Header Ads


CARA MEMBUAT DONUT GEBU PALING SENANG HANYA ULI GUNA TANGAN


CARA MEMBUAT DONUT GEBU PALING SENANG HANYA ULI GUNA TANGAN | Harini Sis nak kongsikan resepi Donut Gebu paling senang hanya uli dengan tangan aje. Yaa tapi bukan Sis yang mengulinya, anak Sis,Yana yang membuatnya hehehe.

Anak bujang Sis nak sangat makan donut, so anak Sis,Yana kata..takpe biar dia buat sendiri, dia kata dia jumpa resepi Donut Gebu di facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) dan katanya senangnya nak buat. Mula katanYa nak ikut resepi Donut Mat Gebu. Tapi katanya tak ada baking powder plak, so terjumpa resepi yang ini lagi senang. Sis kata, sukahati laa nak ikut resepi mana, janji jadi Donut, bukan jadi Lempeng hahahaha.

Bila anak dah mula nak membuatnya, apalagi Emaknya hanya mampu tukang amikkan gambar dan tukang kongsikan di blog ni aje. Ye laa kot nanti ada yang menggoogle-kan, senang le nak mencarinya. Esok-esok kalau nak buat lagi, rujuk aje blog sendiri, kan mudah tu. Tu gunanya kita kongsi.

Okaylah jom kita lihat cara dan bahan untuk membuat Donut Gebu. Haaa lagi satu, Donut Gebu ni korang uli guna tangan je, tak payah Bread Maker ke Mixer ke, mesin roti ke, hanya guna tangan hehehe.


Resepi Membuat Donut Gebu 

Bahan Penaik Donut (Yis):

Sepaket mauripan (yis)
Air suam satu cawan
Susu pekat 3 sudu (tak kisah brand apa)
Secubit garam
Jug nak membancuh (paling senang guna jug sebab nanti yis naik, dia tak terkeluar)

Cara-Cara Membuatnya - Langkah 1 :

  • Mula-mula satukan yis dan air.
  • Kacau-kacau sampailah yis tu tak berketul/berbiji
  • Kemudian masukkan susu dan secubit garam. Kacau lagi. 
  • Biar dan tinggalkan yis tu dalam setengah jam (30minit) *tak payah tutup jug tu
  • Lepas dah 30minit, korang akan nampak yis tu dah naik sampai ke atas macam dalam gambar atas tu ha hehehe. Kalau jadi macamtu, maknanya yis korang tu menjadi laa naik. 


Bahan Adunan :

5 Cawan tepung gandum (brand apa pun boleh)
3 Sudu Marjerin (Tak kisah brand apa)
3/4 Cawan Air (air suam biasa)

Cara Membuat Adunan Doh : 

  • Masukkan tepung ke dalam bekas dan kemudian masukkan sekali marjerin.
  • Gaulkan tepung bersama marjerin hingga menjadi seperti tekstur serbuk roti
  • Kemudian, masukkan adunan Yis yang dalam jug tu kedalam adunan doh tepung (seperti gambar atas)


Langkah Seterusnya :

  • Gaulkan sebati kesemuanya hingga menjadi doh.
  • Selepas itu masukkan air dan gaul lagi sampai jadi adunan doh. 
  • Guna tangan aje dan uli dan uli.
  • Masa menguli tu memang tepung tu macam lembik dan melekat kat tangan, tapi korang jangan risau, uli aje sampai puashati. Hempuk hanyakk bagi betul-betul sebati. Masa ni lahh kalau ko geram kat EX ko ke, geram kat perempuan 'tak sedar diri tu ke', ko hempukkk situ! Hahahaha..


Langkah Seterusnya :

  • Bila dah siap uli tu,  korang diamkan dia. 
  • Biarkan dalam 30minit dan letak le memana ke janji tak di hinggap serangga. 
  • Senangnya ko tutup je pakai tudung saji katanya. 
  • Selepas 30 minit, adunan korang mesti akan jadi 2 kali ganda besarnya dari yang asal (macam dalam gambar atas tu)
  • Then korang dah bolehlah mencetaknya. 


