PERLUKAH KITA NYAHKUMAN SEMUA BARANG DAPUR YANG KITA DIBELI?


PERLUKAH KITA NYAHKUMAN SEMUA BARANG DAPUR YANG KITA DIBELI? | Hari demi hari, kita semakin resah mendengar pertambahan kes kematian Covid-19 di Malaysia. Macam-macam persoalan timbul. Tapi dalam pada itu, semalam Datuk Hisham Noor Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan ada menyebut, Malaysia menunjukkan tanda-tanda awal virus Covid-19 semakin pulih, tetapi ianya bergantung kepada rakyat Malaysia dalam dua minggu seterusnya ini.

Makanya kita ini sebagai rakyat memikul tanggungjawab besar dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki Fasa kedua bersambung sehingga 14/4/2020 nanti. So tolonglah korang semua, please #StayAyHome.

Tanpa kita sedar, walaupun kita tidak keluar kerana di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi pelbagai barang luar masuk ke rumah antaranya surat, barang dapur dan parcel.


Jadi persoalannya di sini yang menjadi tanda tanya Sis juga, adakah selamat semua barang ni? Semua tahu proses pembersihan adalah kaedah penting untuk mencegah penyakit Covid-19, tetapi adakah semua barang perlu dinyahkuman?

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, cara utama jangkitan virus Covid-19 adalah dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (masa bercakap, bersin dan batuk) dan melalui tangan yang tercemar dengan virus yang kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.

Oleh sebab inilah Pakar Perubatan Kesihatan Awam mengarahkan semua untuk menjarakkan diri antara satu sama lain, basuh tangan, memakai topeng mulut dan hidung serta sentiasa bersihkan tempat atau barang yang selalu dipegang.

Namun, terdapat satu perkara yang menjadi kerisauan kaum wanita iaitu mengenai barang dapur.

Berikut adalah hasil pembacaan Sis dan harini Sis nak kongsikan hasil dari perkongsian Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran di facebooknya.

Jom kita sama-sama fahamkan ya.

Adakah barang dapur (bahan kering) selamat?

Ketahuilah, walaupun virus boleh ada pada barang-barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan melalui orang. Risiko yang lebih tinggi adalah semasa shopping kerana waktu itulah kita akan berjumpa dengan orang lain.

Satu lagi aktiviti berisiko adalah memegang troli kerana ia tempat yang dipegang oleh ramai orang.

Oleh sebab itulah, semasa shopping orang ramai dinasihatkan untuk jarakkan 1 meter dengan orang lain, tidak berbual, tidak sentuh muka, mesti basuh tangan sesudah membeli-belah dan selepas memegang troli.

Walaupun virus boleh ada pada barang kering atau barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah jauh lebih rendah dibandingkan jangkitan melalui orang.

Perlukah kita nyahkuman semua barang dapur yang dibeli?


Tidak! Tidak perlu nyahkuman semua makanan basah yang dibeli tapi mesti dibasuh dengan air sebelum dimasak atau dimakan.

Pakar Mikrobiologi di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences, Don Schaffner, tidak menggalakkan semua barangan dapur dinyahkuman selepas dibeli. Itu agak keterlaluan!

Tanpa sedar, sebenarnya risiko yang lebih tinggi ialah semasa pergi shopping, sebab waktu itulah akan berjumpa orang lain. Satu lagi yang amat berisiko ialah pemegang troli, kerana dipegang oleh ramai orang.

Ini yang kita wajib buat!

Jangan pegang anak-anak selepas balik kedai.

Basuh tangan dulu.
- Sebaik sahaja balik dari kedai,
- Selepas siap susun barang dapur,
- Semasa nak memasak makanan
- Sebelum dan selepas makan.

Tangan kita sendiri yang sebenarnya lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang barang dapur tadi.

Bolehkah basuh dengan sabun?

Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan.

Ingat, kalau kita tertelan sabun boleh jadi loya, muntah dan cirit-birit. Bahan kimia yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesuai untuk makanan sebagai contoh menyembur pada tomato atau timun ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan.

Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan. Sebaliknya, bakul atau beg kitar semula yang digunakan untuk membeli barang itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.

