DAH TAK TAU NAK MASAK APA DAH!

DAH TAK TAU NAK MASAK APA DAH! | Yaa laaa masuk harini otak dah beku nak masak apa bila anak-anak sendiri pun kata tak nak makan nasi, tak nak makan itu, tak nak ini..adoii pening kepala omak oii..

Padahal kann, dah siap list untuk minggu ni masak apa, esok masak apa, tapi tiba masa, banyaknya meyimpang menunya dari list yang di sediakan hahaha. Macam semalam, ikutkan dalam list nak masak Asam Pedas Ikan Duri, tapi sebab Sis dan si Kakak dah keluar mencari barang, bila balik rumah, badan dah letih, so menunya dah bertukar ke Macaroni Goreng Seafood.

Tapi nasib baik jugalah, sebab laku laris plak Macaroni Gorengnya, kebetulan plak Ayahnya balik bawa Siput Gonggong, jadi menu tu sekadar buat ada je laa, memasing duk meratah Siput Gonggong. Suami plak makan ketupat dia berlauk rendang dan sambal goreng juga lodeh babat yang Sis masakkan untuknya.

Biasalah dah 20 Ramadhan ni, memang tekak dah tak lalu meriah macam awal-awal puasa. Tengok menu-menu lalu lalang pun macam tak bernafsu aje. Tapi kalau nengok minuman sejuk, macam Coolblog ke Tealive ke, haaaa itu yaaa, kecur tahap macam nak merangkak terus pi beli hahahaha..

Ni pun duk fikir nak masak apa ni. Harini hanya Sis sorang je buka puasa. Si Kakaknya berbuka dengan kawannya, yang si bujang balik Mersing,Politeknik, nak angkut barang rumah, yang si Yana pun sama, buka dengan kawannya. Sos Sis buka seorang aje laa. Suami kata kalau dia sempat dia baliklah buka sama. Nampak gaya beli aje laa kut..


Tiba terkecur plak nengok gambar Macaroni Goreng ni hahahaha..adeiii semalam sekali makan licin. Pagi tadi Sahur, masakkan Mee Goreng Sedap aje untuk si bujang. Suami bangun minum air Quaker Oatnya aje dan makan kurma.

Semalam ada kawan blogger Sis, Ruby tanya, 'Sis pakai handphone apa amik gambar?'...hehehehe alaa terus malu plak bila di tanya, Sis jawab 'iphone 11'...sebab kata dia gambarnya cantik.

Yee memang nampak cantik gambarnya, Sis sendiri pun kadang puashati dengan gambar yang Sis amik, tapi jangan tak tau, ada masa tak juga menjadi gambarnya. Kadang sebab cahaya, kadang sebab mood, dan paling tak menjadi kadang tu, bila menunya tak menarik hahahaha, malas nak amik gambo...

Setakat ni, iphone11 laaa handphone yang Sis pakai, Hadiah Harijadi tahun lepas dari Suami. Sis plak kalau dengan barang, memang orang yang cermat dan cerewet, anak dan Suami sendiri pun takut nak pegang barang Sis, terutamanya handphone Sis hehehehe.

Bukannya apa, tak suka orang sesuka pegang handphone Sis, kang dia godehnya apa-apa, habis semua lari setting. So jangan cecuaba nak mencubanya hahaha. Kalau handphone Suami yee, memang Sis yang godehkan, hahahaha ..


IKLAN : 

Kembali lagi!! Tempahan di buka sekarang!
Biskut Florentine by MamaDD open order untuk RAYA!
Cepat buat pesanan sekarang sebelum order ditutup!

Sebotol hanya RM 15 sahaja (24 keping isi penuh botol).
Sekali cuba, pasti nak lagi!
Isi kepingan atasnya penuh dan crunchy!
Fresh from oven, order baru buat!

Walk-In/COD sekitar Johor Bahru.
Order : http://www.wasap.my/60177275565/florentinebymamaDD

Pasti puashati, cubalah!! ..


P/S: Mood nak buat biskut raya dah mai...tunggu anak-anak je, terus ON..

3 comments:

  1. sedap tu makaroni.. mama pun dah kering idea dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Mama, sampai semalam kami anak beranak minum air aje dulu dan makan kuih, sudahnya memasing masak maggi hahahahaha

      Delete
  2. nampak sedap gilerr ek ko punya makaroni tu..lagi2 bila aku nampak kelibat sotong..hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.