Header Ads


10 KALI TENGOK, 11 KALI JUGA MENANGIS!


10 KALI TENGOK, 11 KALI JUGA MENANGIS! | Kenapa 11 kali? 11 kali tu sebab, selepas dah habis cerita, ehh tetap gak nangis hahaha. Apalagiii kalau bukan Filem Kabhi Khushi Kabhie Gham hahahaha. Sis ko ni kan hati tisu, so bagi je laa tengok cerita apa, orang lain rilek jer, tapi Sis ko dah berjurai-jurai airmata mengalir. Sensitif kalau bab cerita kekeluargaan dan rumahtangga ni. Boleh nangis tersedu-sedu ko tau hahahaha.

Pelik juga kalau ada yang tengok cite ni, ada yang tak menangis, kontrol ayu/macho ke atau kurang kasih sayang ek..ke takde hati dan perasaan ek hahahaha...

Kalau yang #KakiNetflix mesti semua tau dah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni di sambung sambung dan sambung lagi, memang rata-rata channel tv dan saluran tv penuh dengan cite dan filem baru yang masuk. Sis hari-hari duk membelek carta channel kat Netflix tu hahaha.

Tu yang ternampak filem Kabhi Khushi Kabhie Gham ni dah masuk dalam list Hindi Movies minggu lepas. Bukan tu je, ada lagi banyak filem hindi yang dah ada dalam list tu, Sis ko nak naipnya pun tak reti nak sebut laaa hahahaha.

Sis tak layan ke cite Korea? Kureng, Sis layan kalau pelakonnya Lee Min Ho jer..tu EX-boifren Sis hahahaha...tengah tunggu cite lakonan dia kat Netflix minggu depan ni..tak sabarnyaaaa...cite apa? Belek sendiri.. lalalala

Kalau di iFlix pun sama juga, pun banyak gak filem Hindi baru dan lama. Tapi yang bestnya, iFlix cite Tamil dia best giler hahahaa Sis ko layan dah hampir 3 movie ko lalalala. Suka tang lawan dia, perghh macam real, segala benda terbang, sampaikan jantung orang pun boleh terbang masuk ke dalam jantung pesakit yang tengah bedah kakakakah...real hampeh betul !

Korang #DudukRumah tu layan movie apa haa? ..share le sikit..takkan kerjanya masak dan makan aje kannnn..hehehehe




Sinopsis Kabhi Khushi Kabhie Gham 

Bermula dari pasangan suami isteri, Yashvardhan Raichand dan isterinya Nandini Raichand yang mengambil seorang anak angkat lelaki yang berusia 8 tahun yang diberi nama Rahul Y. Raichand. Rahul juga mempunyai seorang adik angkat yang gemuk bernama Rohan Y. Raichand, yang terpaut cukup jauh umur dengannya.

Suatu hari, ketika keluarga Raichand ingin mengadakan majlis, Rahul dan Rohan datang ke rumah pengasuh mereka, Sayeeda. Di situ Rahul bertemu dengan Anjali Sharma yang baginya sangat kelakar. Anjali menyangka Rahul adalah calon pengantin saudaranya. Setelah mengetahui Rahul adalah anak Yash, Anjali pun menjadi malu.

Sama seperti abangnya, Rohan juga bertemu dengan Pooja, adik Anjali. Rohan sempat dibuli oleh Pooja dan terjadilah pertengkaran diantara mereka, apalagi ketika Pooja masuk ke sekolah yang sama dengan Rohan. Pertemuan itu berterusan setelah majlis keluarga Raichand, Rahul mulai jatuh cinta dengan Anjali.

Sayangnya, sebelum itu Rahul telahpun dipertemukan dengan Naina, anak gadis dari kawan baik ayahnya. Yash ingin menjodohkan Rahul dengan Naina, namun Rahul yang enggan menurut keinginan Yash itu, malah dia memilih untuk mengahwini Anjali. Keputusan Rahul itu membuatkan Yash menjadi sangat marah dan lalu bertindak dengan mengusir Rahul dan Anjali.

Yash juga sempat mengatakan bahawa dia tidak lagi menganggap Rahul sebagai anaknya. Ini kerana Yash menggangap bahawa Anjali adalah gadis kampung yang berasal daripada kelas bawahan dan tidak sesuai untuk menjadi menantunya. Ini disebabkan sikap Anjali yang sangat kelam kabut dan tidak mengenal adat keluarga mereka.

