BAYARAN PERTAMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) PADA 6 APRIL 2020


BAYARAN PERTAMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) PADA 6 APRIL 2020 | Munurut sumber dari berita TV3 dan pembacaan Sis di laman Twitter Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin, beliau mengatakan, pembayaran untuk bantuan BPN akan bermula hari isnin ini, 6 April 2020 secara BERPERINGKAT.

Alhamdulillah, lega juga rakyat Malaysia apabila dapat berita ini dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gini kan. Sekurangnya pembayaran itu sedikit banyak dapat mengurangkan beban rakyat bagi mereka yang memerlukan, terutamanya Makcik Kiah.

Siapa Makcik Kiah? Lerr tak tau lagi ke? Baca SINI.

Bagi mereka yang belum semak atau memohon, jangan risau ada banyak masa lagi. Buat masa ini memang laman Portal Rasmi BSH kerajaan agak slow dan susah nak di aksess, mungkin terlalu ramai yang masuk makanya mereka tidak dapat menampung pengunjung portal yang terlalu ramai, jadi sabar dan tunggu sehingga boleh ya.




Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Sila ikuti langkah-langkah dibawah tentang cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional.
  • Mula-mula sila pergi ke Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional disini -> https://bpn.hasil.gov.my/
  • Kemudian masukkan no Mykad anda.
  • Masukkan CAPTCHA.
  • Isikan segala maklumat yang diperlukan.

Mudah sahaja bukan? 

Semoga kita semua sama-sama dapat bantuan daripada Kerajaan ini dan dipermudahkan urusan harian kita di dalam mengharungi bencana COVID 19 ini.

Boleh baca sini untuk maklumat lengkap :


P/S: Gunakanlah sebaik mungkin wang yang korang bal terima ya. Dan jangan lupa ucaplah ALHAMDULILAH ..

14 comments:

  1. Alhamdullillah.. COVID19 cuma gelombang pertama je. gelombang sebenar adalah recession atau kemelesetan ekonomi. IMF pun dah declares dunia memang dah alami total recession. So sedikit sebanyak bantuan yang kerajaan bagi ni rakyat Malaysia boleh prepare at least kecemasan untuk 6 bulan hingga 1 tahun. Syukur duduk di Malaysia kaya dengan bantuan :) love~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Syaza...banyak kesannya sejak Covid-19 ni melanda..sampai sekarang pun kita tak tau kesudahannya...kita sama-samalah doakan moga semuanya cepat berakhir..

      Delete
  2. wahh awal pulak ye...alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, alhamdulilah..moga dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan...

      Delete
  3. alhamdulillah, ekin pun ada terbaca juga dekat laman twitter PM kita.. yang bantuan BPN ni akan dapat mulai 6 april ni secara berperingkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ekin, seawal macam ni kerajaan bayar, maka dapat jugalah mereka gunakannya untuk tampung perbelanjaan..

      Delete
  4. Alhamdulillah. Better cek dulu sebelum pegi atm. Kang bersesak lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Faizzah, harap tidaklah nanti bersesak depan ATM...

      Delete
  5. Alhamdulillah.Sedikit sinar menerangi..moga selepas ini sinar lebih terang dan terus mencerahkan..yang penting jangan lupa bersyukur.Jimat dan berbelanjalah dengan bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah...moga ianya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya...

      Delete
  6. alhamdulillah... syukur sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah...moga ada juga bahagian rezeki Mia..

      Delete
  7. alhamdulillah bersyukur.. rezeki ALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, syukur dengan adanya sedikit bantuan dari kerajaan ni...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.