Header Ads


HANDPHONE KITA TU PUN KENA BERSIHKAN SELALU UNTUK ELAK COVID-19 MELEKAT!


HANDPHONE KITA TU PUN KENA BERSIHKAN SELALU UNTUK ELAK COVID-19 MELEKAT! | Benda ni sejujurnya, jika yang mengenali Sis, kalau tak sebab wabak virus Covid-19 ni, Sis orangnya memang suka bersihkan handphone, kekadang tu tengok handphone kawan, anak atau Suami sendiri yang melekat-melekat minyak dekat skrin tu pun, Sis ko gerammm, amik dan lapkan. Mata ni rimas nengok skrin macam melengas gitu.

Orang lain Sis tak tau, so amalan membersihkan handphone ni memang sejak dulu Sis amalkan. Sikit-sikit nak lap, sampai anak kata, lama-lama 'haus' telefon Mak tu,hehehe. Bila dah bersih skrin luar dan dalam (kalau pakai casing), satu nikmat mata yang cerah bila ko nengok handphone sendiri tau. Kalau tak, adeii nak slide kat skrinpun macam 'geli'...

Gila tak geli, sendiri pegang sana sini, then ko pegang plak handphone, ko angkat telefon letak kat telinga, tepi muka kena pipi ko, then ko pegang lagi, lepas tu time makan pun ko pegang lagi handphone, silap-silap masa berak pun ko pegang handphone, so tak ke handphone tu lebih mudah terkena bermacam virus, termasuk juga virus Covid-19 ni. Ada fikir tak?.

Sama juga komputer dan laptop kita. Untuk laptop Sis gunakan wet tissue Antabax tu ha, dia membunuh kuman dan bakteria, cuma ko nak bersihkan, ko pastikan laptop atau komputer ko OFF. Jangan time ON ko bersihkan, sebab wet tissue tu kan lembab, untuk keselamatan juga.

Kalau handphone, Sis gunakan kain lap cermin mata tu. Kemana-mana Sis pergi mesti ada kain tu, memang letak dalam setiap handbag Sis. Kalau takde guna tisu, tapi gosok pelan-pelan, sebab tisu agak kasar sikit berbanding kain cermin mata tu. Nak-nak kalau ko lap kat lens tu, hati-hati ya.

Cumanya janganlah sampai ko nak rendam handphone ko dalam cecair pembasmi nyahkuman plak ek hahahaha haru lee ko...

Sis nak kongsikan artikel dari hello Doktor ni untuk korang baca berkenaan apa tajuk yang Sis tulis tu, yang ni lebih terperinci penerangannya.

Selamat membaca.


Apabila wabak COVID-19 mula melanda, ramai di antara kita yang sudah mula mengambil berat berkenaan soal kebersihan diri dan sekeliling. Ada yang mula mencuci tangan dengan kerap, mula memakai topeng mulut dan hidung malah ada juga yang bertindak melakukan pembasmian kuman pada barang yang dibeli walaupun ia sebenarnya tidak perlu.

Ada yang lebih ekstrem, mencuci sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang dibeli dengan menggunakan sabun, kononnya untuk menyingkirkan virus COVID-19. Dalam kesibukan mencuci barangan seperti itu, ada satu benda yang mungkin anda terlepas pandang untuk dibersihkan. Apakah barangan tersebut?

Ia adalah telefon bimbit korang. Walaupun telefon korang kelihatan bersih, hakikatnya ia tidaklah seperti yang disangkakan. Bagaimana untuk membersihkan telefon bimbit?

Mengapa saya perlu bersihkan telefon bimbit?

Virus COVID-19 ini boleh bertahan hidup dalam persekitaran yang memiliki suhu bilik. Tempoh kelangsungan hidup virus ini juga bergantung kepada permukaan tempat ia berada seperti besi, kaca, seramik dan juga plastik.

Berikut adalah tempoh masa virus ini boleh terus hidup pada permukaan tertentu.


Bagaimana pula virus ini boleh berada pada telefon bimbit?

Ia boleh terjadi dalam dua keadaan.

