CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE NEGERI JOHOR


CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE NEGERI JOHOR | Bermula 1 Ramadan 1441H tahun 2020, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara dalam talian bagi memudahkan umat Islam menunaikan bayaran zakat harta dan zakat fitrah.

Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor, demi untuk menjaga maslahah dan keselamatan amil fitrah daripada risiko penularan dan jangkitan wabak COVID-19, MAINJ memutuskan bagi tahun ini, amil fitrah tidak ditugaskan membuat pungutan zakat fitrah. Dan pembayaran zakat hanya melalui online sahaja.

Bayaran fitrah dalam talian internet digalakkan supaya ditunaikan bermula seawal menjelang Ramadan sementara selewat-lewatnya bayaran boleh dibuat sebelum jam 8 pagi pada 24 Mei 2020 ( sebelum Solat Hari Raya) bagi memastikan transaksi bayaran zapat diterima dengan sempurna.

Selepas transaksi disempurnakan dengan mengemukakan butiran peribadi yang lengkap, resit rasmi bayaran akan dihantar melalui email kepada pembayar.


Johor laksana zakat online

Terdapat tiga kaedah pembayaran dalam talian iaitu melalui bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment (http://epayment.maij.gov.my), Portal Johor Online Payment (JOP), https://onlinepayment.johor.gov.my dan Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Terdapat beberapa perkara yang perlu korang amik tau.

1. KAEDAH PENETAPAN HARGA FITRAH NEGERI JOHOR

Penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri Johor pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

Harga beras dan peratusan penggunaannya diperolehi daripada Bahagian Kawalselia Padi, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, pemborong dan peruncit yang ada di sekitar negeri Johor.

2. KETETAPAN HARGA FITRAH BAGI TAHUN 1441H / 2020M

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1441H bersamaan 2020M pada dua kadar harga RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja)

i. RM 7.00
Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

ii. RM 10.00
Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.

3. SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

3.1 Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadah zakat fitrah di dalam bulan Ramadhan termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MAINJ telah menetapkan kaedah pembayaran adalah melalui dalam talian internet (on-line) sahaja. 

3.2 Bayaran fitrah dalam talian (on-line)

Ianya merupakan kaedah bayaran yang paling mudah dan selamat kerana pembayar zakat fitrah tidak perlu bergerak ke luar rumah dan bayaran dilaksanakan secara dalam talian internet di kediaman masing-masing. Selepas transaksi disempurnakan dengan mengemukakan butiran peribadi yang lengkap, resit rasmi bayaran akan dihantar melalui email kepada pembayar.

Bayaran fitrah dalam talian internet digalakkan supaya ditunaikan bermula seawal menjelang Ramadhan. Selewat-lewatnya bayaran boleh dibuat sebelum jam 8.00 pagi pada 24 Mei 2020 ( sebelum Solat Hari Raya) bagi memastikan transaksi bayaran zapat diterima dengan sempurna.

3.3 Untuk kaedah bayaran zakat fitrah melalui dalam talian ini MAINJ menyediakan
kemudahan berikut untuk pembayar :

a. Bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment

  • Link : http://epayment.maij.gov.my
  • Waktu beroperasi : 1.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Caj bank sebanyak RM 0.50 dikenakan kepada pemegang akauan untuk pembayaran melalui FPX selain daripada harga zakat fitrah bagi setiap transaksi bayaran.

Manual pembayaran sebagaimana dilampirkan.

b. Portal Johor Online Payment (JOP).


  • Link : https://onlinepayment.johor.gov.my
  • Waktu beroperasi : 1.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Caj bank sebanyak RM 0.50 dikenakan kepada pemegang akauan untuk pembayaran melalui FPX selain daripada harga zakat fitrah bagi setiap transaksi bayaran.

Manual pembayaran sebagaimana dilampirkan.

c. Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).


  • Melalui kaedah imbas QR KOD menggunakan telefon pintar dan pembayar boleh membuat bayaran melalui pilihan 18 buah bank.
  • Waktu beroperasi : 1.00 pagi hingga 11.00 malam
  • Caj bank sebanyak RM 0.50 dikenakan kepada pemegang akauan untuk pembayaran melalui FPX selain daripada harga zakat fitrah bagi setiap transaksi bayaran.

Manual pembayaran sebagaimana dilampirkan.


Apakah hukum menunaikan Zakat Fitrah secara atas talian ?

Jawapan :

Resolusi Muzakarah Khas Kali Ke-2 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 9 April 2020 melalui siaran langsung teleconference. Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa : Kaedah pembayaran Zakat Fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambil kira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa.

Jika saya gagal menunaikan Zakat Fitrah hingga selepas solat raya disebabkan masalah online adakah saya dikira berdosa ?

Jawapan :

Sekiranya kegagalan menunaikan Zakat Fitrah itu disebabkan keuzuran yang tidak dapat dielakkan, maka perbuatannya itu tidak berdosa tetapi wajib melaksanakan Qada' zakat dengan syarat selepas bersungguh-sungguh untuk membayarnya melalui saluran yang disediakan.

