Header Ads


CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS DAN MUDAH FAHAM


CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS DAN MUDAH FAHAM | Tiba bulan ramadhan ni, memang menjadi salah satu ibadah yang paling dinantikan oleh masyarakat beragama Islam di seluruh dunia adalah solat sunat terawih.

Kalau sebelum ini bukan semua dalam kalangan kita yang berpeluang untuk mengerjakan solat terawih ini di masjid kerana kesibukkan masa dan kerja, balik rumah pun dah lambat, so hanya buat sendirian, tapi untuk tahun ni, apabila negara wabak Covid19 ni, seluruh Malaysia malah satu dunia sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), makanya tidak di benarkan solat berjemaah di mesjid/surau. Ini sangat menyedihkan...tapi semuanya demi kebaikkan bersama.

Akan tetapi, tempoh PKP ni sedikit sebanyak ada hikmahnya. Salah satunya, kita dapat menunaikan solat jemaah fardhu dan juga terawih di rumah bersama keluarga. Jika sebelum ni agak jarang berjemaah, so kali ni, hargailah masa bersama.

Sis ada baca banyak persoalan dan kemuskilan mengenai solat terawih ni. Kalau ikut Sis, memang dari dulu sampai sekarang hanya tunaikan secara ringkas dan mudah untuk kita faham dan baca surah yang mudah kita hafal sahaja. Jangan susah-susah hingga membebankan kita sampai taknak buat terus. Buat ringkas, janji niat tu sampai.

Kalau korang ada baca Facebook Ustaz Khairul Anuar Basri, Ustaz ada berkongsi syarat paling basic dan juga tips untuk solat terawih secara berjemaah di rumah bagi individu yang pertama kali menjadi imam terawih. Memang ringkas dan mudah faham. So Sis kongsikan di blog Sis sebagai panduan dan rujukan Sis dan juga buat korang semua.


Cara Solat Terawih Di Rumah Yang Paling Ringkas Untuk Imam Amatur

  • Solat terawih ni lepas solat Isyak tau. Jangan pi mengigau solat terawih sebelum solat Isyak. So, mulakan dulu solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarga.
  • Selesai solat Isyak, boleh la kalau nak berdoa dulu dan solat 2 rakaat selepas Isyak. Kalau taknak semua tu, terus bangun untuk solat terawih pun boleh.
  • Ambil bilangan rakaat paling minimum iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat tau.
  • Sebelum mula solat terawih, pusing belakang mengadap makmum. Cakap biar jelas; “Kita nak solat solat terawih ni. Get ready semua ye!”.

Tatacara solat terawih paling ringkas

  • Lafaz niat solat terawih ialah; “Sahaja aku solat terawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allāhu akbar!
  • Solat la 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Lepas tu naik lagi untuk solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Dah 4 rakaat kan?
  • Lepas dah selesai 4 rakaat, ambil la masa sikit untuk rehat. Boleh la kalau nak betulkan urat saraf tu yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh. Tapi jangan la lama-lama pulak ye.
  • Then, sambung lagi 2 rakaat. Kemudian lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.

Surah-Surah Yang Ringkas 

Sebab solat terawih ni 8 rakaat, dicadangkan membaca surah-surah berikut selepas Surah Al-Fātihah pada setiap rakaat. Boleh je imam nak ruku’ terus lepas habis baca Al-Fātihah. Sah je solat. Tapi pelik sangat la pulak.

Surah-Surah yang sama ni, boleh recycle pada setiap malam.

  1. Rakaat pertama - Surah Al-Mā’ūn (أرءيت الذي يكذب بالدين)
  2. Rakaat kedua - Surah Al-Kautsar (إنا أعطينا كالكوثر)
  3. Rakaat ketiga - Surah Al-Kāfirūn (قل يأيها الكافرون)
  4. Rakaat keempat - Surah An-Nasr (إذا جاء نصر الله والفتح)
  5. Rakaat kelima - Surah Al-Masad (تبت يدا أبي لهب وتب)
  6. Rakaat keenam - Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
  7. Rakaat ketujuh - Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
  8. Rakaat kelapan - Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)

Soalan Lazim Mengenai Solat Terawih 

Kalau nak baca surah-surah lain boleh tak?

  • Boleh je.
  • Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi imam tu.
  • Nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh.

Kalau tak hafaz surah-surah ni boleh tak tengok Quran?

  • Boleh je sambil solat imam buka Quran letak kat depan dia. Tapi kalau dah alang-alang buka Quran, bacalah ayat lain yang panjang sikit ye tak?

Lepas solat terawih nak kena solat witir tak?

  • Terpulang.
  • Nak solat terus boleh, taknak solat terus pun boleh.
  • Buat sendiri-sendiri boleh, buat secara berjemaah pun boleh.

Selang antara 2 rakaat solat terawih tu nak kena baca apa-apa selawat ke?

  • Terpulang.
  • Nak baca boleh, taknak baca pun tak apa.

Lepas 4 rakaat kan kita rehat. Nak kena baca doa apa-apa tak?

  • Terpulang.
  • Nak baca boleh, taknak baca pun boleh

Rasa-rasanya itu la yang paling basic. Kalau tak faham boleh bertanya. Tapi nasihat Ustaz jangan tanya. Sebab nanti kalau tanya, mungkin akan jadi lebih susah pulak nak buat solat terawih ni berjemaah. Tak pun, mungkin akan susah hati bila tahu jawapan untuk soalan yang ditanya tu tak sama dengan pemahaman kita.

Baca, fahamkan, Ikut cara yang betul, janji tatacara solat dan niat tu betul dan mudah faham untuk diri sendiri kata Ustaz. So, bagi ibu-ibu bolehlah share tatacara ni pada Suami dan anak lelaki ye.. janganlah sampai solat sorang-sorang. Takut ada yang mengelat tak solat pulak. Hehehehe..

Solat la terawih. Jangan tinggal. Bulan Ramadhan ni je ada solat terawih. Solat pulak secara berjemaah. Baru dapat pahala berlipat kali ganda.

Tak tau belajar, korek ilmu, jangan tak tau tapi malu bodoh sombong taknak tanya. Sis sendiri dengan Suami pun walau dah hidup bertahun lamanya, tetap juga cari, baca lagi ilmu solat terawih ni, ye laa sambil perbaiki apa yang kurang dan apa yang lebih baiknya.

Belum terlambat lagi. Semoga bermanfaat buat korang semua.
#SisSharing ..


P/S: Korang beli baju raya ke? Ermmm....

6 comments:

  1. baju raya? mungkin tidak..recycle je apa yang ada, bukan org ingat pun baju kita tu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann, tak rasa pun nak membelinya lagi...kebetulan sebelum PKP tu dah beli dah...

      Delete
  2. aha begitulah yang aku selalu buat kalau solat sunah terawih sendiri di rumah...simple aje sebenarnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sunn...aku pelik kat group aku duk bercakap tak sudah-sudah pasal solat terawih ni..benda senang buat apa nak di susahkan...

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Dah naik pangkat jadi imam tarawih kat rumah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.