  • Apabila telefon bimbit korang terkena titisan cecair daripada seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 seperti batuk dan bersin.
  • Apabila virus tersebut berpindah daripada tangan korang setelah menyentuh permukaan-permukaan tertentu di tempat awam seperti tombol pintu, butang lif dan lain-lain lagi. 

Oleh itu, terdapat kemungkinan telefon bimbit korang juga mempunyai virus COVID-19 ini sekiranya korang tidak mencuci tangan selepas menyentuh sesuatu permukaan. Begitu juga apabila korang berada berhampiran dengan mereka yang dijangkiti.

Tetapi ingat, tangan korang juga bukanlah punca terbesar virus ini berpindah ke telefon korang. Ia juga mungkin berpindah dari wajah korang sewaktu korang membuat panggilan telefon.

Bagaimanakah cara untuk bersihkan telefon bimbit saya?

Sebelum mula mencuci telefon secara semberono, korang disarankan untuk merujuk kembali kepada laman web pengeluar atau pengilang telefon bimbit korang. Kadangkala, pengeluar akan memberikan arahan khusus berkenaan cara terbaik mencuci telefon bimbit agar ia tidak merosakkan telefon.

Selain itu, korang juga mungkin boleh melihat kepada kotak atau manual penggunaan telefon bimbit tersebut berkenaan cara bersihkan telefon. Bagi kebanyakan telefon bimbit, berikut merupakan antara kaedah umum untuk bersihkan telefon agar ia lebih bersih dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan:

  • Tanggalkan kesemua plug atau kabel terlebih dahulu.
  • Gunakan kain yang lembut sahaja.
  • Jangan sesekali menggosok telefon bimbit dengan cara yang kasar.
  • Jauhkan telefon bimbit daripada sebarang cecair.
  • Pastikan tiada sebarang cecair atau kelembapan daripada memasuki mana-mana lubang pada telefon.
  • Jangan gunakan semburan aerosol dan cecair peluntur kerana ia boleh menghakis telefon bimbit korang.

Bahan apakah yang boleh digunakan untuk bersihkan telefon bimbit saya?


Bukan semua bahan pencuci boleh digunakan untuk mencuci telefon kerana sifat telefon itu yang sangat sensitif. Korang perlu menggunakan produk berasaskan alkohol kerana cecair sabun biasa boleh menyebabkan kerosakan pada telefon korang.

Selain mencuci telefon, berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh korang lakukan untuk mencegah jangkitan COVID-19. Antara bahan yang boleh digunakan untuk tujuan mencuci telefon ialah ethanol, isopropyl alcohol, hydrogen peroxide dan juga sodium hypochlorite.

Namun, daripada kesemua jenis bahan tersebut, isopropyl alcohol adalah bahan yang paling kurang berbahaya terhadap salutan oleophobic yang terdapat pada telefon bimbit korang. Oleophobic adalah salutan yang membolehkan korang menyentuh skrin telefon tanpa perlu meninggalkan banyak kesan cap jari selain membolehkan korang mencuci skrin dengan lebih mudah.

Korang boleh menggunakan produk yang mengandungi kandungan isopropyl alcohol seperti tisu basah atau alcohol swab untuk bersihkan telefon korang.

Jadikan produk berasaskan ethanol dan hydrogen peroxide sebagai pilihan terakhir untuk bersihkan telefon bimbit. Ini kerana, jika korang menggunakan kedua-dua bahan ini dengan kerap, ia boleh merosakkan lapisan oleophobic tersebut.

Berapakah kepekatan kandungan alkohol yang sesuai digunakan?

Kepekatan kandungan alkohol yang paling sesuai untuk bersihkan telefon korang adalah antara 70% hingga 80%. Alkohol tulen dengan kandungan 100% alkohol akan meruap dengan sangat cepat, oleh itu ia tidak sesuai untuk digunakan. Untuk hasil yang terbaik, larutan alkohol perlulah berada pada permukaan telefon selama sekurang-kurangnya 1 minit.

Walau bagaimanapun, bagi kepekatan alkohol yang lebih rendah daripada itu, ia mungkin tidak berkesan dalam membunuh virus. Oleh itu, pastikan bahawa produk yang korang gunakan mempunyai kepekatan kandungan alkohol sekurang-kurangnya 70%.

