Header Ads


RESEPI UDANG GORENG BUTTER CEREAL YANG MUDAH DAN SEDAP


RESEPI UDANG GORENG BUTTER CEREAL YANG MUDAH DAN SEDAP | Ini antara menu yang dah berapa kali buat dah dalam bulan ni. Suami rajin beli udang besar-besar, so anak memang sukalah kalau udang tu di masak butter cereal atau oat. Tapi sebab oat dah habis, kita guna cereal ni.

Prawn Cereal ni Sis beli di Hero Market Pusat Bandar. Senang beli macam ni, sebab dia dah sedia ada garam dan serbuk perasa, so korang jangan letak banyak sangat garam. Rasakan dulu, kalau tak cukup asin, baru korang tambah garam.

Cereal ni macam nestum dan oat juga, sejenis bijirin, cuma dah ada perasa dalam cereal tu, memang sedap. Beza kalau korang guna nestum atau oat tu. Rasanya mana-mana pasaraya ada kot menjualnya. kalau area Johor, boleh cari di Hero Market.

Menu ni atas permintaan anak-anak juga Suami sewaktu sehari sebelum ramadhan haritu. Masing-masing katanya nak makan 'over' sebelum puasa, so suruh masak sedap-sedap lain dari yang lain. Yang Ayahnya kebetulan baru balik dari Pasar, bawa ikan segala macam jenis, sampai tak muat nak sumbat peti ais tu, Sis sumbat gak sampai muat hahahaha. Tu yang nampak udang besar Ayahnya beli. Terus anak kata masak Udang Goreng Butter Cereal.

Makanya terjadilah menu seperti di bawah ini. Harini ada rajin, Sis taip resepinya, korang bolehlah mencubanya. Senang oii..bahan tepi rumah aje tu hahahahaha..


Tu tengok tu dalam gambar tu, tu je laa bahan yang ado. Senangkan? Siapa kata susah, Sis piat telinganya hahahaha..

Bahan-bahan :

  • 15 ekor udang (ikutlah suka korang ek)
  • Sepeket prawn cereal (guna setengah aje)
  • Beberapa tangkai daun kari
  • 2 sudu mentega
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • Bawang Besar selabu di cincang
  • Bawang putih 3 biji di cincang
  • Cili padi 5 batang di cincang (ikutlah pedas memasing)
  • Serbuk perasa


Cara Memasaknya :

  • Gorengkan udang separuh garing terlebih dahulu. Dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan mentega. Dam masukkan daun kari dan juga bahan yang di cincang.
  • Tumis semuanya sehingga garing dan naik bau. Taburkan perasa seperti garam atau pak aji (kalau nak) sedikit. 
  • Masukkan udang dan gaul sekejap. 
  • Tutup api. Kemudian masukkan cereal dan gaul semuanya hingga sekata tanpa nyalakan api dapo.
  • Setelah sebati dan kering. Sedia untuk dihidang.

Ada sorang kawan Sis kata, lepas ni try masak resepi ni, kulit udang semua di buang kalau udang besar, katanya lagi sedap, sebab meresap dalam isi udang. Ermmm macam menarikkan..nanti boleh cuba. Sebab ada sekilo lagi tu udang besar Ayahnya beli kelmarin...Konon beli untuk tunggu anak sulungnya balik Johor...so tunggu kakak balik baru kita masak ya..


Ini lah kejadiannya. Cuma masa tu Sis masak, agak terlebih letak mentega, so terlalu nampak basah, jadi udangnya tak berapa nak kering. Rasanya Sis letak 3 sudu, so kalau korang nak buat kurangkan sikit mentega tu, Sis letak dalam resepi tu 2 sudu aje, tu dah okay dah. Nanti udangnya kering dengan cereal tu baru cantik kejadiannya.

Frust gak macam tak berapa nak jadi, tapi perghhh rasanya...nasib baik mengancam!! Sedap hingga menjilat jari anak-anak makan hahahaha..

Bukan nak puji sendiri, tapi itulah realitinya hehehehe. Suami pun kata sedap, sebab dia kurang gemar seafood, tapi haritu masak hampir 3 ekor gak dia makan, alhamdulilah. Padahal ada lauk lawannya, Asam Pedas Ikan Pari hehehehe..

Seronokkan kalau masak, then orang makan, kemudian makanannya licin, bahagia rasa...cuci pinggan pun sambil tersenyum gitu...ececece...

Okaylah, ni menaip sesambil menunggu Kari Ikan Pari atas dapur mendidih. Korang masak apa hari ini? Selamat berbuka ya!


P/S: Rasa macam cepat betul 4 Ramadhan kan? .. ermmmm

14 comments:

  1. Memang nampaklah kesedapannya
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa alhamdulilah Wak, udang besar jadi sedap menunya...
      Selamat berbuka juga Wak..

      Delete
  2. Ya Allah mengundang betul la sis. Mek kita tak bagi kita makan udang. takut sakit operate 2 tahun lepas boleh terinfection katanya. hahaha. tp kita makan je. dia je risau lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha masak apa harini Madi?
      Ooo sama laa Mak Sis dan Suami, bebel gak makan udang selalu, sebab takut operation lama tu jd effect, tapi sejenis Sis Lin, degil gile, bedal jer hahahaha

      Delete
  3. Huih sedap ni kak, mau bertambah makan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, berekor-ekor makannya Dana hahaha

      Delete
  4. Waduh sedapnya melingkar udang tu. Ni dah boleh join segment mama Ni.. jemput la join ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Mama, nanti Lin join ya, tunggu resepi yang sedap sikit lagi hahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Kannn, masak penuh kasih sayang, sedap aje hehehe

      Delete
  6. Wahh tambah cereal tu. belum pernah buat lagi. Bolehlah cuba cuba tambah cereal kalau masak menu ni. Memang bahagia kalau orang puji masak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sedap woo tambah cereal tu, nanti kalau jumpa beli, rasa dia sedap, mananya tak licin hehehe

      Delete
  7. ini tak jadi yang tak layak masuk Masak Apa Tak Jadi Hari Ni sebab nampak menjadi aje..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha takde makna aku nak post kat situ oii, kang kena kecam sebab lain dari yang lain..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.