LG ELECTRONICS MENYUMBANG PENAPIS UDARA LG PuriCare™ BERNILAI RM82,000 KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI HOSPITAL SERDANG


LG ELECTRONICS MENYUMBANG PENAPIS UDARA LG PuriCare™ BERNILAI RM82,000 KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI HOSPITAL SERDANG | LG Electronics Malaysia telah menyumbang penapis udara LG PuriCare™ kepada Hospital Serdang dalam usaha memberikan keselesaan dan udara yang bersih kepada petugas barisan hadapan hospital.

Penapis udara LG PuriCare™ ini dilengkapi dengan teknologi penapis HEPA bergred industri dan Plasma Ionizer. Penyerahan sumbangan ini telah diterima oleh Yang Berusaha Dr Rohana binti Johan, Pengarah Hospital Serdang dan Nurul Insyirah Mohd Ishah, Pegawai Perhubungan Awam Hospital Serdang.


Kim Kyutae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata, "Sebagai warganegara korporat di Malaysia, sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan kami kepada petugas barisan hadapan perubatan yang bertungkus lumus bekerja tanpa henti di saat rakyat Malaysia memerlukan mereka. Melihat situasi sekarang, kami memahami bahawa pihak hospital dan para petugas amat memerlukan pertolongan dan sokongan. 

Itu sebabnya kami [di LG Electronics] ingin menyumbangkan penapis udara untuk ditempatkan di ruangan istirehat doktor dan juga ruangan rehat kakitangan. Kami berharap bahawa penapis udara ini membantu dalam memberi keselesaan serta dapat membersihkan udara dalaman di sekeliling mereka.

Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia untuk membantu dalam menghentikan penyebaran virus dengan memandang serius terhadap saranan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), serta menjauhkan diri dari berada di tempat tumpuan ramai, menjaga jarak antara satu sama lain dan memastikan udara dalaman anda kekal bersih dan segar," kata Kim lagi.

Keputusan LG untuk menyumbangkan pembersih udara terbaru mereka ke Hospital Serdang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan adalah sejajar dengan pendekatan pengeluar barangan rumah ini dalam menghasilkan "Teknologi yang Peduli" (Technology that Cares’).

Alhamdulilah..


P/S: Terima kasih LG Electronics dan Tahniah! MOga sumbangan ini dapat memberi keselesaan buat semua petugas barisan hadapan.

4 comments:

  1. semoga makin ramai lagi dermawan2 Malaysia yang menyumbang..
    support frontliners kita.

    kaloooolah kaya berduit.. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, itu yang kita harapkannya Siti...
      Kalooo laaa kaya rezeki lebih duitnya, kita pun sumbang juga kan, now kita sumbang doa aje...

      Delete
  2. alhamdulillah...pengaliran udara yang baik juga salah satu cara pencegahan virus covid dari merebak..terima kasih LG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur atas sumbangan ini...moga ianya memberi manfaat buat semua yang memerlukan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.