Kemarahan Yash itu juga sekaligus memisahkan Rahul dengan ibu dan adik angkat yang disayanginya. Hingga akhirnya Rahul memilih pergi dan berkahwin dengan Anjali. Kemudian mereka berangkat ke London dan menetap di sana sehingga mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 8 tahun yang tampan.

Pooja juga turut berangkat dan hidup bersama mereka disebabkan ayah mereka sudahpun meninggal dunia. Beberapa tahun telah berlalu, kini Pooja kecil telah berubah menjadi gadis dewasa yang kerap berpakaian seksi walaupun di kolej sekalipun. Begitupun dengan adik angkat Rahul, Rohan pun telah menjadi lelaki dewasa yang begitu tampan.

Namun berita duka menyelimuti keluarga Yash, apabila nenek mereka meninggal dan mempunyai permintaan terakhir, iaitu pada upacara pembakaran mayatnya itu harus dihadiri oleh Yash, Rahul dan Rohan. Rohan tak sengaja mendengar pembicaraan nenek mereka tentang sebab kakaknya pergi meninggalkan rumah.

Akhirnya Rohan bertekad untuk menyatukan keluarga mereka kembali. Rohan kemudian pergi ke London mencari alamat mereka dan pergi ke kolej yang sama dengan Pooja. Rohan memberi tahu Pooja dengan rancangannya ini, awalnya Pooja tidak percaya bahwa lelaki kacak didepannya tidak lain adalah musuh dimasa kecilnya tetapi akhirnya Pooja bersetuju dengan rancangan Rohan. Dengan merahsiakan identitinya sebagai Rohan,

Pooja membantu Rohan dengan memujuk Rahul agar membenarkan Rohan untuk tinggal serumah dengan mereka. Tetapi pada saat acara sekolah anak Rahul, saat itu juga Rahul tahu kebenaran bahwa Rohan adalah adiknya. Rohan menyuruhnya pulang tapi Rahul tetap menolak. Akhirnya Rohan punya rancangan baharu, iaitu dengan membawa ayah dan ibunya ke London.

Setibanya di London, Yash dan Nandini berada di satu mall dengan Rahul dan Anjali. Tiba-tiba Nandini merasakan kehadiran Rahul dan akhirnya mereka bertemu begitupun dengan Anjali yang melihat Yash didalam kedai buku dan saat Anjali ingin pergi Rohan menghalangnya, hingga akhirnya mereka pun bertemu, tapi Yash masih lagi menyimpan perasaan marahnya.

Nandini dan Rohan pun akhirnya meluahkan kemarahannya pada sikap Yash itu. Tidak lama kemudian, akhirnya Rahul dan Anjali pulang dan meminta maaf pada Yash. Setelah bertahun-tahun lamanya akhirnya Yash memaafkannya dan menyetujui hubungan keduanya.

Kisah ini berakhir bahagia, dengan babak akhir mereka berkumpul bersama dalam majlis perkahwinan Rohan dan Pooja.

Para Pelakon: 

Amitabh Bachchan sebagai Yashvardan "Yash" Raichand
Jaya Bachchan sebagai Nandini Raichand
Shahrukh Khan sebagai Rahul Y.Raichand
Hrithik Roshan sebagai Rohan Y.Raichand
Kajol sebagai Anjali Sharma
Kareena Kapoor sebagai Pooja
Farida Jalal sebagai Sayeeda
Rani Mukerji sebagai Naina

Selamat menonton korang!!


P/S: Ko bayangkan masa Filem ni keluar Sis tengok dalam panggung bersama anak dan Suami, ko rasa Suami Sis nangis ke tak? hehehehe...

6 comments:

  1. the most best, epic family story ever!! sama kita pun asyik nak nangis jugak kalao tengok... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa tengok berulang kali pun tak jemu, dari jalan cerita sampai ke lagunya semua penuh emosi...

      Delete
  2. Jujurnya wak tak tenguk lagi cerita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ramai juga yang tak tengok Wak, tapi Wak kena tengok...

      Delete
  3. hahahah weiii pelik aku, kenapa hindustan top 10 malaysia lak kat netflix tu..semua tengah kemaruk rindu tengok kabhi kushi kabhi gham dengan kuch kuch hota hai ke ape..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau ko bukak iFlix cite Tamil ko topten hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.