CARA MASAK PARU GORENG BERLADO PALING MUDAH DAN SEDAP


CARA MASAK PARU GORENG BERLADO PALING MUDAH DAN SEDAP | Siapa sini suka makan paru? Korang kenal tak apa itu paru? Yaa Sis memang saje nak tanya, sebabnya, ada juga yang tak kenal paru. Siap PM tanya lagi, 'Apa pende tu Sis?' hahaha. Kejadian sewaktu Sis upload gambar paru ni di Twitter Sis hahaha. Kesahnya ada juga yang tak tau ek, tapi no wonder laa sebab yang tanya tu pun dia tak pernah makan hehehe.

Paru ni sejenis organ dalaman binatang yang namanya lembu. Sama juga laa macam paru-paru kita, cumanya, kita punya paru-paru tak boleh makan, melainkan ko tu 'hantu', hahahaha. Dah lee, adoi cite hantu plak dah. Ni cite masak Paru Goreng Berlado ler..

Kebetulan masa ke pasar Kipmart Masai, Suami boleh plak beli paru ni, memang Sis anak beranak kecuali si Kakak, suka makan paru. Tapi jujurnya dah banyak kali cuba buat Paru Goreng Berlado, asyiklah tak menjadi. Dia jadi tak kering macam biasa kita makan di kedai makan Nasi Padang tu. Pelik juga dan tertanya, 'Macam mana derang masak ek?'.

Dan akhirnya setelah mengoogle, Sis terjumpa Cara Masak paru Goreng Berlado ni di blog Azie Kitchen. Dan Sis mencubanya, dan akhirnya menjadi juga macam mana yang Sis nak! Yehaaa..

Rupanya ada salah teknik memasak yang Sis telah buat, patutlah tak jadi.
Apa dia? Jom kita lihat resepi dan cara memasaknya. Nanti Sis akan bagitau.


Cara Masak Paru Goreng Berlado Paling Mudah Dan Sedap

Bahan utama yang korang kena beli adalah PARU. Suami Sis beli sekilo, dan Sis masak pun sekilo. Memang dengar macam banyak, tapi alhamdulilah bila dah masak, licin semangkuk. Makan dari tengah hari membawa ke makan malam.

Paru ni korang beli, kemudian korang rebus bersama serai dan halia, untuk hilangkan bau hanyir. Macam Sis, Sis masuk aje dalam periuk Noxxa. Korang tekan HP selama 20minit. Then bila dah masak, keluarkan dan biarkan sejuk dulu.


Bila paru dah sejuk, korang potong hiris nipis. Ikutlah sukahati korang nak nipis ke tebal macam mana sekalipun. Tapi biasa orang masak Paru Goreng Berlado ni memang akan potong nipis. Barulah sedap makan seakan garing gitu.

Korang kena rebus betul-betul empuk, supaya paru tu tak liat masa makan. Tapi kalau korang guna periuk Noxxa tu, insyaAllah kompom memang lembut punya..trust me! Hahahaha..


Kemudian, setelah paru dah siap di potong nipis, korang lumur dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Guna tangan je laa senang sebati semua. Bila dah siap, panaskan minyak dalam kuali, dan tunggu minyak betul-betul panas baru masukkan parunya.

Korang goreng sampai masak betul-betul masak. Yaa memang kalau goreng paru ni, minyak sekali guna je dah kena buang, sebabnya serdak-serdak serbuk kunyit tu dah menjadikan minyak tu bertukar warna dah. Lepas menggoreng, buang minyak tu ya.


Untuk bahan menumis sambalnya, korang sediakan bawang merah, bawang putih, lada merah/hijau dan cili merah/hijau, asam keping dan serbuk perasa seperti garam, gula dan pak aji. Kesemua bahan cili tu ikutlah kepedasan memasing ya. Sis pun masak agak-agak aje letak cili tu. Nak pedas tambah bebanyak, kalau taknak, ikutlah pedas mana yang mampu.

Bahan-bahan tu korang tumbuk semua kecuali asam keping, jangan halus sangat, tumbuk kasar jer. Bila dah siap tumbuk, panaskan kuali dan letak minyak sikit. Kemudian tumis bahan tersebut sehingga garing, dan masukkan asam keping dan serbuk perasa semua. Kalau Azie Kitchen, dia guna gula merah, tapi Sis guna je gula putih biasa tu.

