PRINTCIOUS MENYUMBANG RM50,000 KEPADA MERCY MALAYSIA DENGAN PELANCARAN REKAAN T-SHIRT YANG UNIK


PRINTCIOUS MENYUMBANG RM50,000 KEPADA MERCY MALAYSIA DENGAN PELANCARAN REKAAN T-SHIRT YANG UNIK | Printcious melancarkan rekaan T-shirt unik dalam usaha mengingatkan masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan. Melalui hasil jualan barangan terhad ini, RM 50,000 akan disumbangkan kepada MERCY Malaysia.

Printcious, sebuah platfom e-dagang terkemuka yang berkepakaran dalam cenderamata dan hadiah rekaan sendiri telah melancarkan rekaan unik T-shirt dalam usaha mereka untuk mendidik masyarakat mengambil langkah pencegahan terhadap Covid-19. Melalui hasil jualan barangan terhad ini, RM 50,000 akan disumbangkan kepada MERCY Malaysia dan sebuah badan kebajikan yang tidak dinyatakan sebagai usaha untuk melawan wabak Covid-19.

Protokol keselamatan yang telah diamalkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti membasuh tangan dan penjarakan sosial telah diangkat sebagai tema untuk tujuan ini oleh Printcious dengan harapan agar masyarakat terus kekal berjaga-jaga terutamanya apabila kerajaan telah membenarkan fleksibiliti untuk perniagaan beroperasi semula.



Pada masa ini, terdapat keperluan untuk semua orang memainkan peranan mereka dalam melawan Covid-19 dengan memanfaatkan kekuatan unik mereka. Kami mungkin tidak dapat mengeluarkan sejumlah besar wang untuk memberi bantuan tetapi kami telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Ricoh (syarikat pengimejan dan elektronik yang terkenal), Gildan (Jenama T-shirt No. 1 di USA), Exabytes (Cloud dan Penyedia Solusi Digital di Asia Tenggara) dan Main-Main (Inkubator Kreatif di Malaysia) untuk melancarkan sebuah siri rekaan T-shirt yang unik untuk dijual kepada masyarakat”, menurut Vincent Tong, Ketua Pegawai Eksekutif Printcious.

Kami turut mengalukan badan-badan korporat untuk menyokong kempen ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan meraih dana bagi menghasilkan T-shirt Covid-19 dengan jenama mereka sendiri untuk pekerja mereka. Kami percaya bahawa kebanyakan perniagaan mengalami penurunan tetapi kami perlu terus beroperasi demi membantu memajukan ekonomi dan pada masa yang sama menyokong kerajaan pada waktu pandemic global ini,” beliau menambah. Pengubahsuaian tambahan seperti penambahan nama dan jenama logo juga boleh dilakukan tanpa sebarang cas tambahan.




Untuk kempen istimewa yang berlangsung daripada pertengahan Mei sehingga akhir Julai 2020, Printcious telah menghasilkan 6 rekaan T-shirt kreatif diperbuat daripada kapas Gildan premium sebagai satu peringatan kepada masyarakat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

T-shirt putih berkolar bulat ini dijual dengan harga RM29.90 sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL.




Selain T-shirt, kempen ini turut menrangkumi tote bag dengan rekaan yang sama. Printcious berhasrat untuk mencapai sasaran hasil jualan untuk 1,000 unit t-shirt dan 1,000 unit tote bag bagi meraih dana.

Printcious menawarkan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak.

Pembelian boleh dibuat secara atas talian melalui: https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness  


P/S: Berkenan sungguh Sis t-shirt dan tote bag tu, nak beli laaa buat koleksi. 

6 comments:

  1. eh aku ingatkan jannah tadi yang atas sekali tu...orang lain rupanya ek...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha oo ko sama aku ek, sekali tengok macam Jannah..

      Delete
  2. totebag dia macam menarik,

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.