Atas sebab itu, semasa shopping semua dinasihatkan untuk:

- Jarakkan 1-2 meter dari orang lain,
- Tidak berbual,
- Tidak sentuh muka

- Basuh tangan sesudah shopping
- Basuh tangan sesudah memegang troli.

Bahan kimia yang ada dalam produk nyahkuman tidak sesuai untuk makanan.

Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut kita, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan.

Sebaliknya, bakul atau beg recycle yang digunakan untuk shopping itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.

Ingat, jangan lupa basuh tangan dengan sabun ya!

Perkongsian dari FacebookDr Safiya Amaran.


P/S: So korang faham? Yaaa Sis faham, dalam keadaan sekarang ni kadang kita jadi paranoid kan? Huhuhuhu...

23 comments:

  1. SA ada share pasal ni kat FB, ada plak yg ngaku dia buat benda yg sama sbb paranoid agt..ikutkan x perlu..cukup biarkan untuk beberapa jam diluar bahan kering tu dan pastikan kita bersih sebersihnya untuk handle segala keperluan..jadikan habit untuk mencuci tangan selalu..bahaya kalau makanan di rendam dalam air sabun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa SA, sebabnya sebelum masak pun kita kan cuci semua barang, so takde apa yang nak di takutkan, janji selepas balik berbelanja, kita cuci tangan dan amalkan kebersihan..

      Delete
  2. so far PKP ni xpenah lagi keluar. Semua husband yg beli. Tu pun balik rumah dia terus dulu absuh tangan sblm buat bnda2 lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah...Sis ada juga keluar sebab Suami kerja balik dah balik, nak taknak terpaksa juga pergi..

      Delete
  3. betul-betul paranoid tu sampai semua nak dibasuh dengan nyahkuman. Adeh, rajin terlebih tu.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, cuci dengan sabun semua bukan elok, lagi dapat penyakit nanti..

      Delete
  4. lama dah tak keluar.Biasa keperluan en suami beli...balik kerja terus singgah beli apa yang patut seperlunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa PC, kalau balik awalnya boleh singgah, ni Suami Sis balik lewat, kedai pun dah tutup. Nak taknak kenalah Sis pergi..

      Delete
  5. Kak Sue memang tak keluar, tapi bila suami bawak balik barang memang Kak Sue basuh dulu semua. Dah biasa sebelum Covid lagi sebab takut tikus ke apa ke.. air kotak, jajan.. semua basuh air lalu.. huhuhu.. risooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Sue, itu memang jadi tabiat tiap kali beli barang..cuma kalau sampai cuci dan rendam dengan sabun tu, agak keterlaluan kan...

      Delete
  6. Tulah tak perlu spray disinfectant kat sayur dengan buah. cuma perlu basuh bersih2 ja and sambil basuh selawat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Farah, kang jadi hal lain pulak kang...

      Delete
  7. Replies
    1. Sama-sama Wak, moga ianya memberi manfaat...

      Delete
  8. rasa macam nak keluar berperang tiap kali nak beli barang di luar kan SL, siap dengan glove pakai buang , face mask, sanitizer semuanya dengan niat melindungi diri dan keluarga kita. allahu semoga semua ini akan segera berakhir aamiin Ya Rabb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha samalah macam Lin Kak, kalau boleh nak pakai telekung terus, senang kejenya...tapi tu laaa...kita berserah aje la pada Allah..

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sorry typo.

      betul sis, tak perlu bahayakan diri dengan nak basuh barang dapur guna sabun. Bahaya. Itulah just jaga jarak and follow tips lain yang KKM suggest.

      Anyway thanks sis for the tips.

      Delete
    2. Apo yang ko typo tu haaaa hahahaha...
      Kita ikut saranan dari yang pakar kan Huda, kang buat memandai, jadi hal lain plak..

      Delete
  10. Siap basuh dan rendam dengan sabun... ksmg jadi lain lak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa..penyakit lain plak yang timbul kang..

      Delete
  11. yeee..aku tergelak dan terus mengecam video orang share sanitize segala barang dapur yang dibeli...adeiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu ler, lawak juga, yang aku share kat group hrtu. aku tunggu gak sapa nak komen, tapi senyap plak hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.