RESEPI SEDAP IKAN REBUS AIR ASAM


RESEPI SEDAP - IKAN REBUS AIR ASAM | Jarang-jarang nak masak macam ni kalau tak sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu tau, sebabnya siapa aje nak makannya. Tapi sebab semuanya cuti, so Sis terasa nak makan, so Sis masak. Yang suka makan menu ni anak Sis,Yana. Kami berdua memang suka menu yang berasaskan air asam.

Ikan Kembung takde, Sis guna Ikan Selayang yang Suami beli. Konon Ikan Selayang ni nak di buatnya Laksa Sarawak, tapi takpelah yang tu nanti kita cari ikan lain.

Padahal kan, harini Sis memenuhi permintaan anak bujang Sis nak makan Ketam Lemak Cili Api, hokay, Emaknya dah siap masakkan, sekali bukak peti ais ternampak pulak ikan selayang, anak Sis Yana kata, sedapnya kalau masak rebus air asam, ermm hint laa tu kan..

So tak sampai di hati seorang Emak, Emaknya masakkan juga Ikan Rebus Air Asam ni. Jangan tidak katanya. Rezeki anak-anak kan, benda ada, so masaklah, kalau benda takde tu, maka diamkan aje laa. Suami selalu cakap, kalau anak nak makan apa, kalau benda ada, masakkan aje, kalau takde, bagitau, nanti Suami cuba beli. Gitulah perangai Ayahnya.

Kadang malas gak nak layan kehendak anak, ngada-ngada sangatkann, tapi takpelah, dah rezekinya ada, so rezeki anak-anaklah. Jenis Sis dan Suami bab makan jangan berkira, selagi boleh adakan atau belikan, kita bagi, esok-esok jika dah tak mampu nak adakan, hati rasa puas sebab dah penuhi permintaan semua, huhuhu.

Okay dah, so tadi lepas aje masak, siap kemas dapur semua, kerjakan yang wajib, duduk kejap update kat blog. Ikutkan ada post lain nak up, tapi takpe, nak up resepi yang ni dulu hehehehe.


Resepi Sedap Ikan Rebus Air Asam 

Bahan-Bahan:

4 - 5 ekor ikan kembung atau selayang
2 keping asam keping
2 biji tomato, potong dadu
2 biji bawang besar, potong dadu
1 inci belacan *bakar
6 biji cili padi *hiris, ikut kepasan memasing
3 biji limau kasturi/sambal

1 mangkuk kecil pati air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:

  • Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam selama 5-10 minit di atas api yang perlahan. 
  • Setelah masak, angkat ikan tu dan masukkan ke dalam bekas hidang.
  • Ceduk air ikan ke dalam bekas dan masukkan pati asam jawa, belacan yang dah dibakar, bawang, tomato dan perahan air limau kasturi. 
  • Gaulkan sampai sebati dan pekat. 
  • Masukkan cili padi dan kacau lagi kesemunya.
  • Kemudian tuang kuah air asam ke atas ikan. 
  • Siap di hidang.


Mengiurkan sungguh dari kejauhan kan?. Memang sedap! Masa menaip post ni, Sis ko dah selesai makan pun hahahaha. Cuma dalam gambar tu, menu Lemak Cili Api Ketam aje Sis belum ceduk. Kalau tak, penuh atas meja semua menu hehehe. Yang Hati Ayam tu memang goreng saja je, Sis suka makan buat ratah. Suami Sis punya kegemaran tu hehehe.

Lelain Sis goreng Sayur Kobis aje. Jadilah untuk rezeki harini. Korang masak apa pulak? Mesti meriah jugakan..

Takde idea nak masak apa? Meh tengok SINI 

Hokaylah, Sis nak melipat kain baju dan mengosok baju Suami. Senang nak pakai dah siap gosok. Ermm biasalah, kerja rumah mana pernahnya habis kan..lagi duduk rumah lagi banyak kerja pulak rasa hahahaha..


P/S: Vavavaava ada orang tu amik kesempatan dalam wabak PKP ni ek...tungguu...aku perhatikan ajee engko tu !!..

20 comments:

  1. Sedapnya....boleh buat guna apa2 ikan kan sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh SA, kalau ikan Caru pun kata orang pun sedap, ikut lah memana, Siakap pun lagis edap, sebab isi lembut kannn..

      Delete
  2. Masak yang ada asam-asam ni jarang tolak dan susah nak jemu sebab tak cepat rasa muak bila makan..
    Betul la Sis..babah mama pun macam tu...makan dulu..apa yang ada masak..tak ada nanti ada rezeki beli..yang ada masak dulu habis pun tak apa..asala masak makan jangan membazir..sebab akan datang tak tahu rezeki macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan Sis PC, suka masakan asam-asam, ibarat pembuka selera..kalau makan kedai, jadi blur nak pilih mana satu kalau dah banyak hahahaha

      Delete
  3. Ini kalau makan dengan nasi putih pun dah cukup .tak perlu banyak-banyak lauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, perghhh kalau ikan siakap kan lagi sedapp...arghh kecurrr

      Delete
  4. woooooooo.. makan ini saja pun dah okay sangat sis.. hee~ nasi putih panas dengan kicap manis kipas udang.. ulam bendi rebus.. sekian-- saya lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, makan dengan nasi panas, sayur pun cukup kalau ada pucuk ubi atau bendi celur, dapnyaaaa

      Delete
  5. tgk gmbr ikan rebus air asam tu pon sedapp., ;p

    ReplyDelete
  6. Wah wah.... sedap ikan makan mcm tu... makan dengan nasik panas2.. tak de lauk lain pun tak pe...puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang kena makan panas, kalau dah sejuk, panaskan balik tetap sedap...

      Delete
  7. lepas ni alat timbang bolehlah sorokkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah memang takde alat penimbang rumah saya ni Wak hahahaha

      Delete
  8. Sedap nampaknya boleh cuba. Dah tak ada idea nak masak apooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try Faizzah, guna ikan kembong boleh, caru boleh, siakap pun boleh..

      Delete
  9. weiii laksa sarawak mana ada pakai ikan! advance ko ekk..ada niat nak lawan cikgu! hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aku nak cuba letak ikan leee, taknak ayam hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.