Bolehkah mereka yang tiada kemudahan internet atau telefon pintar, tidak menunaikan Zakat Fitrah dan dibuat secara Qada' sahaja ?

Jawapan :

Tidak boleh, seseorang meninggalkan kewajipan membayar fitrah dengan sengaja dengan niat mahu melaksanakan Qada' sahaja, diantara sebab diharuskan Qada' :

i. Tidak mempunyai kemudahan internet atau telefon pintar yang boleh digunakan pembayaran melalui talian internet.
ii. Lokasi tempat tinggal yang terpencil dan terkeluar daripada liputan internet.
iii. Tidak mempunyai anak atau saudara mara yang boleh membantu.
iv. Gagal membuat bayaran atas talian disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan setelah pelbagai usaha dilakukan.

Jika terdapat pertanyaan boleh hubungi pihak MAINJ melalui e-mel zakatfitrah@maij.gov.my

Sekian.
#SisSharing .


P/S: Mudah dan senang, ada peluang dan masa, segeralah bayar. ..

23 comments:

  1. Yeess, all guna online je zaman sekarang ni...
    Perempuan pun boleh bayar zakat... ajommm lahh..apo laieee.. hewheww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Nona, mudah kann, so jangan sampai kelupaan nak bayar yaaa

      Delete
  2. Wak pun nak bayar zakat online aje
    Anak bongsu ada kat rumah bolehlah buatkan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah/.done bayar..mudah bayar guna online

    ReplyDelete
  4. Nak bayar Tak bayar lagi no

    ReplyDelete
  5. Oh time to bayar Zakat already? Nice that it is becoming convenient for ppl to bayar online. good job

    ReplyDelete
  6. This is a good information sharing. Good for anak2 Johor. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Mudah lah boleh bayar zakat fitrah secara online je skang. saya dari tahun lepas dah bayar secara online. pastu diorang siap hantar resit by post lagi hehe.

    ReplyDelete
  8. Selalu suami sis bayar kat surau dekat rumah. Tahun ni berbeza. Info yang bagus. Nanti sis bagitau suami sis.

    ReplyDelete
  9. Thank you sis. Such a good info. Tadi dgar Aliff Satar cakap dalam radio, dia ckp skrg dah tak syok sbb selalu bayar kat masjid and now kena bayar online. Tapi memandangkan teknologi semakin melias, pula dalam Pendamik COVID19, this ways sangat memudahkan semua.

    ReplyDelete
  10. Hebat ye sekarang boleh bayar zakat online je. Senang kan hidup sekarang? Benda nk buat mcm mcm semua boleh settle online je. Tk de la alasan susah atau lupa nk bayar zakat

    ReplyDelete
  11. Time2 macam ni memang kena banyak gunakan online. Sis pun baru dengar kalau bayar zakat online ni tak apa walaupun tanpa akad. Ini jalan terbaik untuk keselamatan semua

    ReplyDelete
  12. Makaseh sis Lin. Good sharing. Sekarang ni nak ke tak nak, ni jer cara yang ada tuk tunaikan kewajipan sementara PKP belum tamat. Moga cepat laaa berakhir wabak ni.

    ReplyDelete
  13. Sejak PKP ni, dah malas rasanya nak beratur jika ada kemudahan online di sediakan. Cepat dan jimat kos travel. Stay safe. Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah boleh je online. thanks sharing this information ya, alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. Sekrang ni lagi mudah je. Semua online termasuk bayar zakat fitrah ni. Lagi mudah lan..

    ReplyDelete
  16. Semua mmg kena online je la kan sekarang. Bagus dorang buat site mcmni. Jgn ada pula culas nk byar zakat tau

    ReplyDelete
  17. Thank you sis share ni. Sangat bermanfaat. Time sekarang ni semua kena online

    ReplyDelete
  18. Thank you sis sudi share.. Sekarang kj jdi lbh mudah bila dah xpayah nk bersesak ngn org ramai, lgi pula time pkp nie mmg xlh nk kluar sgt. Mujur boleh byar zakat guna online..

    ReplyDelete
  19. Time PKP ni semua benda kena online utk memudakan pengguna, rasanya lg mudah keja kita klu tak nak kena beratur bayar zakat

    ReplyDelete
  20. Oh boleh bayar online je ye skrg. Kita orang johor. Tapi menetap di selangor pulak :p

    ReplyDelete
  21. seluruh negara disarankan byr online kan.
    tapi, aida dpt tahu, certain tempat, amil still ada di certain masjid / surau.
    boleh juga if nak byr secara live depan amil.
    social distancing. sebab, bak kata adik ipar aida, kalau byr live dgn amil, baru ada feeeel raya gitu :)
    hihi hi hi...

    ReplyDelete
  22. senang kan sekarang, semua online aje...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.