SELAMAT BERPUASA DAN SALAM RAMADHAN


SELAMAT BERPUASA DAN SALAM RAMADHAN | Tiba-tiba dengar suara azan Asar (ketika post ni ditulis) hati jadi sayu, hiba dan sedih...sebabnya sebentar aje lagi dalam beberapa jam, kita akan menemu dan melangkah ke bulan Ramadhan.

Sudahkah korang bersedia? Atau soalan terakhir Sis tanya, korang dah selesai ganti puasa? Lupa? Arghh Sudah terlambat...makanya korang pandai-pandailah kira apa yang korang kena bayar berganda tu ya,huhuhu..dah pesan banyak kali dah kan..ermmm...

Macam biasa, tiba bulan Ramadhan, semua kita akan menyucikan diri dan bulan ini juga akan kita banyak muhasabah diri kita. Kita lebih dekat kepadaNya, dan kita lebih banyak mengejar pahala yang senang-senang dan mudah kita boleh dapat.

Kalau selama ini ada salah dan silap, bulan inilah kita bermaafan, kita bersihkan hati dan berfikiran terbuka juga positif, dan jangan berburuk sangka.. Kita saling memaafkan dan eratkan silaturrahim yang selama ini berjauhan.

Bulan ini juga kita banyakkan sedekah, buat amal jariah walau hanya beri sepinggan kuih kepada jiran sekalipun, itu pun pahala sungguh besar. Nak dengan taknak aje..

Dan yang paling terkesan untuk tahun ni, kita bersolat terawikh atau fardhu berjemaah bersama keluarga. Ayah atau anak akan jadi imam, saling bekerjasama dan penuhi masa dengan kasih sayang.

Tak lupa juga ketika berbuka dan bersahur, masa ni laa Allah uji kita agar tidak membazir kepada makanan. Jangan tamak halabo dan mengikut nafsu. Masa ni laaa kita di hasut syaitan dengan nafsu makan dan nafsu lapar kita. So berjaga-jaga.

Dan banyaklah lagi pahala yang boleh kita perolehi dalam bulan ramadhan ni..Kan kan..


Dengan lafaz bismillah..

Sis sebagai admin blog Aku Sis Lin, mengucapkan selamat berpuasa dan salam Ramadhan kepada semua pembaca Sis, tidak kira secara terang, atau pun pembaca senyap juga yang mata-mata hahahaha..ingin memohon maaf jika selama ini ada tersalah kata dan tersilap susunan ayat.

Semoga di bulan Ramadhan ini kita semua dapat lebih manfaat dan syafaat dari Allah swt berlipat ganda dan kekal sihat dalam menjalani ibadah puasa.

Selamat berpuasa semua..

Baca juga : Lafaz Niat Puasa Ramadhan


P/S: Semua Sis maafkan kecuali .... *engko tau siapa engko kan! ..

22 comments:

  1. salam Ramadan Kareem buat SL sekeluarga

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. salam ramadhan sis..
    selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut ramadhan sis Lin. ^^ Selamat berpuasa sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Salam ramadan kareem
    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa Wak ..maaf salah silap komen yaaa

      Delete
  5. Salam Ramadan sisturrr... Maaf ye jika ada tersalah cakap, tersalah Cara, tergurau lebihh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa Nona...iyee sama-sama kita yaaa

      Delete
  6. Selamat menhan diri dan nafsu dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat untuk Sis sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah PC, sama-sama kita ...selamat berpuasa buat PC ..

      Delete
  7. salam ramadhan & selamat berpuasa

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa Sis Lin dan keluarga. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. AAmiin...
    #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, juga buat Fizah...selamat berpuasa Fizah ..

      Delete
  9. Selamat berpuasa sis.. Alhamdulillah.. Puasa tahun ni banyak masa dengan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Eda, luangkan dan hargai masa bersama keluarga...selamat berpuasa juga buat Eda..

      Delete
  10. salam Ramadhan, selamat berpuasa sis...aku pun rasa sebak dan sayu je bila masuk Ramadhan tahun ni...teringat family kat kampung...sebelum2 ni, 1 Ramadhan, kalo tak balik kampung sendiri, akan balik kampung mertua..tahun ni tak dapat nak berbuka bersama keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa Sunah..kann Sunah, banyak sebab kali ni aku sayu dan hiba je puasa kali ni...sama laaa kita, anak aku pun tak balik.. :((

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.