Header Ads


MENU MAKAN PAGI HINGGA TENGAH HARI, MEE GORENG BASAH UDANG BESAR


MENU MAKAN PAGI HINGGA TENGAH HARI, MEE GORENG BASAH UDANG BESAR | Perghh punya laa panjang ek tajuk, hahaha takpe, bior panjang, janji korang faham apa yang nak Sis sampaikan, daripada tajuk kontot, dari awal korang baca sampai ke hujung, satu ayat pun tak faham, hahahahaha.

Sebenornya menu ni dah seminggu dah terperap dalam handphone gallery Sis, dari satu hari ke satu hari nak up, tapi ada je halnya, asyik bertindih post, so nak bagi adil, kena adjust sikit bila masanya boleh post, so pagi ni le postnya, sebab takde idea pagi ni hahahaha..Nampak tak? Ko masak-masak, amik gambar, then simpan, nanti takde idea nak update blog, haaa ko update, kan ke sonang tu.

So pagi ni Sis nak kongsikanlah menu makan pagi hingga tengah hari Sis anak beranak, Mee Goreng Basah Udang Besar. Yaaa udang dia kemain besor, sebesor sudip Sis ko hahahaha. Rezeki anak-anak, Suami Sis kalau ke pasar, haaa gitulah, semua benda dia nak belinya, udang, ketam, sotong, segala binatang yang dia rasa fresh dan besar, dia akan hangkut bawa balik, puashati bagi anak-anak makan katanya. Gituu...

Sis ko tak kisah, lagi suka, senang kerja nak masak bila semua benda ada hehehe. Ni kadang nak masak, bahan basah takde, jadilah kang Mee Goreng Bodoh kan hehehe sian mee tu di bodohkan hahahaha.

Makanya, bila dah siap masak, makanlah dari pagi hingga ke tengah hari.. Jom nengok apa yang Sis masak yer...



Sis ko masak tak payah menyusahkan, masak aje apa yang ada kat rumah dalam peti ais. So masak pun campak-campak, bahan blender semua. Tengok tu, sayur pun guna daun bawang aje, sawi takde, so dah kata kan, masak je apa ada. Nasib baik memang ada taugeh, kalau tak, adeii putus selera Sis kalau goreng mee takde taugeh oii hahahaha.

Dan yang specialnya, mee kuning tu. Mee yang Sis guna adalah Mee Kuning dan ada tambahan rasa sayur dalam bahan mee kuning tu yaitu Lobak. Sis beli dalam perjiranan Sis sini. Produk keluaran Muslim. Dan yang bestnya, ada bermacam jenis perisa sayur, Sis cuma beli Lobak dan Sawi aje. Murah pun murah, 3 bungkus RM 10, murahkan?..



Tengok tu, kan dah cakap tadi kemain besar udangnya, sebesar sudip kayu Sis hahaha. Sampaikan masa Sis masak ni, berchat dalam group, tunjuklah gambo tengah mengoreng mee ni, pastu ada kawan kata 'Sayangnya udang tu Lin, ko buat goreng mee', hehehehe memanglah kalau ikutkan sayang, baiklah masak buat lauk kan.

Tapi tu le bak kata Sis kat atas tu, Suami kalau beli memang nak bagi anak dia puas makan, tak kisahlah masak apa pun, so kalau goreng mee sekalipun, Sis akan guna udang yang Suami beli, tak kisahlah besar mana pun. Suami pesan 'kalau habis nanti, boleh beli lagi, tak payah nak sayang dan berkira nak masak', haa gitu le selalu Suami duk sebut, so Sis masak je laa guna apa yang ada.


Maaf bukannya nak riak dalam memasak, tapi itulah Sis sekeluarga. Lagipun sendiri masak kan, so ikutlah kepuasan masing-masing, jangan dipersalahkan dengan hasil masakan orang lain. Ada rezeki masak lebih, bahan pun lebih, takde rezeki, goreng aje macam biasa, pun rezeki gak namanya, ye laa selagi dapat memasak, bagi anak Suami makan.

Dan alhamdulilah juga, pada hari Sis mengoreng mee tu, dapatlah sedekah hantar kat jiran setaman Sis. Panas-panas selepas siap mengoreng terus Sis hantar. Tak tau le kena ke tak kat tekak jiran tu, tapi alhamdulilah dapat kepujian 'lulus', hahahaha..

Memang sejenis Sis, kalau dah masak, bagi orang makan, kemudian apa yang kita masak tu licin, Ya Allah satu kebahagian buat diri sendiri. Selalu macamtu. Sampaikan Sis simpan untuk Suami, kebetulan pada haritu Suami pun balik awal, syukur Suami pun suka. Siap dapat meneka, kenapa lain je rasa mee-nya hehehe..sebab pakai mee sayur lobak hahaha.

Sedap! Nanti Sis nak beli lagi mee kuning sayur tu. Takde rasa kapur langsung. Bagus ada macam ni. Makan tanpa was-was.

Okaylah nanti sambung, nak masak awal harini, sebab lepas masak Sis nak buat projek buat apam hahahaha, kalaulah menjadi, kalau tak jadi kita post laa kat group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini hahahaha..


P/S: Terkini : Semalam Jiran selang 4 rumah dengan Sis, anaknya positif Covid-19, terkejut dengar, Allahuakbar, moga seluruh ahli keluarganya tabah dan sabar dengan ujian dari ALLAH..aamiinn

33 comments:

  1. Betul, arwah mak dulu selalu pesan... dengan benda makan jangan kedekut, rasa nak makan beli jer biarpun harga agak mahal... macam reward kat diri lah kan.

