Header Ads


PERTAMA KALI AKU MASAK BUBUR CHA CHA KELADI, UBI DAN KELEDEK


PERTAMA KALI AKU MASAK BUBUR CHA CHA KELADI, UBI DAN KELEDEK | Hahaha dia punya nebes pertama kali masak tu, macam nak amik SPM ko, berdebor-debor nak masaknya hahahaha. Pertama kali masak tu satu hal, lagi satu hal, masak pulak time puasa, adeii haru betul, dah le tak boleh rasa, pastu ngeri bila nak hidangkan untuk Suami hahahaha.

Sejujurnya itulah sebenarnya, memang Sis tak pernah masak Bubur Cha Cha ni, kalau masak pengat-pengat tu yaa pernah, tapi rupanya Emak kata, sama je laa step dan bahannya, adeii..cuma yang bezanya isi Cha Cha tu haaa...kesahnyaaa....

Bila dah Emak kata sama, terus rasa lega ler, sebab sikit sebanyak dah dapat agak dah macam mana nak letak santannya, gula melakanya, gula pasirnya, dan juga sagonya... kalau tak Sis ko rasa macam nak pasang ekon kat dapo tu haaa hahahaha...lawak kan!

Tapi alhamdulilah, setelah di cuba dan mencuba, menjadi juga Bubur Cha Cha Sis, dan yang bestnya, Suami punya teringin tu, habis segala macam di belinya untuk letak dalam bubur tu. Suami kata letak ubi sedap, tapi di bawa baliknya keladi dan juga keledek purple tu, so ada 4 jenis dalam satu bubur, hehehe tu yang kata Suami masa makan, 'puashati, sebab isi banyak', hahahaha..

Korang nak resepinya? hehehe...


Sis amik resepi ni dari mana lagi kalau bukan dari Resepi Bubur Cha Cha Che Nom hehehehe. Senang dan mudah nau nak buatnya. Cuma Sis takde daun pandan, Suami lupa nak beli, padahal dah pesan, so kurang ler sikit kewangian bubur tu, tapi takpe, janji rasa dan keenakkan tu sedap!

Bubur Cha Cha Keladi, Ubi dan Keledek 

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan cha cha kering (anggaran 140-150 gram)
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 ketul kecil gula melaka
  • 5-6 sudu besar gula
  • garam secukup rasa


Sis guna santan Ayam Brand super light ni sekotak. Walaupun ianya kurang lemak, tapi tetap rasa santan tu ada. Nampak cair, tapi pekat sebenarnya.

Cara Penyediaan:

  • Rendam sagu seketika, anggaran masa 10 minit.
  • Rebus cha cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan.
  • Masukkan santan, daun pandan dan cha cha yang direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
  • Apabila mendidih masukkan sagu, gula pasir, gula melaka dan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  • Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.

**kalau korang nak letak isi keladi, ubi dan keledek macam Sis, korang potong dadu semuanya, dan rebus separuh masak, kemudian tapiskan. Nanti masa sagu dah kembang dan masak, korang masuklah ubi, keledek dan keladi tu. Didih sampai masak.

Resepi asal dari Blog Che Nom

So korang boleh cuba, mudah dan sedap!..Puashati makan. Nasib baik bila dah siap masak, dan berbuka, bila tanya Suami, alhamdulilah LULUS! Hahahaha...takut gak kalau Suami komen tak sedap, sebab kesiankan dia yang nak sangat makan bubur Cha Cha ni.

Ni menu berbuka petang semalam ramadhan hari ketiga Sis. Selain tu ada goreng Mee Basah, dan juga Suami order Ayamas Percik. Jadilah, memasing semua taknak makan nasi, sebab tu goreng mee aje. Sahur pun kami makan mee aje. Syukur.


P/S: Bubur tu makan sejuk sedap ek, Sahur tadi makan, aduh nikmatnyaaa...

23 comments:

  1. Che Nom ni glamour aihhh. Kawan pun ikut resipi dia. Kawan masak churros. Bubur ni step sama cuma tukar bahan je. Puas hati bahan banyak. Puas la cik abe tu makan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Ezna, puasahati katanya makan penuh isi, kalau tak beli kat bazar selalunya alahaii, banyak kuah dari isinya..

      Delete
  2. Sedapnya bubur cha cha chaaaa. My favourite dessert. Selain bubur pulut hitam, bubur cha cha sedap sbb ada ubi2. Puas makan kan

    ReplyDelete
  3. Lama tak buat ni.Bila tengok ni terus teringin..sagu dengan santan dah ada ni..tinggal beli ubi-ubiannya je ni..hehehehehhe.

    ReplyDelete
  4. Whoaa.lama tak makan....tapi bubur2 gni, sy mkn sikit aje biasanyaa..hanya bubur lambuk iss my favouriteeee..kihh3

    ReplyDelete
  5. macam terasa lalu kat tekak :p

    ReplyDelete
  6. Aduhai. Bubur Cha Cha adalah kegemaran Rawlins - sejuk afau panas memang on jer! Hurm. Macam best gak kalau nak try buat sendiri kan hehe

    ReplyDelete
  7. lama dah tak makan bubur cha-cha ni. teringin nak makan buat buka puasa. nanti nak cuba buat la. hope jadi la.

    ReplyDelete
  8. puas hati masak sendiri segala macam boleh letak. bae pun ada beli cha cha ni ntah bila nak buat haha

    ReplyDelete
  9. Klu saya masak bubur tak suka campur kalau keladi keladi je and cha cha, cha cha je, Begitu juga bubur sagu cuma sagu bole campur keledek jika suka. Lain semua x campur. Cer try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Sis try, ni Suami laa yang minta campur semua tu, tau-tau dia beli bawa balik semuanya..

      Delete
  10. Selalu juga ngadap bubur cha cha ni sebab bahan2nya ada keliling rumah.

    ReplyDelete
  11. Wahh sedap ni bubur cha cha. mak saya selalu buat & memang rasa sedap. boleh kenyang sampai sehari. nnti nak suruh mak buat lagi hehe

    ReplyDelete
  12. Walaupun pertama kali buat bubur cha cha tetap jadi dan nampak sedap. Boleh buat dessert untuk buka puasa. Kalau bukan bulan puasa makan waktu minum petang memang best.

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap walaupun baru pertama kali buat, Nanti nak buat juga bubur cha-cha ni asyik lalu lalang dekat FB ni Sis Lin share pulak bertambah teringinnya

    ReplyDelete
  14. Wah senang ajer nk buat rupanya. Boleh la buat untuk sekeluarga nnti. Heheh. Alang alang share je la resipe lain. Boleh cuba buat mcm mcm. Hehe

    ReplyDelete
  15. mudah je sebenarnya masak bubur kan, nanti saya leh try pula gunakan brand ni

    ReplyDelete
  16. ni semua projek utk ayam brand, ekk :)
    memang menjadik la semua nya. dgn rendang. dgn bubur cha cha.
    Allahu AKbar, sis, memanggil-manggil aida utk buat bubur ni jugak tau.
    sedap oii bubur melayu kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Aida, ni memang Sis nak masak sebab Suami minta, cuma kebetulan banyak produk Ayam Brand tu ha kat rumah, so gunakan aje laaa...

      Delete
  17. Sedap! Lama tak makan. kalau berbuka kat kampung boleh request kat mak buatkan T_T

    ReplyDelete
  18. belum buat lagi bubur cha cha..ko tengok tak khairulaming post ape kat IG semalam? aku nampak keledek oren dengan purple tu terus teringat dia punya menu..ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee aku nengok, nanti nak try gak laa buat style dia, ubi keladi keledek semua masih ada..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.