KOPI 3in1 IPOH WHITE COFFEE DARI SECRET RECIPE MEMANG KAW RASANYA!


KOPI 3in1 IPOH WHITE COFFEE DARI SECRET RECIPE MEMANG KAW RASANYA! | Kang kata kaw-kaw, korang kata Sis ko ni membodek plak Secret Recipe (SR) tu, tapi percayalah, bagi yang mengenali Sis, mereka memang tau sangat yang Sis ni orangnya Pencinta Kopi atau lebih mudah di sebut Coffee Lovers!. So kalau Sis kata kaw tu, maknanya memang kaw laa kopinya. Cubalah!

Sejujurnya memang ini kali pertama Sis membelinya dan mencubanya dan kali pertama juga Sis baru tau yang SR ni ada keluarkan produk kopi 3in1 macam ni. Kalau Sis tau, memang dah lama juga beli dan share kat korang, ni sebab baru je tau weii..So jangan ingat Sis ko ni kedekut taknak share, arghh steresss aku!

Kebetulan sewaktu Hari Jadi Mia baru-baru ini pada 1 April, Sis ke rumah Mak nak surprisekan dia. Yaa redah juga nekad ke rumah Mak di Kampung Melayu, siap kena tahan dengan polis yang buat sekatan jalan lagi ko, tapi alhamdulilah, jika korang keluar seorang dan alasan yang munasabah, insyaAllah mereka lepaskan.

Jangan plak ko kena tahan, bila tanya nak kemana, ko cakap nak tengok kucing bersalin, memang kena patah balik, kejadah nak tengok kucing bersalin time Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) ni hahahaha..


Kopi 3in1 Ipoh White Coffee Dari Secret Recipe ni dia ada 2 jenis, tapi yang Black Coffee tu dah habis pulak, tapi takpe, one day Sis mesti kena cuba gak yang kopi hitam tu. Mesti sedap kan?..

Harga untuk sebungkus tu hanya RM 16.90, dalamnya ada 15 paket. Tapi walaupun hanya 15 paket, setiap isi kopinya memang padat gile! Korang buat dalam mug kalau korang tak tahan rasa kepekatannya. Tapi kalau korang suka akan rasa pahit dan kaw kopi yang pekat, so korang buat aje dalam cawan kopi biasa tu. Memang padu seyy rasanya!


Masa mula Sis beli, Sis siap tanya budak SR tu, 'Sedap ke Dik kopi dia?', budak tu jawab, 'Sedap Kak, Akak cuba sekali, nanti mesti beli lagi. Ramai customer semua datang ulang beli', kata budak SR tu. Ookay, suka Sis mendengar kejujuran budak tu.

Dan yee memang betul, balik rumah Sis terus cuba dan bila amik aje sepaket dan Sis gunting atasnya, perghhh aroma bau kopi dia dah terus masuk ke lobang hidung Sis. Sungguh kaww gile bau kopinya, tu belum bancuh lagi tu...


Dan lurus bendul plak Sis ko ni haa, Sis pun bancuhlah dalam gelas mug, sebab budak tu kata pekat sangat hahaha. Ternyata yaa..walaupun dalam gelas mug, ianya tetap rasa pekat kopinya, kaw kaw gitu! Apalagi kalau bancuh dalam cawan kopi biasa tu, aje kang air kencing keluar pun bau kopi oiii, sebab pekat sangat hahahahha...

Eh, bukan cite kotor tapi iyeee, macam kalau kita minum kopi Tongkat Ali tu, sekali bila kencing, makk aii bau kopi seyyy hahahahaha..elehhh korang pun tau kan kan kannnn...

So bila dah cuba Kopi 3in1 Ipoh White Coffee Dari Secret Recipe ni, Sis amat puashati! Memang akan beli dan beli lagi. Psttt syyhhh siap sorok dalam lemari, taknak kang cepat habis kopinya dek kena rembat gan anak hahahaha.