    ReplyDelete
  2. Sama jugak kami sis, kalau beli niat nak masak tu memang beli sungguh. Lagi2 buat masak untuk family kan, memang tak berkira. Anyway, nampak mengancam betul udang besar2 tu , sedapnyaa.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa udang besaq2. saya suka sangat udang, kalau masak megi pun letak udang haha.

    ReplyDelete
  4. terliur nyaaa tengok udang besar-besar ni.. nampak sedap.. nyum nyummm, dah lama tak makan mee goreng..

    ReplyDelete
  5. besarnya udang, makan dengan mee goreng memang puas hati.. stress pulak kita tengok mee goreng tengah panas berasap tu

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni sis, Kalau kita dapat support kawan-kawan yang berdekatan dengan kita bagus tu. Tolong peniaga/pengusaha kecik. Tp yang menakutkan Kalau beli dekat family tu yang ada positive covid19. Aduiii

    ReplyDelete
  7. Betul kata sis, kehidupan kita dengan orang lain tak sama. Kita dengan cara kita. Masak sendiri lagi puas. Terjamin kebersihannya.

    ReplyDelete
  8. apapun mee dalam kuali tu menggoda.. tengok rencahnya pun seronok. kita ni selalu tak lepas jugak cara yang suami suka makan. hee

    ReplyDelete
  9. lapar terus tengok mee dengan udang besar tu sis.. open order tak haha.. gambar sharp sangat sis, macam real pulak mee tu depan mata

    ReplyDelete
  10. Sedap nampak mee sis ni... ingat ada disertakan resepinya nak gak cuba style sia ni. . Tapi bila baca sampai habis tak ada lak pulak haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis tak reti nak masuk menulis resepi, sebab buatnya main ikut cekut-cekut aje sendiri Kak, nantilah cuba up kan resepinya...hehehe

      Delete
  11. sedapnya sis!!! udang bergelimpangan di samping mi goreng.
    aida ni peminat udang. tapi duluuuuu. sebab now elergi resdung dah tahap kronik, sis.
    sedih!!! kopek udang pun tak boleh. elergi kat tgn plak hu hu hu hu hu...
    kalau makan kat kedai, baru la anak-anak berpeluang makan udang. kesian...

    moga jiran sis tu tabah ye.
    moga covid19 tu segera nyah!

    ReplyDelete
  12. pergh. tengok udang kat situ pun dah buat kita lapar memalam komen macam ni. sis share resepi. boleh buat entri resepi ni sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha akan ku cuba usaha letak resepi...sebab masak ikut sukahati..

      Delete
  13. mak oi, ri tu ko hantar gambar kat aku, tak perasan pulak ada udang besau..ke time tu da habis udangnya...hahahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni lain Sun, yang ni guna mee sayur tu, yang aku bagi ko tu, mee goreng mamak..hahahaha

      Delete
  14. Udang besar syoknya,rasa manis udang tu buat mee lagi sedap kan. Anyway moga jiran sislin cepat sembuh ya. Stay safe juga!

    ReplyDelete
  15. Sedap dan menarik. Yalah tempoh PKP ini memang banyak kali masuk dapur memasak. Nak jimat masa dan tenaga, kenalah buat macam ini. Akak pun suka buat masak macam tu.

    ReplyDelete
  16. Bukan mee goreng udang ni
    dah jadi udang goreng mee
    Nampak teramatlah sedapnya

    ReplyDelete
  17. Wah sedapnya kak. Menu mee memang salah satu favourite saya. Selalu dkt rumah ayah saya akan masak versi basah mcm ni , tapi takda udang, ada isi ayam.

    ReplyDelete
  18. Do you accept orders?
    This looks so yummy! Exactly mcm kedai punya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak amik order, come duduk sebelah rumah i hahahaha

      Delete
  19. Sedapnya mee goreng. Sis suka mee goreng sedikit basah dan tkde rasa kapur. Pertama kali dgr asa perasa sayur. Belom penah jumpa la..nanti nak cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Bella, ada banyak perisa mee nya, Sis beli lobak dan sawi..sedap, tak rasa kapur..

      Delete
  20. Haluuuu puliss.. nak report ni sis lin masak sedap2 tak nak hntr kat kita..hihi sedapnya la kak mee goreg udang tuu .btul la kalau rezeki makan, jgn kedekut dan mgungkit tak berkat nnt.

    ReplyDelete
  21. Besarnya udang dia.. Happy kita kalau dpt makan udang sebesar macam tu. Kenyang perut oiii. .tengok mee goreng ni pun sodap kemain ni hah. Untung jiran

    ReplyDelete
  22. wah besar2 udang tu, berbaloi makan ni. sedap ni kenyang tahan lama

    ReplyDelete
  23. Sama jer kat umah klu sarapan pg mee goreng, nasi goreng, roti canai mcm2 sejak PKP ni sbb anak2 semua ada kat rumah, mmg masak byk2

    ReplyDelete
  24. Bagus konsep suami lin semaikan. Alang2 kita berikan yg terbaik utk anak.. lagipun makan sendiri kan

    ReplyDelete
  25. Baguslah suami sis lin.. tak kedekut beli lauk. Biar berlebih, jangan berkurang. Kan! Yg penting anak beranak puas makan. Bila lebih, sedekah kat jiran pulak. Memang amalan termulia...

    ReplyDelete
  26. Pergh..besar besar udang dia. extra sedap mee goreng akak ni.

    ReplyDelete
  27. Everything looks so delicious OMG. I am drooling by the sight of these glorious food

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.