Header Ads


BERCUTI TANPA MENINGGALKAN RUMAH?


BERCUTI TANPA MENINGGALKAN RUMAH? | Apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia bakal bersambung lagi seperti negara Singapura? Kita pun tak tau lagi jawabannya. Masih menunggu dan berdoa yang baik-baik aja untuk negara kita Malaysia.

Nak rancang segala percutian ke, nak balik kampung awal Ramadhan esok ke, atau nak balik berhari raya ke, semuanya belum boleh lagi nak rancang selagi keadaan wabak Covid19 ni belum menunjukkan pulih menyeluruhnya. kalau dah habis PKP pun, Sis sendiri pun tak berani lagi nak gerak bebas ke sana ke sini seperti biasa. Yaa keadaan belum boleh menjamin semuanya berada dalam tahap selamat. So kena berhati-hati.

Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 dan masih dalam PKP di Malaysia dan serata dunia, rancangan untuk pergi bercuti harus ditunda dan tempahan awal tiket penerbangan dan penginapan perlu dibatalkan atau ditangguhkan ke tarikh yang lain.

Tapu usah bimbang, korang boleh mengambil kesempatan ini untuk “bercuti” menerusi alam maya dan menikmati keindahan destinasi pelancongan tanpa perlu meninggalkan rumah.

Apa? Tanpa bercuti tanpa meninggalkan rumah? Macam mana tu?
Haaa jom baca 16 idea yang telah di kongsikan oleh Tourism Selangor mengenai hal ini.

Kredit Pic by Gogle

BERCUTI TANPA MENINGGALKAN RUMAH?
INI 16 SYOR TOURISM SELANGOR!

1. Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi percutian pertama korang ke semua 9 Daerah di Negeri Selangor.

2. Ambil peluang ini untuk membaca semua entri blog percutian dan pelancongan di https://selangor.travel/travel-stories/ untuk idea percutian korang yang seterusnya setelah tempoh PKP tamat.

3. Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta dengan lawatan maya ke Galeri Shah Alam dengan melayari laman web rasmi mereka di https://galerishahalam.com/video/ .

4. Gunakan data internet percuma untuk rakyat sepanjang tempoh PKP ini untuk mendapatkan pelbagai promosi hotel dan pakej pelancongan yang menarik di hujung jari korang!

5. Alami Selangor melalui video Hos Komuniti Selangor di YouTube https://www.youtube.com/watch?v=5MnIpiIS2VM dan langgani saluran YouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk dan acara pelancongan Negeri Selangor.

6. Tonton video yang dimuat-naik ke saluran Menarik di K. Selangor di YouTube untuk pengalaman melancong ke Daerah bersejarah, Kuala Selangor. https://www.youtube.com/channel/UCQq_PVNeKlbyyfTc1mnJXXw

7. Rasai keseronokan dengan melayari laman web Sunway Lagoon di https://www.sunwaylagoon.com/ bagi melihat sendiri tarikan taman tema terbesar di Malaysia ini dan juga promosi-promosi yang ditawarkan sebagai persediaan untuk korang ke sana.

8. Menikmati perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran-restoran dan kafe-kafe popular di Selangor ke pintu rumah korang di https://selangor.travel/20-best-eateries-with-takeaways-and delivery-services-in-selangor/

9. Sarapan pagi di dalam bilik tidur korang sendiri.

10. Ambil ilham dari hotel 5 bintang dengan menghiaskan bilik tidur korang dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci untuk pengalaman penginapan mewah dirumah.

11. Berkelah di dalam rumah bersama orang tersayang.

12. Tiada apa yang lebih romantik daripada pengalaman menyaksikan jajaran bintang di langit malam sambil menonton filem di halaman rumah korang.

13. Jika korang gemar mengembara untuk seleksi makanan tular dan popular , hasilkan sendiri makanan yang harus dicuba di Selangor untuk mengisi masa lapang korang di rumah. Dapatkan idea idea dan resepi masakan di https://selangor.travel/15-must-try-dishes-in-selangor-in-2020/

14. Rindukan masakan ibu korang di rumah? Hasilkan sendiri makanan kegemaran korang dari resepi yang korang minta dari ibu korang!

15. Khaskan satu diari percutian bagi tempat-tempat yang korang ingin lawati. Senaraikan segala maklumat yang dapat diperolehi seperti masa, tempat, harga tiket penerbangan dan penginapan, keperluan pakaian, belanjawan dan seleksi restoran terutamanya jika korang mempunyai alahan atau mahukan restoran halal yang menepati mod pengangkutan korang.

16. Cetak peta dunia dan tandakan detinasi yang korang pernah lawati dan yang korang ingin lawati. Korang juga boleh memulakan dengan peta Negeri Selangor!