Langkah Seterusnya :

  • Kalau korang ada acuan donut tu, gunalah acuan.
  • Kalau takde acuan, maka guna ajelah tangan dan jari jemari untuk melobangkannya hehehe.
  • Yaa anak Sis guna tangan semuanya.
  • Nak dapatkan saiz yang sama semua memang susah, tapi jadilah, janji ada rupa Donut tu hehehe. 


Langkah Seterusnya : 

  • Bila dah siap buat cetakan, doh tu akan naik sikit lagi, jangan risau, tu normal lee, so apalagi, masa untuk mengoreng
  • Yaa hati-hati masa nak mengoreng donutnya ya. 
  • Api jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecik sangat, sedang-sedang aja.
  • Kena tengok dan jaga donutnya ketika mengoreng, jangan main handphone manjang, kang ada rentung sebelah.
  • Lepas dah menggoreng, angkat dan lumurkan dengan gula halus.
  • Panas-panas tu ko lumurkan, supaya senang lekat gulanya.
  • Kalau nak sedap, celuplah dengan coklat, atau ikutlah sukahati memasing punya tekak. 



Dan akhirnya, terjadilah Donut Gebu by anak Sis Yana..taraaaa...gebu tak gebu haaa...hehehehe..
Lembut sangat masa mula makan panas-panas tu. Bila dah sejuk, masih lembut cuma kurang aje kelembutannya. Tapi still okay lagi. Ye laaa kalau ko beli donut kat luar tu pun, kalau sejuk, mana ada yang lembut nau, kannn...

Tapi untuk cubaan pertama kali jadi macam ni, kira puashati laa kan, at least jadi gak donut tu. Kemain suka anak bujang Sis, dapat makan donut sepuasnya hehehee.

Siap bagitau Ayahnya, yang Ayahnya kemain menyakat, tak percaya anak tu buat sendiri hahaha.. Esoknya panaskan dalam microwave makan, perghh lagi sedap, lembut balik jadinya, cuma kena salut gula, sebab gula jadi cair hahahahaa..

So korang yang pertama kali nak buat donut, jangan takut, cubalah resepi ni, mesti jadi punya hehehe..kalau jadi, dah boleh buat niaga, sumber rezeki dah di situ.

Terim kasih pada tuan resepi asal yang sudi berkongsi.
Selamat mencuba!!...


P/S: Lepas ni kata anak dia nak buat Roti Canai hahahaha...kita tengokkan jerrr...

12 comments:

  1. wowww.. memang gebu betul donut yana buat tu sis.. dah lama x buat donut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu laa, pertama kali buat menjadi pulak Dilah, alhamdulilah...

      Delete
  2. Tahniah yana.. untung sis ada anak dah besar, boleh jadi geng dapur... sedap pulak tu nampak, lawa kejadian donutnye... Doakan SS dapat baby jugak ye... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, anak perempuan, kenalah pandai serba serbi, tak tau kita jar bagi pandai hahahaha...
      Sis doakan moga SS cepat dapat zuriat ya..aamiinn

      Delete
  3. Selamat mendonat
    memang nampak gebu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe cubalah Wak, boleh buat minum petang hehehe

      Delete
  4. Wowww. Donut menjadikkkk! Hahaha.. memang sedap makan time panas panasss .. ok, tgu roti canaiiii pulokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, ko pun boleh buat Non, tepung banyak kan kat uma ko hahahahah

      Delete
  5. aduhhh teringin pulak aku nak buat lagi donat hari tu...yis ada lagi ni..hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni ko try buat cenggini, mesti menjadi punya hehehehe

      Delete
  6. mudah nampaknya resepi ni, yis dah ada tapi masih duk cari resepi yang senang nak buat, resepi ni simple nampaknya boleh ikut cara sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sangat mudah dan sonang, try le buat, mesti menjadi punyaaa...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.