Kesimpulannya

Jangan terkejut jika kuman yang berada pada telefon bimbit korang sebenarnya lebih banyak berbanding tempat duduk tandas di rumah korang. Ini kerana perpindahan mikroorganisma banyak berlaku daripada tangan korang kepada telefon bimbit.

Pada saat wabak COVID-19 sedang melanda, mencuci telefon bimbit adalah antara satu langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ia bukan wajib tetapi pertimbangkan untuk bersihkan telefon korang sekiranya terkena rembesan cecair tubuh individu lain, atau selepas korang menyentuh mana-mana pemukaan di luar rumah. 

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

So jaga diri, #KitaJagaKita 

P/S: Sis tak setuju kedai Dobi dan kedai gunting di buka buat masa ni! Dah masuk fasa 3 PKP, kenapa sekarang??? ...

15 comments:

  1. yeee, telefon kita adalah rumah bakteria yang paling utama sebenarnya...kena la selalu bersihkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, aku geram nengok handphone Laki aku, dia balik je aku terus amik dan lap cuci bersih hahahaha rasa nak rendam dalam klorox je hahahaa

      Delete
  2. handphone pn kena slalu cuci juga sbb kdg2 habuk lekat kita pn tk nmpk..nk2 plak musim covid ni lg la nk kena belek2 slalu..tq for sharing info

    ReplyDelete
  3. Semua nak kena jaga la time Covid ni. Kebersihan menjadi keutamaan. Bagus kan lap skrin sebab rimas juga kalau belengas tu.

    ReplyDelete
  4. Betul tu. ada baca artikel. telefon lah paling banyak bakteria. nowdays dah ada kesedaran so dah selalu spray dengan disinfectant

    ReplyDelete
  5. Tak terfikir pula yg ni. Aisey my bad. Terima kasih kongsi tips panjang lebar. Lepas ni nak bersihkan juga lah

    ReplyDelete
  6. Betul tu sis lin, za selalu amalkan cuci dgn alcohol swap tu.. Sbb kita slalu pgg phone.. Pastu ltak kt muka.. Naik jerawat la uols.. Haha. Kena bersihkan selalu.. Laptop pun

    ReplyDelete
  7. Hahah ade je orang yang bawk masuk masa nak berak..hahaa..bukan saya la..ornag lain..telefon pun kene bersihkan ..betul tu..kit atak tau bakteria yang hinggap kat tepon

    ReplyDelete
  8. Betul tu, pegang handphone lebih banyak dari benda lain. Mmg kn bersihkan la. Nak cari la bahan yg sesuai utk bersihkan phone. Adoi scaryla..moga kita semua selamat.

    ReplyDelete
  9. Baiklah nanti saya akan bersihkan handphone saya dengan lebih kerap lagi... sebabnya saya selalu juga bersihkan dengan tisu basah antibakteria.

    ReplyDelete
  10. so far, pkp ni aida keluar 2 kali. ke mydin dan ke ofis.
    memang aida x pegang phone langsung, sis. paranoid sendiri!!!
    masuk kereta. pakai hand sanitizer, terus balik rumah. takot!!!
    we can never know kan kat mana virus tu ada.
    balik rumah terus mandi. but this tips very useful. kena folo!

    ReplyDelete
  11. Thanks for reminder sis lin! Tu la kalau suami keluar rumah je, balik rumah semua benda sanitize termasuk brg2 yg dibeli, handphone pun sama kena bersihkan juga...

    ReplyDelete
  12. Kita tak suka tengok handphone yang berlengas2 tu. Kat skrin selalu jadi nak nak bila sembang lama dekat telefon kan.
    Memang kena bersihkan selalu.
    Dan fon ni memang kena jaga betul betul. Sebab bakteria pun mudah merebak dari situ.

    ReplyDelete
  13. Mmg betul tepon bimbit pun kena bersihkan hendaknya time COVID19,anak2 kak pesan phone bersihkan selalu jika kyar rumah tp kak xkuar2 rumah pun sejak PKP ni..

    ReplyDelete
  14. samalah! zul pun jenis tak boleh tengok telefon dengan casing kotor ni. rasa rimas dan tak selesa, selalu cuci pakai kain microfibre supaya tak calar.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.