Kredit Pc by Google

#JustStayAtHome #DudukRumahDiamDiam #kitaJagaKita #KitaPastiMenang !.

Dengan senarai yang tersenarai di atas ini, semua orang termasuk kita juga boleh bercuti tanpa perlu berjalan jauh dan meninggalkan rumah masing-masing. Pengalaman percutian boleh dinikmati dalam keselesaan di rumah sendiri sahaja, sambil menjamu makanan yang sedap-sedap dan bangun dari tidur di bilik mewah bak hotel 5 bintang. 

Tanpa korang sedari, idea-idea ini akan menemani korang sepanjang tempoh PKP dan akan sekaligus memberi semangat kepada korang dalam menjalani ibadah puasa juga. 

Cipta memori terindah dengan hanya berada di rumah.

Kongsikan senarai ini bersama rakan-rakan dan orang tersayang korang juga. Patuhi PKP dan duduk dirumah. Korang boleh selamatkan diri korang dan juga orang lain.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

P/S: Rindu nak pergi bercuti.. rindu rindu rindu!! ... 

22 comments:

  1. sure masing2 rindu nk bercuti kan tp apakan daya..utk ms terdekat ni kita perlu sbr..semoga negara kita cpt la pulih dr wabak covid19 tp dkt rumah pn bole juga feel2 mcm bercuti..ada tgk kwn2 buat khemah dlm umh..ada yg masak2 setting plate ala2 hotel dan mcm2 lagi

    ReplyDelete
  2. Bagus juga dengan segala saranan yg diberikan... at least kita daoat segera putuskan rantaian

    ReplyDelete
  3. Sisyat dah selalu cuti2 tp tak tinggalakn rumah. Suka godek2 tempat2 utk g cuti. Konon berangan la hbs COVID ni nk g jenjalan..hehe

    ReplyDelete
  4. nak senang tengok je vlog travel yang ada kat youtube. boleh jalan jauh-jauh hihi

    ReplyDelete
  5. ha ha ha ha terbaik la cadangan ni, sis.
    at first nampak mcm... hah???
    but, lepas difikirkan, kita cipta apa yg kita nak, kan?
    a great idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa paling best kalau ada kecik, pasang khemah...mesti seronok..

      Delete
  6. paling rindu nak masuk hutan. nak hiking huhu. tapi idea ni terbaik. dari takda buat apa2 kan hehe

    ReplyDelete
  7. rindu nak hirup udara luar. haha

    ReplyDelete
  8. Memang nad kadang2 layan video percutian nni. Hahaha.. Lepas tu rindu family buat whatsup video.. Mintak resepi mak.. Nak buat kan.. Allahu. .kene kuat tahun ni

    ReplyDelete
  9. Sigh PKP extended again now! Time to follow your tips la to spend time at home with the kids and family

    ReplyDelete
  10. okay lepas ni nak try semua idea tu memandangkan pkp pun dh dilanjutkan. memang ada masa yg byk.

    ReplyDelete
  11. Tips2 sis lin ni lagi bagi kita rindu nak travel ada la.. Huhuhu cmne nk cuti kt dlm umah ni lama2. Hahha kena pakai bikini kah

    ReplyDelete
  12. kikiki sis lin, tapi lain sikit la perasaan nya kalau kita dapat keluar . dapat menghayati dan merasai nya sendiri. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr tapi tengah PKP ni kan, kita layankan aje tips macam ni hehehe

      Delete
  13. Tak dapat travel memang sedih, tapi lebih sedih kalau kena lockdown ni baru PKP kita lepak dirumah sahaja...sambil minum fresh oren selit kat gelas, bayangkan duduk kat pulau... fefeling pi oversea sejukkan aircond kat rumah tu he he he

    ReplyDelete
  14. rindunya nak pergi holiday..musim PKP ni bercuti dalam rumah je la :D

    ReplyDelete
  15. Memang bila negara kita betul betul bebas dari Covid-19 ni dah plan nak bercuti. Bolehlah saya ikut tips yang dikongsikan sis lin ni. Sekarang ni kita stay at home sajalah sambil baca info percutian di internet

    ReplyDelete
  16. hahah betul juga saranan di atas tu. nanti kita cuba ya bercuti d rumah

    ReplyDelete
  17. Kalau sis..sis akam duduk berangan dan tengok gambar2 lama travel sana sini dulu..tapi tu lah..lps habis cuti pun rasanya tak kemana dlm serahun dia..risau

    ReplyDelete
  18. Aduhai lemah lah nak juga jalan jejauh sikit hahah rindu lak nak panjat gunung... hahahaha naik bas tersesat di sesuatu lokasi 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  19. I am so going to try this at home! :) new experience~

    ReplyDelete
  20. bercuti dalam mimpi dulu buat masa tengah PKP ni...nanti boleh plan betul2 lepas PKP habis

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.