Header Ads


MASAK SENDIRI LAKSA PENANG KEGEMARAN AKU


MASAK SENDIRI LAKSA PENANG KEGEMARAN AKU | Yaaa apa-apa tekak nak makan, masak sendiri aje baru puashati kan?. Ye lerr time #DudukRumah gini le ada je tekak tu nak makan macam-macam kan? Tangan ni tak sempat nak kering, ada je satu-satu menu yang di masak. Tekak sendiri lain, tekak anak lain, tu belum lagi tekak Suami hohohoho.

Tapi Sis bab masak dan makan ni, tak pernah dan jarang nak mengeluh penat ke atau membebel sendiri kat dapur, sebab masak ni kena ikhlas dan masak dengan penuh kasih sayang, barulah masakan ko tu sedap. Ni kalau masak dengan mulut muncung boleh sangkut hanger, memang pahit tawar payau le masakan ko tu.

Eh, ada tau orang macam tu, pernah Sis sendiri nampak depan mata, ermmm tak yah cite la, tak pasal Sis ko dapat dosa kering kang hahaha.

Berbalik pada tajuk, siapa sini suka makan Laksa Penang? Atau ada orang panggil Laksa Asam atau Asam Laksa, gitu ler janji ada sama je rupanya hahahaha..


Sis kalau buat dan masak Laksa Penang ni jahat oii, bukan jahat apa, jahat mulut, makan berulang-ulang nanti kejenya. Selagi tak habis, selagi tu makan makan dan makan, tak caya tanyalah anak-anak dan Suami Sis. Memang tak pernah membuang kuahnya, makan sampai licin ko hahaha.

Resepi pun Sis amik dari google dulunya, sampailah sekarang Sis guna, cuma takde nak guna sukatan tertentu kalau orang tanya, Sis buat ikut sukahati dan banyak mana ikan dan kuah yang Sis nak makan. So resepi betul-betul nak follow tu susah nak tulis, maaflah.

Tapi takpe, Sis tuliskan juga resepinya di bawah ni, sebagai resepi 'basic', kot laa ada yang tanya kan..


Resepi Masak Laksa Penang Sedap versi Sis Lin

Bahan – bahan:

Ikan Kembong/Mabong
Asam keping
Bawang besar
Bawang putih
Cili giling
Cili padi
Belacan
Daun kesum
Bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa

Telur - Direbus ikutlah berapa banyak korang nak makan.


Cara – cara memasak:

  • Ikan di rebus. Air rebusan ikan jangan buang. Sis rebus letak asam. Tapi kalau korang nak letak garam pun boleh juga.
  • Korang blender isi ikan dulu. Kemudian blend tulang ikan dan kepala ikan tu sekali (yang ini korang tapis, amik airnya aje)
  • Kemudian, bawang putih, bawang merah, cilipadi, belacan dikisarkan bersama.
  • Didihkan air (guna air rebusan ikan dan kepala/tulang ikan tadi), masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, bunga kantan.
  • Isi yang dah diblend korang boleh masukkan terus dalam periuk tu sekali. 
  • Lepas didih tu, masukkan garam gula secukup rasa.

- Laksanya tu pulak Sis beli yang dah siap, tinggal celur aje sekejap.
- Bahan sampingan tu, korang hidangkanlah bersama ulaman seperti lada merah, bawang besar, nenas (kalau ada), salad, dan limau kasturi dan telur rebus tadi.


Bila siap aje masak, memang tak boleh tunggu dah, habis semangkuk Sis makan hehehehe. Puashati masak sendiri macam ni, tahap sedap pun boleh tahan juga Sis masak hahahaha. Kebetulan memang Suami tak kerja masa masak Laksa Penang ni, so apalagi, memang jadi bahan ujikaji Sis laaa hahahaha.

Sebab Suami Sis tu cerewet gak orangnya bab makan, kalau dia kata tak sedap atau kurang sedap, memang dia akan cakap, tapi kali ni bila dia cuba makan laksa Penang Sis, bila dia kata sedap, maka memang sedaplah Laksa Penang Sis tu huahuahuahua...

Ada orang memang tak suka makan Laksa Penang kan? Sis tak kisah, segala benda kalau ayat depannya perkataan 'Laksa", memang Sis suka, lagi-lagi Laksa Johor oii!!! Arghhh lama gile plak tak buat Laksa Johor, nanti nak buatlah..nak buat Laksa Johor ni mencabar gile bagi Sis hahahaha...adeiii..tapi makan nye ye sedap!!..

So korang kalau nak cuba, silalah mencubanya ya..gerenti sedap hehehehe..
Selamat mencuba...


P/S: Harini turn anak Sis masak, katanya nak masak Asam Pedas Ayam hohoho..

12 comments:

  1. laksa...suka juga...tapi lagi suka laksam...tapi semua tu kena ada telur rebus...baru banyak saya makan...sebab lagi lemak rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis apa je jenis nama Laksa atau Laksam tu, memang peberet Sis...lama gak tak makan Laksam, dah sebut ni, kecur le pulak...

      Delete
  2. Wak makan laksa johor aje
    Laksa lain2 tak berapa minatlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ore Johor kan Wak, mestilah...sama juga Saya, pantang nampak heheheh

      Delete
  3. antara kegemaran PC ni Sis..isi sikit tak pe kalau PC asal kuah lebih sebab sejenis suka hirup kuah..puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kita sama PC, Sis kalau dapat Laksa gini, memang makannya berulang-ulang tak henti hahahaha

      Delete
  4. semalam baru masak laksa kuah putih… ni kena buat laa pulak laksa penang… mereciikkk tengoknyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sedapnya laksam yaa..nanti nak jugalah buat Laksam..

      Delete
  5. walaupun kite x makan laksa.. tapi nampak kejadian laksa diatas sngtlah cantik. hehe buat sendiri puas hatiii haaa makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe cubalah Siti, memang sedap wooo..makan semangkuk, licin tanpa sisa baki hahahaha

      Delete
  6. aduuu sedapnya sis...menjejes2 ailio ku ini! teringat pulak laksa penang kawan sis tuuu..makan lepas tepi laut desaru...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kalau tak PKP, dah ku suruh engko datang sini mencekiknyaaa hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.