Haa yang ni kena ingat!! Setelah siap tumis garing, tutup api dan BIARKAN SEJUK!! Yaa biarkan betul-betul sejuk baru masukkan paru!...haaa teknik ni le yang Sis ko buat salah, sebelum ni lepas je tumis, Sis terus masuk paru, rupanya kena biarkan dulu bahan tumis ni SEJUK, baru masuk paru..


Bila bahan tumis tu dah sejuk betul, barulah korang masukkan paru dan gaulkan kesemuanya. JANGAN buka api, gaul aje dalam kuali tu. Gaul-gaul sampai betul-betul sebati semuanya. Masa mengaul tu, korang akan nampaklah Paru Goreng Berlado korang hampir siap!

Yaa masa Sis mengaulnya kan, satu perasaan gembira muncul hahahaha, rasa nak menjerit aje, 'Yeay! Akhirnya Paru Goreng Berlado aku menjadi'!!!..hahahahaha...

Dia punya debaran masa menghidang tu macam menunggu keputusan SPM ko. Kebetulan Suami pun ada tak kerja, siap aje masak, terus kami semua makan, dan yang pertama sekali Suami ceduk, adalah menu Paru Goreng Berlado ni. Terus Sis nengok air muka Suami, dan terus tanya 'Sedap ke tak?', hahahaha terus Suami jawab 'Sedap, baru betul berlado', hahahahaha alhamdulilah phewwww legaaaa...

Nengok Suami makan bertambah pun dah tau dah, yaaa Paru Goreng Berlado Sis menjadi!! Akhirnya... So korang yang nak mencubanya, boleh cuba resepi ni, memang sedap wooo..tak caya sudah!..

Lepas ni bolehlah beli paru lagi dan lagi ya Suamiku hehehehe..
Resepi asalnya di SINI ..


P/S: Hati lembu pun ada tu Suami beli, esok-esok nak try plak masak Hati Lembu Masak Rempah laaa..jeng jeng jeng..

17 comments:

  1. bahagia bila apa yang kita masak menjadi, macam ada bunga api, dan seangkatan dengannya. tahniah sis Lin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Aien...bila kita masak, orang makan dan menambah, satu perasaan kegembiraan yang tak boleh nak di ungkapkan ...alhamdulilah..

      Delete
  2. nampak sedap pulak...kalau lah itu daging...hahahhaha

    paru-paru kita, zombie je boleh makan... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha engko tak makan paru lembu ke Sunah?

      Delete
  3. ok dah tau silapnya di mana..sebab PC pun selalu dah tumis..tumisan tu dah pecah minya..teruslah masukkan paru...lepas ni tunggu sejuk dulu bahan tumisannya tu...terima kasih Sis share ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sama macam Lin laaa PC, rupanya silap teknik, patut parunya jadi basah hehehehe...

      Delete
  4. Menggugah selerah. Mengisi waktu di rumah dengan memasak tentunya sangat menyenangkan. Nice recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Vicky...boleh cuba nanti..sangat sedap...

      Delete
  5. sy pernah buat dulu paru-paru belada.. tp lepas goreng dia jadi hitam, terus x buat dah lepas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bukan memang lepas goreng paru tu, paru tu jadi hitam ke? Ermmmm

      Delete
  6. nampak sedap. tapi kita tak makan paru-paru 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Farah, ooo ko sama macam Sunah tu haaaa hahahaha

      Delete
  7. Saya takut kalau nak goreng paru ni. Dia punya letup tu kan, serammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha iyerr, petuanya bila minyak dah panas, masukkan garam secubit...insyaAllah minyak dalam kuali tak meletop Fadzi...

      Delete
  8. sodap nih!
    aida kalau makan kat kedai, ada lauk paru, mesti amik, sis.
    kat rumah tak masak ni. asben tak makan bahagian dlm.
    nasi putih dgn lauk berlado gini pun onzz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, pantang nampak mesti amik,
      Kadang tu siap beli berkeping-keping, makan dalam kereta hahahaha

      Delete
  9. Betul tu sis..kena tunggu sambal tu sejuk dulu baru aulkan dengan paru..SA dah biasa buat dh...hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.