Header Ads


SESEKALI MAKAN ROTI, OKAY JE KAN?


SESEKALI MAKAN ROTI, OKAY JE KAN? | Janganlah kata makan roti ni sebab nak jimat, ko ingat harga roti tu seringgit dua hengget ke? Paling tak pun lebih dari lima hengget okay. So sebab itu Sis kata sesekali makan roti, okay je kan?.

Bukan berkira, tapi dari makan roti aje, elok le ko masak menu berlauk dan dapat makan dari tengahari hingga ke petang, silap-silap bawa ke malam. Lain laa kalau ko memang beli roti Gardenia tu je sebantal, untuk buat sarapan atau cecah makan dengan kari atau sapu jem, tapi kalau nak makan roti sesedap macam Sis tunjuk ni, haaa sesekali boleh laa.

Yaa sesekali, sebabnya harga pun agak mahal le, roti je pun, bagi mereka yang tak makan nasi, mungkin okay laa, tapi jenis kita yang memang jadikan nasi sebagai menu utama, nanti kalau dah masak nasi, beli lagi roti, then dah kenyang, roti pun habis due datenya, kan ke sayang membazir. So nak beli roti ni kena ada masa tertentu je.


Baru-baru ni Sis ke rumah Emak Sis, konon nak beli kek sempena Birthday Mia, so Sis singgah di Moonlight Cake House di Bandar Sri Alam. Masuk aje kedainya waaa banyak roti yang ada, tapi kek belum sampai pulak. Takkan nak keluar tangan kosong, mesti nak beli sesuatu kan, so Sis beli rotinya.

Roti mini crusissant tu je harga dah lebih dari lima hengget, dan roti wholemeal tu hampir dekat soploh hengget, so beli dua roti ni je dah dekat lima belas hengget. Mahal juga le tu kan, roti je tu hahahaha..Nasib baik juga habis anak-anak makan. Kalau hanya Sis berdua dengan Suami, memang Sis tak beli, sebabnya nanti bazir je takde sapa nak makan.


Dan yang ini Sis beli secara online. Now tengah promo, korang beli lebih dari tiga puluh hengget, korang akan dapat FREE delivery ke rumah sekitar Johor Bahru sahaja. Sis tanya dulu anak-anak, nak ke taknak beli roti, memasing semua kata okay, termasuk juga Suami, so Sis beli.

Pilih laa memana korang nak, ada banyak pilihan. Tiga puluh hengget tu korang boleh beli mix semua aneka jenis roti yang ada dalam online mereke. Dah pilih, korang terus bayar secara online banking je, then mereka akan submit order korang kemudian akan bagitau bila roti korang akan mereka hantar.

Yaa bukan harini ko order, harini sampai tau, tapi makan masa dua hari, mereka buat roti baru untuk korang, fresh from oven!. So jangka hayat untuk due date tu lambat le habis. Dan juga korang boleh la budget masak kat rumah, hari yang roti sampai tu, korang masak simple aje, lebihnya boleh makan roti pada haritu, tak le bazir nanti roti kan..

Opss beli mana roti ni? Korang boleh beli di sini https://www.vburg.my/ .

Rumah Sis ni kalau tak ye ye, memang jarang sangat beli roti, sebab takde sapa nak makan, Suami jarang sekali nak makan roti, kecuali roti wholemeal tu. Tapi sebab anak-anak semua ada kecuali anak yang sulung je, so Sis berani le nak order bebanyak roti ni. Memang kompom habis punya. Kali ni beli siap sedekah bagi kat jiran, ye laa banyak tu, takut tak habis juga nanti, rezeki la kan. 

Orang kata makan roti selalu ni boleh gemok, ye ke? Sebab katanya nanti naik gemok macam 'mauripan'..erkkkkk...saje kan korang!!..

Now ada tinggal 2 jenis lagi roti tu dalam peti ais, nak makan masuk microwave panaskan, lembut sedap gile!.. Siapa macam Sis, simpan roti dalam peti ais? Hehehehe..


P/S: Rindu sudah nak lepak makan minum sama kawan-kawan media semua...huhuhu :(( 

16 comments:

  1. Kak pun suka mkn toti, hari2 cik abg beli kat area umah kak no problem nk beli roti

    ReplyDelete
  2. kalau kita, bukan sesekali dah. dah rutin mesti kena ada roti. tak untuk sarapan pagi, minum petang atau malam pun wajib ada cicah roti :)

    ReplyDelete
  3. Famili kat rumah memang suka makan roti. Tiap hari kdg dia bungkus habis. Saya pun memang penggemar roti apatah lagi sapu mentega dan jem...

    ReplyDelete
  4. akan ada musim kita akan nak makan rotiii je kerja hahahaha

    ReplyDelete
  5. i like pastry. kalau masuk mana2 bakery memborong tak ingat padahal sorang je kat rumah.

    ReplyDelete
  6. Okay jer makan roti. I pun makan byk roti juga. You can be creative with bread.

    ReplyDelete
  7. Ampun. Rawlins salah sorg yang beli Gardenia tu sampai dua bantal sekali beli. Tapi Rawlins beli setiap 6 hari la sepanjang MCO nie - untuk breakfast dan tea time gitu. Hehe

    ReplyDelete
  8. roti gardenia tu xpe jugak kot makan selalu kira harga rakyat marhaen jugak tu. tapi kite roti ni makan ikut mood. kadang tingin sangat teruk betul rasa hehe..

    roti yang pastries ni mahai sikit. sesekali okayla layan tekak.
    sedapnyaaa croissant tu dengan tuna =D

    ReplyDelete
  9. suka juga roti, tapi now im towards healthy flour cam tepung barli, wholemeal dll. nanti nak tgk

    ReplyDelete
  10. OKay je sis hari-hari makan roti... roti pun sedap dan beri tenaga. Yang tak okay tu kalau makan hati. Sis jangan makan hati ok

    ReplyDelete
  11. Harga roti pun dah mahal jugak ye sekarang? Patut la ada ibu-ibu sanggup beli breadmaker buat roti sendiri je sekarang ni.. Huhu... TB pun suka roti.. Tambah2 yang wholemeal tu..

    ReplyDelete
  12. My parents tak de roti mcm dah tak leh hidup dah! Thanks for sharing!
    Tapi nasib baik Ibu Vee mengerti buat roti, skrg tiap tiap hari kami boleh makan roti yang bake drpd ibu

    ReplyDelete
  13. okay je makan roti. iena pun suka makan roti.Asyik makan nasi pun bosan jugak kn :)

    ReplyDelete
  14. aku suka makan roti, sesekali berkali2 sentiasa kali pun boleh...hahahah

    ReplyDelete
  15. ye ke boleh gemok ? sy makan tak gemok2. tapi mmg kalau makan roti nie cepat betul kenyang. walaupun nampak mcm makan makanan yg "ringan"

    ReplyDelete
  16. Ok jer, i pun makan toast for breakfast apa salah nyer. Time MCO kena jaga pemakanan juga la.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.