriahkan suasana rumah sendiri aje dengan anak-anak...

      Delete
  5. Menarik hiasan semua.. Sy suka tumbuhan tp takleh letak dlm rumah.. Byak budak nti kacau haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Sis, suka semuanya, ni tengah nak beli pokok bunga sikit nak ceriakan kawasan yang boring hahahaha

      Delete
  6. ASsalamualaikum. Sama laa ngan saya, tukar langsir, karpet n sarung kusyen terus nampak suasana raya. kadang tak perlu yang baru pun, tapi mesti ada satu yang disimpan khas utk sambut raya je... heheh tq sharing this. idea ni membantu juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusaalam SS ,. kan kan tiap tahun macamtu, tukar je langsir terus mood raya dan suasana tu dah nampak dah heheheh...

      Delete
  7. pejam celik pejam celik raya nak dekat. Kita masih dalam fasa mengemas rumah baru. Barang-barang tak beli lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je kan Farah...kita sambut ala kadar aje Farah, janji dapat berhari raya..

      Delete
  8. oooo banyak pulak tips ko nak dekat2 raya ni ek..hahahahhahahah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ye lerr, kata nak raya kann hehehehe

      Delete
  9. musim pkp ni tak tahu nak hias rumah macamana dah. nak membeli hiasan tambahan pun xdpt keluar. kemas mengemas je lah kerjanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sis sekarang macam seriau nak masuk mall, dah le beratur, pastu ramai..social distancing tu macam dah tak de jeeee

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.