CARA BUAT SEMAKAN PERMOHONAN GERAK MALAYSIA


CARA BUAT SEMAKAN PERMOHONAN GERAK MALAYSIA | Rata-rata ramai dah beratus ribu dah buat permohonan Gerak Malaysia ni kan. Bagi sesiapa yang terkandas dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka dah boleh mula memohon untuk pulang ke destinasi masing-masing bermula dari 26 April 2020 lepas dan kemaskininya pada 29 April 2020.

Tapi dengan terma dan syaratnya, juga patuhi SOP yang dibenarkan. Anak Sis juga salah seorang terkandas di tempat tinggalnya. Walaupun status anak Sis itu sebagai pelajar, tapi dia tak duduk dalam kampus, menyewa rumah dan bilik di Shah Alam. Now dalam usaha untuk bawa dia balik ke rumah.

Bukannya apa, kelas Master dah lama stop, macam buang masa aje duduk sana menyewa, sampaikan anak nak keluar beli barang dapur pun jadi takut. Lain kalau duduk dalam kampus, mungkin Sis tak risau sangat keselamatan tu lebih terjaga. Ni duduk luar, keluar masuk pergi beli barang, keselamatan dia, sihat dia, itu yang buat Sis risau?.

So bagi korang yang nak pulang ke rumah atau kediaman masing-masing, bolehlah buat semakan samada lulus ke tidak permohonan korang. Pastikan korang dah memohonnya terlebih dahulu ya.


Berikut adalah cara untuk buat semakan untuk status kelulusan permohonan permit Gerak Malaysia.

Untuk makluman, tarikh untuk buat semakan adalah pada 1 Mei 2020.
(Maklumat terkini akan dikemaskini selepas mendapat maklumat rasmi)

  • Pastikan korang sudah memasang aplikasi gerak Malaysia di dalam telefon bimbit korang. 
  • Klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon bimbit korang
  • Tunggu hingga loading keseluruhannya
  • Setelah siap, korang kini sudah masuk dalam aplikasi Gerak Malaysia
  • Jangan klik Generate QR Code
  • Lihat di bahagian bawah Generate QR Code, ada satu butang kecil Profile
  • Lihat baik-baik kerana kedudukan yang agak tersembunyi
  • Klik butang kecil Profile
  • Klik ikon pensil
  • Sila kemaskini maklumat data peribadi anda dalam apps Gerak Malaysia
  • Kemaskini Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
  • Kemaskini Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
  • Residential Address ialah alamat yang TERKANDAS sekarang. Maksudnya, korang perlu masukkan alamat kampung di mana korang berada sekarang.
  • Kemaskini Bandar di ruangan City
  • Kemaskini Poskod di ruangan Postcode
  • Kemaskini jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
  • Kemaskini Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Passport jika berkenaan.
  • Kemaskini email di ruangan Email
  • Jika tiada email, tidak mengapa kerana ruangan ini tidak wajib

Korang perlu mengemas kini aplikasi GERAK Malaysia kepada versi terkini bagi membolehkan korang membuat permohonan rentas negeri melalui aplikasi tersebut.

Bagi mereka yang tiada kemudahan internet boleh mendaftar diri di Balai Polis berhampiran/ berdekatan dengan syarat membuat membuat temu janji dahulu dengan pihak balai polis tersebut


Semak Residential Address

Sila semak maklumat Residential Address yang korang masukkan sebelum ini.
Sila pastikan bahawa korang memasukkan:

  • Alamat yang TERKANDAS di kampung atau
  • Alamat destinasi di bandar


Bagi sesiapa yang telah tersilap mengisi ruangan Residential Address dengan lokasi destinasi, korang perlu kemaskini dengan meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS. Sila aktifkan GPS (Penting) jika ingin permohonan diluluskan.

Alasan Untuk Pergerakan

Pastikan korang pilih alasan yang kukuh untuk buat pergerakan rentas negeri Gerak Malaysia.
Semasa proses pendaftaran dan permohonan sebelum ini, korang akan dipaparkan dengan mesej "Please select a valid reason of travelling out of your home".

Pilihan yang ada ialah:

  • Emergency Activity
  • Medical Treatment
  • Essential Activity
  • Essential Shopping
  • Interstate Travel

Sekiranya korang tersilap buat pilihan dalam proses permohonan tempohari, sila kemaskini dengan memilih Interstate Travel.

Tarikh & Jadual Perjalanan Semasa PKP

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon Gerak Malaysia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.