Sis beli ni di SR Dataran Larkin sana. Yaa puas ko meronda sana sini cari kedai kek pada hari kejadian tu, semua takde bukak, last-last jumpa di situ, nasib juga, kalau tak merajuklah si Mia tu. Mungkin semua SR ada jual kopi ni. Nanti Sis cuba tengok SR kat Bukit Dahlia ni, tapi buat masa ni tak pasti plak buka ke tidak kedainya.

Bagi pencinta kopi macam Sis, Sis menang rekeman sangat-sangat!..Pasti puashati.


P/S: Kalau buat Dalgona Coffee mesti sedap juga khennn...lalalalalala

18 comments:

  1. Nampak sedap ni...tapi tu la kita blom boleh minum kopi lagi..setakat kopi 434 tu ok lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sangat sedap SA, kaw gile rasa dan baunya...kopin $#$ tu pun sedap tu...cecah dengan biskut mayat ehehehe

      Delete
  2. weiii kau pun tengah kemaruk nak minum kopi 3 in 1 ni!! boleh lah beli ni kang...tapi sini takde SR terdekat kecuali kat AEON Taman U tu...tapi aku rasa macam tutup lerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oii kau ke aku? Hahahaha kalau aku memang ye ler ..silalah beli, ko buatkan pastu masuk peti ais, then nak minum ko letak lagi ias, perghhh nikmat gile macam minum kat SR ko!!!

      Delete
  3. White coffeee ni memang sedap cuma sis jarang beli sbb kat umah minum Nescafe jr dgn Boh Teh.. #nokomen

    ReplyDelete
  4. Baru tahu SR pon ada keluarkan produk sendiri mcm nie. Belum pernah cuba lg dan rasa teringin pulaknk cuba

    ReplyDelete
  5. I am a COFFEE LOVER ! White coffee is definitely my choice! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  6. Wah. Produk keluaran secret recipe. Nasib lah sy bukan pencinta coffee. Kalau tak dh serbu ni

    ReplyDelete
  7. wahh SR pun dah keluarkan white coffee, menarik untuk dicuba ni.

    ReplyDelete
  8. Mommy memang pencinta kopi Weh kak Lin. Kena beli ni. Dok rumah sentiasa nak minum air panas. Kalau 3 in 1 mcm ni senang nak bancuh

    ReplyDelete
  9. sislin, ni kalau minum confirm tak tido malam ni. haha. kita coffee lover! ok boleh kot cari dekat SR nanti. tq sislin :)

    ReplyDelete
  10. Ipoh white coffee nie mmgbest, k mid dah cuba tapi k mid bukanlah peminat coffee tegar jadi klu ada bole xda cofee pun bole

    ReplyDelete
  11. uuuuu nampak sedapp tapi kita dah stop minum 3 in 1 .. buat dalgona ni mesti power nih..

    ReplyDelete
  12. Kak pernah beli mmg sedap tp skrg dah jrg minum sbb minum kopi n teh tanpa gula

    ReplyDelete
  13. Peminat kopi memang suka kan. Kalau pergi Secret Recipe memang confirm peminat coffee akan order, nak nak sis kata coffee SR ni kaw rasanya. Macam saya, saya tak minum kopi tapi suka tengok orang lain minum. Walaupun kopi ni banyak jenis tali tetap juga tak minum.

    ReplyDelete
  14. Tau tak kengkawan Rawlins dari Philippines memang suka membeli SR coffee yang nie - siap pesan dan minta pos sebab mereka kata memang sedap. Sebelum PKP aritu beli dekat 8 pek pos sana hahaha

    ReplyDelete
  15. Haha. P/s : kalau buat dalgona coffee tu yang mahal dan rasa teringin nak try buat

    ReplyDelete
  16. wah macam menarikjuga kopi ni ye..macam sedap je.boleh cari ni..online mesti ade jual..nak usha la kejap..hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.