Header Ads


MASAK PENUH DENGAN KASIH SAYANG


MASAK PENUH DENGAN KASIH SAYANG | Kalau tengok pada labu tu, apa yang korang nampak? Yaaa bentuk LOVE ❤ kan? Comel sangat! Memang agak terkejut masa mula potong belah dua labu tu, sekali tengok, eh bentul love laa..anak-anak pun teruja nengok.

Walau nampak biasa, tapi agak unik kann, tu namanya Masak Penuh Dengan Kasih Sayang hahahaha.. Labu ni Suami beli sebiji besar gitu, memang besar, sampai dalam hati Sis kata, entah bila nak habis makan labu ni ya, tapi bila dah potong dua, dan masak separuh, ait nampak pulak sikitnya. Memang masak dua kali aja.

Anak bujang Sis yang paling suka makan Sayur Lemak Labu ni. Dan Sis kalau masak, Sis akan campurlah apa je sayur hijau ke dalamnya, contohnya, kalau ada kacang panjang ke, sawi ke, tapi biasanya sawilah yang Sis akan masuk campur dalam sayur lemak labu ni. Kasi meriah sikit warna lemak tu, kang nampak kuning aje kan hehehe.



Kalau masak sayur labu lemak macam ni, memang tak pernahnya tak habis, mesti habis punya. Tak pernah tak habis. Memang kesukaan kami sekeluarga. Lagi kalau masak kuah santannya pekat, lagi lee sedap. Suami memang pesan, kalau masak lauk yang bersantan, jangan lokek santan, kasi pekat kuahnya baru sedap.

Sayur labu ni adalah makan kesukaan Nabi Muhammad saw kita, jadi kalau siapa yang suka makannya, ianya adalah salah satu sunnah nabi yang harus kita buat. Tak suka tak apa, bukan paksa pun. Yee ada orang tak suka sayur labu, macam kawan Sis, katanya rasa kayu, pelik gak, pernah ke dia makan kayu ek? Hahahaha...



Dan bila dah ada sayur masak lemak, semestinya laaa padanannya dengan masak sambal kan? So Sis lawankannya dengan Ikan Caru Ketutup, Kerutup ke Terutup ek, aaa sama je laa, janji ada bunyi tup tup tu hahahaha.. Bila dah ada sambal, makan gaul pulak dengan kuah masak lemak, perghh memanglah power, sedap tak boleh bawa bincang...habis makan baru bincang hahahaha..

Kebetulan pulak ada Hati Lembu yang Suami beli, Sis masakkan kicap lada hitam sikit, ini memang kesukaan Suami, makanya kalau ada lauk ini, ikan caru kerutup tu Suami tak pandang dah hahahaha. Memang semangkuk tu khas untuk Suami aje la makan.

Anak-anak tak suka hati lembu tu, tapi paru semua makan. Lagi kalau Paru Masak Berlado, licin sekejap aje hehehe. Ada yang tak makan organ binatang gak ke?..

So harini korang masak apa? Harini dapo Sis OFF, ada buat pesanan lain, rezeki harini, so tunggu yaaa...nanti Sis kongsi gan korang.

Okaylah, jom laaa kita layan mata jap, masa post ni keluar, agaknya Sis dah lelap dah, target lepas Zuhur nak tido hahahaha.. kroohhhhhhh...

Selamat berbuka semua!..


P/S: 4/5/2020 ni semua sektor ekonomi dah boleh bekerja ek? Ermmm jem laa jalanraya kann.. 

10 comments:

  1. untung la sudah ada anak bujang untuk makan sayur labu..

    saya baru je nak membujang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Tuan, anak bujang tu laaa yang suka makan Sayur Lemak Labu ni..boleh habis seperiuk kalau masak..

      Delete
  2. mantap sis gandingan menu nih..kalau saya masak lemak labu, mesti lawan dengan sambal belacan.pehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, masak lemak mesti nak ada sambal, baru laaa jadi lawannya..

      Delete
  3. Cantik labunya
    isi pun tebal
    Ambil bijinya dan semai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak siap cakap gak bijinya tanam, masaalahnya tanah mana laa Saya nak tanam Wak hahahaa

      Delete
  4. Cantik bentuk labu cantik juga gambar menu-menu akak. Lama tak masak labu. Nak kena letak dalam list ni.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sis lin.. Labu buat masak lemak kan.. Mmg ngam letak sayur2 hijau sekali.. Ok tq bagi idea.. Nnt boleh buat masak. Lemak labu ni.. Fav sangat ni

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaa, saya jarang makan labuuuu , tapi kalau dah ada...memang licin!
    Niceee...saya x makan hati lemmbuuu, kalau paru, memang makan..huhu

    ReplyDelete
  7. ni febret family aku gak ni...nanti nada pun nak masak lemak labu, dah masuk dalam list 5hb...hihi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.