DAH TAKDE IDEA NAK MASAK APA, TAPI KENA MASAK JUGA!


DAH TAKDE IDEA NAK MASAK APA, TAPI KENA MASAK JUGA! | Yaaa laa cakaplah seribu kali pun taknak masak, takde idea nak masak, tapi tetap juga kena masak, dah tanggungjawab kan seorang Isteri dan Ibu, so kenalah masak, walaupun dah mati kutu nak masak apa hahaha.

Bukanlah kata selalu tu tak masak, cuma situasinya berbeza jer..kalau takde Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, agak kalau malas masak, kita boleh lagi keluar, makan luar, duduk lepak luar, so takde nak fikir nak stress fikir nak masak aje kejenya kan, tapi bila dah kena PKP ni, ko kenalah masak, anak-anak plak manjang memang kat rumah, Suami pun kerja balik awal, so nak taknak masak!.

Beli? Ada gak beli delivery, tapi sampai dah tak tau nak beli apa hahahaha. Bukan selalu beli, tapi terlalu banyak menunya dan juga banyak fikir tentang bab delivery ni, takut pun ya, aishh macam-macam laaa fikirnya.

Korang ada rasa apa yang Sis rasa ke?..


Hinggakan ada ketikanya kan, malas nak makan dah, Sis balun makan buah mangga aje seharian. Tu yang kena bebel dek Suami. Sebab kan dia tau Sis sekarang dah ada gastrik, so kalau tak makan nasi atau makan sesuatu yang berat, kompom nanti malamnya perut akan jadi sebu dan naik angin,huhuhu..

Kena plak tengah musim buah mangga, apalagi, beli dengan jiran Perjiranan Sis ni sampai berkilo-kilo, murah ko sekilo RM 6 aje, manis giler. Puashati beli. Tak tau laa jenis mangga apa.

Masa menaip ni pun, tengah duk fikir nak masak apa, nanti jam 2pm Sis ada appoinment di KPJ Pasir Gudang, harapnya cepat selesai, time macam ni nak masuk spital pun ngeri, tapi sebelum ni Sis pergi, memang mereka check rapi kesihatan semua. Dari suhu, isi borang lagi, interview lagi, baru ko boleh masuk spital. Baguslah kan..

Aishh fening laaa fening, dah keluarkan isi ayam, ingat nak masakkan anak Nasi Goreng aje laa, sementara Sis ke KPJ, balik nanti Sis dah bawa balik makanan hahahaha..order makanan apa? jeng jeng jeng..tunggu nanti Sis update..

Tinggal 2 malam aje lagi sebelum kita sambut Ramadhan, jika takde aral, malam esok kita dah mula terawikh dan lafaz niat puasa kan? Cepatnya lahai...macam mana laaa puasa tahun ni kan, takde bazar, takde solat terawikh di mesjid/surau, sepi laaa semua orang...tapi ada hikmahnya, kita cahayakan rumah kita semua dengan solat berjemaah bersama-sama keluarga kita.

Dan yang isitimewanya, Suami atau Ayah, atau mungkin anak yang akan mengimamkan solat terawikh kita, satu perasaan yang sukar di gambarkan..InsyaAllah.

Cuma perasaan sedih sikit menyelubungi Sis, sebab terkenangkan nasib anak dalam situasi PKP ni, macam manalah dia sambut puasa di sana (Shah Alam), memang time buka menangis aje laa Sis ko...

Okaylah, nak taknak...jom laaa kita masak!! ermmm...


P/S: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna...

4 comments:

  1. sini pun ada yang jual mangga susu...tapi belum terbuka lagi hati aku nak membeli..ko jangan lebih2 ek, ingat2 gastrik tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku gile makan mangga sekarang, beli dah banyak kali dan dah berkilo-kilo aku beli oii, sampai dah kena bebel gan Laki hahahaha

      Delete
  2. Huh mangga tu nampak sedap sgt tu... adeh.. kecur liur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kann Lea..memang sedap, manis sangat...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.