MENU BERBUKA PALING MUDAH DAN SEDAP, MEE GORENG BASAH

Sis Lin
10
MENU BERBUKA PALING MUDAH DAN SEDAP, MEE GORENG BASAH | Bukan kata masuk seminggu ke dua minggu baru nak goreng mee, tapi rumah Sis hari ketiga dah makan Mee Goreng Basah ni haa. Memasing dah jemu nak makan nasi hahahaha...

Buka makan nasi, sahur makan nasi, terus anak kata, taknak dah makan nasi dulu, suruh Sis goreng mee..Emaknya follow aje, jenis tak kisah, lagi suka, mudah kerja dapur Sis, hanya goreng mee aje hehehe.

Kebetulan memang semua bahan ada, Suami dah sesiap beli segala bahan untuk goreng mee, so senang nak memasak, termasuk gak daging, taugeh, daun bawang dan segala macam rencah, terutamanya udang besar hahaha.

Kalau Sis yang goreng mee, memang akan masuk banyak taugeh dalam mee tu, nasib le kalau siapa yang tak suka taugeh, tapi nasib baik juga, anak-anak termasuk Suami, semua memang makan aje taugeh, cuma kalau masa nak masak tu, anak terpandang katanya, 'Uii ngerinya nengok taugeh Mak'..hahahahaha...



Ada orang memang tak makan taugeh, tapi Sis paling suka makan taugeh, tak kisah masak apa sekalipun, kekadang sampai makan kat luar pun, nampak taugeh goreng atau masak lemak, memang Sis akan amik, Suami pun dah tau sangat dah.

Ada ketikanya kalau keluar makan dengannya, Suami siap tegur, 'Amiklah sayur lain', hehehehe...Entah, pantang nampak taugeh kat kedai, lagi kalau yang jenis putih rangup tu, huiii memang penuh plastik Sis beli. Dah beli baru fikir nak masak apa. Biasanya goreng dengan ikan tenggiri asin le sedap kan!

Pelik juga ek, bukan ke taugeh tu sedap, kenapa ada orang tak makannya ek? Hehehehe...


Resepi? Mana lagi kalau bukan dari Resepi Mee Goreng Basah Che Nom. Sejak-sejak ni duk nengok blog dia je ko belek menu, resepi dia simple sangat, dah tu kalau buat tiru bulat-bulat, memang menjadinya.. sama dengan resepi ni haa, Sis ikut bolat-bolat resepinya, memang sedap!.

Tapi resepi di bawah ni korang follow ikutlah bahan mana korang ada..kalau takde jangan susahkan diri, masak apa je yang ada ya..macam Sis, takde sawi, letak daun bawang, dan juga Sis letak daging.

Resepi Mee Goreng Basah 

Bahan-Bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Hirisan kek ikan
  • 3 - 4 sudu besar sos cili
  • Kicap manis secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 7 - 8 ekor udang, buang kepala
  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji tomato, potong 8
  • 1 mangkuk air rebusan kulit udang
  • Batang sawi
  • Sayur daun sawi
  • Taugeh

Bahan-bahan untuk hiasan:

  • Bawang goreng
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Limau kasturi atau limau nipis

Cara Penyediaan:

  • Panaskan air, celur mee kuning dan toskan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan masak cili sehingga garing.
  • Masukkan kek ikan, sos cili, kicap manis, sos tiram, udang, sotong, lada sulah, tomato, sedikit air rebusan kulit udang dan batang sawi.
  • Masukkan pula mee kuning, sayur daun sawi dan taugeh. Boleh tambah sos cili dan kicap lagi jika suka.
  • Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan limau kasturi.

Tips:
Tak perlu masukkan garam dan gula kerana rasa masin dan manis sudah cukup dari kicap, sos dan bahan-bahan lain.

Selamat mencuba! ..


P/S: Today dapur OFF hehehe...

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. awohhh sedapnyeee.. haha.. nak sikit.. opssss puasa..

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa.. gee suka sayur banyak2 ni hehe

    done follow sini 1728

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sama laa Sis, lagi kalau taugeh...

      Delete
  3. alamak sis lin! tgok gmbr pun dh terliur ni, dh lh fav om bnyk sayur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis nengok ni pun terliur gak ni hahahaha

      Delete
  4. nampak menyelerakan jugak tu kejadian mee goreng dia..juicy gitu haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti habis PKP, mai laa sini, aku masakkan untuk ko ea...

      Delete
  5. Tengok mee goreng meriah bahan macam ni terus rasa nak masak mee goreng berbuka nanti. Menyelerakan betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Fizah, kalau rumah Sis, emmang goreng mee kena maeriah macam ni, kalau tak slow le nak habis..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!