JOM SERTAI 'SARANGHAEYO' MUSIC VIDEO CONTEST DAN MENANG WANG TUNAI RM1,000!


JOM SERTAI 'SARANGHAEYO' MUSIC VIDEO CONTEST DAN MENANG WANG TUNAI RM1,000! | Hamboi, kemain tersenyum-senyum korang bila membaca ayat 'Saranghaeyo' tu ek, Ye laa bagi peminat cite Korea, sudah pastinya lee tau apa maksud 'Sarangheyo' tu kan?. Betul! ianya adalah panggilan 'Sayang' atau 'i Love you' dalam Bahasa Korea.

Ecece yang dewasa pun apa kurangnya, kalau ngadap cite Korea tu, selagi tak habis episodnya, selagi tu le ko ngadap kan? Ehhh tercakap diri sendiri plak hahahaha.

Ini ada berita gembira buat korang yang meminati filem atau muzik Korea. Yaa peluang untuk korang menang wang tunai sebanyak RM1,000 hengget ookay!. Mudah dan senang aje, alaaa yang biasa buat video masuk youtube ke atau TikTok tu, korang mesti dah 'pro' kan.

Janji terma dan syaratnya korang ikut. Dan yang penting mesej 'Saranghaeyo' tu sampai..tak kisahlah korang nak upload video dengan family ke, dengan makwe/pakwe ke, dengan isteri/suami ke, janji apa yang korang masukkan dalam video tu merupakan video berkasih sayang dengan insan yang ko sayang atau cintai. Haaaa itu baru 'Saranghaeyo'....

Pstt yang nak masuk dengan makwe/pakwe tu, harap elok sikit ye videonya, pastikan 'jangan over'!..


"Saranghaeyo. Hargai mereka yang ada disamping kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita."

Jom sertai Saranghaeyo Music Video Contest!
Jangan lepaskan peluang ini, korang berpeluang untuk menang hadiah wang tunai RM1,000!

Syarat-syarat:

1. Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
2. Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
3. Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV #voiceofmen’ sebagai tajuk video.

Contoh seperti di bawah ini. (ikut kreativiti memasing)..



4. Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
5. Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.

6. Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turun dinilai).
7. Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men.
8. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/4/2020. 

Keputusan adalah muktamad.

Haaa mudah je kan? So apalagi, jom le join!..


P/S: Sis bab video ni memang FAIL!..takpelah bagi peluang kat korang join ya hehehehe. 

8 comments:

  1. yeehaaa! suruh amat buatkan video...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aku cakap dengan Amat, dia jawab, kalau menang duit dia punya hahahaha

      Delete
  2. Menarik contest ini...sis tak pandai nak buat music video

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah mencubanya Aini, kot mana le tau rezeki kan heheheh

      Delete
  3. Menarik..nak ajak Dania la..dia bab video ni pakar dari omak eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SA, surug Dania buat video dan masuk contest ni, mana laa tau rezeki dia menang RM1000 tu SA hehehehe

      Delete
  4. Akak dah join ke tu. banyak tu rm1000. siapa la yang bertuah tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdok sapo nak amikkan videonya Madi hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.