Hubungi Gerak Malaysia Untuk Maklumat Lanjut

Jika korang mengalami masalah teknikal, dan memerlukan maklumat lanjut berkaitan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email seperti yang disenaraikan di bawah :

  • info@gerakmalaysia.gov.my
  • feedback@gerakmalaysia.gov.my
  • maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
  • aduan@gerakmalaysia.gov.my
  • complaint@gerakmalaysia.gov.my

Korang juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my.

#SisSharing
MOga ianya memberi manfaat buat korang semua.
Sumber copy sana sini..


P/S: Semoga dipermudahkan semua urusan korang semua dan juga urusan anak Sis. Aamiinn..

21 comments:

  1. moga dipermudahkan urusan kakak nanti..ameen ameen...

    ReplyDelete
  2. Peluang yang ada ini manfaatkan betul-betul.Moga urusan anak Sis dilancarkan Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terkandas nak balik ke rumah masing-masing. AAmiin...

    ReplyDelete
  4. Moga semua yang terkandas di universiti atau yang perlu balik ke rumah tu dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  5. smoga yg terkandas di kampung tu dipermudakan urusan utk pulang ke bandar, tq for sharing cara semakan ni

    ReplyDelete
  6. Ingat lagi masa mula-mula dia kenakan PKP. Ramai pelajar beratur panjang dekat balai polis. Saya pun malam tu terus balik. Mudah dahlah sekarang ada apps ni.

    ReplyDelete
  7. memang mudah kalau ada permohonan online macam ni, takdelah nak menunggu lama untuk isi borang dan menyediakan dokumen, semoga dipermudahkan urusan hendaknya

    ReplyDelete
  8. Thanks sebab sharing info nie - boleh Rawlins share ngan kawan yang terperangkap kat kampung takleh balik KL

    ReplyDelete
  9. Ada cikgu tuition anak masih terkandas di UKM. Harap cikgu tu boleh balik kg sebab ramadan berjauhan dari keluarga dengan hal covid 19 ni kesian rasanya....

    ReplyDelete
  10. Moga bermanfaat bagi yang memerlukan permohonan gerak Malaysia ni,dengan info ni moga dipermudahlan urusan semua. Saya Alhamdulillah Kampung dekat sebelah daerah sahaja masih dalam Negeri yang sama, tapi tak tahulah lepas tak balik beraya tahun ni.

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan urusan bawa balik anak Sis Lin. Kalau kena kat eiza, memang risau selagi anak tak balik.

    ReplyDelete
  12. Waaa kita tak layak nak apply kat Gerak Malaysia ni nak balik kg nak duduk sana rindu masakan mak kita waaaaa. Dah lah kerajaan umum raya tak boleh balik kg hurmmm lagi muram kita kat rumah ni sorang-sorang waaaaaaa...

    ReplyDelete
  13. Inila peluang bagi mereka yang terkandas dekat sesuatu tempat. Masa ni la boleh balik. Tapi kene fikir betul2 untuk buat keputusan. Sebab dah balik tak boleh balik semula. Kene sehala. Sedih tak dpaat balik kampong. Harap anak sis dipermudahkan

    ReplyDelete
  14. Moga dipermudahkan untuk kita. saya pulak rasa bersyukur sempat balik sebelum pkp tempohari. kalau x tak tahu macamana nasib dok kt KL tu.

    ReplyDelete
  15. info yg bermanfaat..tq..semoga dipermudahkn segalanya untk ank akak pulg..

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang bagus. Harap memberi manfaat kepada mereka yang ingin memohon pergerakan ni. Saya duduk sajalah di rumah tak pergi mana mana.

    ReplyDelete
  17. oo boleh buat secara online. saya tak kemana-mana, jadi memang tak ambik tau bab ni. thanks for info

    ReplyDelete
  18. Oh permohonan online je. Thanks sis, detail perkongsian sis, sangat bermanfaat buat mereka yang tercari² info ni.

    ReplyDelete
  19. Bagusnya dorang buat apps mcmni senang nk monitor pergerakan org. Wlpun mcm invade privacy tapi buat sementara waktu ni jln tbaik utk hindar covid spread

    ReplyDelete
  20. Banyak langkah yang perlu diikutinkan. Cara macam ni memudahkan pihak kerajaan nak monitor juga

    ReplyDelete
  21. Bergunanya dia buat apps mcm ni, senang utk control covid spreading.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.