Header Ads


LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADHAN 2020/1441H


LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADHAN 2020/1441H | Bak kata sesaorang kepada Sis ketika Sis nak update posting ni, katanya 'Bertahun-tahun hidup takkanlah Lafaz Niat Puasa Ramadhan pun tak ingat'. Bukan tak ingat, tapi salah ke jika kita tulis dan update balik sebagai panduan dan juga peringatan kepada mereka yang mungkin kelupaan dan tidak sedar yang Bulan Ramadhan bakal tiba satu hari je lagi ni, tak salah kan?.

Iyaa, kalau search dalam blog Sis ni, dah banyak kali Sis update pasal Lafaz Niat Puasa Ramadhan ni, tapi takpe, kita sama-sama mengingati dan memberitahu, juga sebagai rujukan diri sendiri mana yang salah mana yang betul. Tak salah pun, ilmu tu kalau nak korek, sampai ke tua pun tak habis. Selagi mampu, tambah ilmu, tak kisah ilmu baru atau ilmu baru, janji ianya memberi manfaat kepada semua, dengan diri kita juga dapat pahalanya.

Jadi, jom sekali lagi Sis kongsikan kepada semua Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan yang akan kita sambut pada Jumaat 24 April 2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441H. So esok malam dah mula terawikh dan mula baca niat, InsyaAllah ..


Apa Itu Puasa 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sungguh mulia dan barakah bagi Umat Islam kerana pada bulan ini semua umat Islam yang cukup syarat diwajibkan menjalani ibadah puasa di siang hari selama sebulan sebelum meraikan Syawal.

Ibadat Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai “menahan diri“. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dari perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“.

Panduan Lafaz Niat

  • Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka atau selepas terawikh.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malam esoknya, mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haid, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat setiap hari apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, mula balik dengan melafaz niat setiap hari bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki.


Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan

 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 


Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadhan

  • Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
  • Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama Islam.
  • Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
  • Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekali gus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
  • Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.
  • Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
  • Kedatangan Ramadhan ada keistimewaan kerana dianjurkan ibadah solat tarawikh. Disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu individu muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.
  • Puasa yang dilakukan dengan sempurna dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu, Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
  • Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (semata-mata kerana Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lalu — Hadis riwayat al-Bukhari
  • Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta dirantaikan syaitan.
  • Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
  • Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT bagi orang-orang yang menghidupkannya dengan amal ibadah.

Semoga ianya memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah ..

Marhaban ya Ramadhan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2020 (1441 Hijrah)
Dari admin Aku Sis Lin ❤


P/S: Jangan lupa set jam waktu bangun Sahur ya ibu-ibu..hehehe..

14 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan 1441 H sis lin dan keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga buat Sue sekeluarga...

      Delete
  2. Allahuakbar.Esok malam dah mula solat sunat taraweh kan Sis..alhamdulillah.Salam Ramadha untuk Sis sekeluarga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC, malam ni tengok anak bulan kan, tapi insyaAllah esok dah mulalah Ramadhan ..

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Selamat bepuasa dan beribadah pada bulan yang mulia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga Wak, maaf salah silap ya..

      Delete
  4. Moga dipermudahkan buat kita kali ni.. Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, aami.., selamat berpuasa Lea..

      Delete
  5. Selamat menyambut ramadhan al mubarak

    ReplyDelete
  6. Ramadhan kareem!
    Selamat menyambut Ramadhan buat sis sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga buat Puan Hazel..maaf salah silap yaa..

      Delete
  7. aku puasa hari pertama sampai pukul 5 petang aje... -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa nyambut setengah hari le ko ek hehehehe...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.