SELAMAT HARI JADI BUAT ANAK BUJANG AKU YANG KE-20 TAHUN


SELAMAT HARI JADI BUAT ANAK BUJANG AKU YANG KE-20 TAHUN | Harini 16/4 hari jadi anak Sis si bujang bongsu tu yang ke 20 tahun. Kejap dah besar anak Emak, makin lama makin membesar bagai johan, kalah Ayahnya da..

Semalam juga Sis tak sihat badan, badan panas secara tiba-tiba, dan badan bisa terus seram sejuk. Call Suami, petang tu dia balik, ajak ke klinik, tapi Sis tak larat nak bangun, dan terus tido aje sampailah ke Subuh kata Suami. Kesian Suami sampai Sis lupa nak bertanya makan minum dia semalam. Yang Sis ingat Suami letak kain basah atas dahi kemudian Sis terus tertido tak sedarkan diri.

Dan kerana itu juga, Sis terlupa nak wish ucapan selamat hari jadi kat anak bujang Sis tepat jam 12am..tapi anak tau, Emaknya sakit semalam, dia pun tolong picit-picitkan badan semalam.

Now keadaan Sis tak berapa okay lagi, gigih update blog guna handphone sambil baring. Suami pesan, jika tak okay, nanti dia balik awal, nak bawa ke klinik, huhuhu...

Lama tak demam, sekali sakit gini laaa..


Gambar terkini dalam handphone takde, so ini aje gambar yang kira terkini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang Sis ada, ketika kami makan malam di Senibong. Tengok gambar tu aje dah tau kan, betapa besar tingginya anak bujang Sis tu, dulu kecik aje dia..

Dialah satu-satunya anak bujang Sis dan Suami, yang mana Suami sangat nakkan anak lelaki, akhirnya Allah tunaikan hanya seorang saja rezekinya, alhamdulilah..Masih lagi terbayang wajah kegembiraan Suami ketika mula dapat tau anaknya tu lelaki, siap bawa balik katil bayi, sedangkan anak perempuan Sis, dua-dua tak pernahnya tidur katil bayi hehehehe.

Itulah harta Sis dan Suami Sis, pewaris keturunan kami. Walaupun hanya 3 orang sahaja, tapi syukur alhamdulilah atas kurniaan yang Allah berikan. Itu pun dah cukup membahagiakan Sis dan Suami.

Buat Muhammad Ridzuan, Emak, Ayah dan Kakak-kakak, doakan semoga Amat (nama panggilan keluarga) menjadi anak yang soleh, membanggakan keluarga, hidup sentiasa dirahmati, dilimpahi kasih sayang dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt..Aamiinn..

Ingat, walau di mana jua berada, jangan lupa solat!..
Emak sayang Amat!!...


P/S: Doakan juga kesihatan Sis ya, moga takde yang serius... :(

10 comments:

  1. besar dah bujang sorang ni....
    adoiii first time jumpa punya la cinonet je.
    sunat pun belum lagi..
    la ni dah leh buat menantu dah ye...

    ahahaha "Hepi besday Amat!!!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kannn..lama gile agaknya ko tak jumpa anak aku kan? Lepas ni terkejut ko nengok hahahaha...
      Makaseh Ret..

      Delete
  2. happy belated birthday utk ank sis lin...besar pjg dh ank bongsu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Mama...yaa dah besar nunjang hahahah

      Delete
  3. happy belated birthday Muhammad Ridzuan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu aunty Sunah hahahaha nak brownies please...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.