JENAHAK KENGSOM YANG MUDAH DAN SEDAP


JENAHAK KENGSOM YANG MUDAH DAN SEDAP | Mudah sebab dia guna pes aje, sedap sebab walaupun guna pes, rasanya tetap sedap. Kalau sebelum ni, pertama kalinya Sis makan menu Kengsom, sewaktu mengikuti FAMediatrip ke Golok Thailand sempenan Tahun Baru 2020 awal tahun ini, masa tu kami di bawa ke restoran Royal Guest House Kota Bharu,Kelantan dan ketika itulah kami di sajikan dengan menu Kengsom ni.

Memang sedap sangat-sangat sewaktu mula mencubanya. Ikut tekak Sis, Kengsom ni macam masakan asam rebus, tapi seakan macam Tomyam, tapi bukan asam pedas, ehhh macam mana tu ek hahahaha. Itulah susah nak bagitau macam mana rasanya, korang kena mencubanya sendiri.

Memang sebelum ni ada Sis membelek resepi masak Kengsom ni, bahannya memang mudah, cuma tak terbuat-buat lagi. Tiba-tiba ternampak kawan Sis merangkap Personal Shopper (PS) iaitu Syahirah Sabri tu ada upload gambar pes dan ada menjual pes Kengsom ni, terus Sis komen dan PM dia, Sis nak order 2 botol. Tak sangka ada jual pesnya, lagi senang keje Sis ko hahaha.


Dan bila pes dah sampai, apalagi, Sis terus mencubanya laaaa. Kebetulan ikan hasil pancingan Suami kemain banyak dalam peti aias tu, so kita masak Kengsom buat pertama kalinya menggunakan pes ni. Pes ni asli original dari Thailand tau. Sebotol hanya RM10 sahaja tidak termasuk pos.

Di botol tu ada tulis cara memasak dan juga bahan-bahan yang dah tersedia dalam pes, so korang tak payah nak kisar ke, nak tumbuk ke nak tumis ke, just lebur masuk je dalam kuali atau periuk ketika air mendidih. Senang gile ko.


Sis hanya tambahkan sayur bendi dan juga daun kesum beserta bawang besar yang di hiris. Sebagai penambah rasa je. Kang masuk ikan aje nampak kosong snagat le pulakkan. Tapi ikutlah citarasa korang. Yang penting masaknya memang mudah, semudah ABC aje hahahaha.

Yaaa korang hanya didihkan air dalam periuk atau kuali, bila air dah mendidih, korang masukkan pes Kengsom tu, ikutlah banyak mana ikan dan sukatan air yang korang letak tadi. Then masukkanlah semua bahan yang korang nak letak, dan didihkan kuahnya sampailah ikan dan bahan semua masak.

Korang rasa dulu, kalau dah okay, tak payah masuk garam, serbuk perasa semua, kalau tak okay, baru tambah. Macam Sis, sekali rasa je dah okay, so tak payah tambah apa-apa dah. Senang kan kan hehehehe..

Sesekali nak makan memang layan. Rasa asam-asam dia memang sedap di hirup time panas. Puashati makan. Tapikan, kalau yang Sis makan di Kelantan tu, kuahnya macam agak pekat, mungkin mereka blender atau campur bahan lain agaknya. Nampak lain sikit Kengsomnya.

Tapi takpelah, janji menu Kengsom tu menjadi juga walaupun guna pes hehehe..

Korang kalau nak beli atau order, boleh la beli dengan Syahirah ni ya

So harini korang masak apa? Sis nak buat Laksa Penang dan anak nak masak menu sotong dia. Hahahaha...Jom laaa kita memasak ye..


P/S: Now tempat Sis tiba-tiba hujan, gelap langit, alhamdulilah, jom berdoa!

20 comments:

  1. Tak berapa nak tahu bab masakan Thai kecuali Tom Yam dan Somtam haha tapi blm pernah cuba yang ni... Kengsom ni..

    ReplyDelete
  2. bln puasa nanti kalau masak kengsom ni pasti jelira molek!

    ReplyDelete
  3. tk pernah try lg masakan kengsom ni tp biasa la dgr menunya..ni ada pes kengsom lg senang nk masak

    ReplyDelete
  4. My favourite ni. Aih...dah la tengah dok lapar ni. Sedapnye makan dengan nasi panas. Tak susah pun nak masak ni.

    ReplyDelete
  5. Sedap ni. Teringat pulak lauk ni masa pegi trip thailand hari tu. Nak buay sendiri jugakla nnti. 😊

    ReplyDelete
  6. biasa kalau guna pes ni mesti tak jadi macam kat kedai atau restoran kan...tomyam pun camtu..diorang buat macam mana la bagi pekat kuahnya...

    ReplyDelete
  7. wow first time dengar pes kengsom. sangat Memudahkan kerja memasak gini. thanks share

    ReplyDelete
  8. wahhh nampak sedap betul tu. ikan jenahak nie merupakan one of my favourite ikan. Harga dia pon boleh tahan mahalnya. Tp sedap ! Baguslah kalau ada pes tu kt rumah, memudahkan utk memasak

    ReplyDelete
  9. UIKsss sedapnya sis jenahak kengsom. Kita suka makan kengsom ni biasa buat tak pakai perencah. Nanti nak kirim la ngan ney beli ni hahahahha tpi pasl abes covid laaa

    ReplyDelete
  10. Wow!!!!!!! That kengsom paste look so good. Would like to try it too. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  11. Boleh hirup kuah tu yang seronok Sis..

    ReplyDelete
  12. Tak pernah jumpa lagi kengsom paste ni

    ReplyDelete
  13. Kengsom ni ada rasa macam tomyam ker atau rasa macam mana hehehe nampak menyelerakan lah sis memang sedap tambah pulak dengan kacang bendi dan juga daun kesum tu perhhh terangkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Sis kata Maha, nak kata macam asam rebus, tidak plak, nak kata macam tomyam, jauh sekali...kena cuba baru tau tekak memasing..

      Delete
  14. aida ada juga save resepi kengsom ni. tapi tak pernah try.
    dia ala-ala tomyam or asam pedas or camne ekk?
    terasa menarik utk dicuba ni, sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam asam rebus Aida, tapi tak sama macam asam rebus kita...

      Delete
  15. Tak pernah tahu kengsom ni apa. Nanti bolehlah cuba, nak tahu gak rasanya cam mana, mana lah tahu kot2 masa pergi thailand dulu pernah cuba..tp tak tahu nama..hehehe

    ReplyDelete
  16. oo ada pes dah siap, lebih mudah kan. selalu juga beli jenahak kdg tak tau nak masak apa

    ReplyDelete
  17. Sedapnya kahai kengsom. Kalau makan kengsom, mesti tak berhenti nak hirup kuah dia.

    ReplyDelete
  18. Wah i memang suka makan masam and pedas, the paste macam best and senang nak masak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.