KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA


KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA | Salam 1 Ramadhan buat semua. Korang makan Sahur apa tadi haa? Pagi ni bangun Sahur rasa macam sayu je rasa. Yaa Ramadhan kali ini berbeza sungguh rasanya kan, kita dibayangi oleh kebimbangan wabak Covid19 dan tersangat berhati-hati dalam menjalani kehidupan harian kita, betul tak?. Semoga wabak ini cepatlah hilang bagi membolehkan kita dan seluruh umat Islam boleh menjalankan ibadah dengan tenang dan khusyuk.

Umat Islam di tanah air biasanya menyambut Ramadhan dengan pelbagai gaya dan cara. Macam Sis semalam, bersih-bersihkan rumah, kebetulan Suami ada, so kami semua bekerjasama bersihkan rumah bagi memudahkan kerja harian kalau tengah puasa nanti. Takde la terlalu banyak kerja nak buat. Sekali kemas, makk aii banyaknya sampah nak buang hahahaha.

Cumanya, Ramadhan kali ini sangat berbeza dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Sis sendiri tertanya-tanya, adakah wabak Covid19 ini akan berakhir? Hingga kini masih belum lagi menunjukkan tanda-tanda ianya akan berakhir. Tapi jumlah carta pesakit sembuh dan kes baru sudah mula amat berkurang. Ini satu petanda baik bagi permulaan wabak ini akan berakhir. Kita doa bebanyaklah kan.

Besar ujian bulan Ramadhan tahun 2020 ini, tiada solat berjemaah dan terawikh di mesjid/surau, tiada bazar ramadhan, tiada istilah kunjung mengunjung, dan akan tiada juga kemeriahan hari raya seperti sebelumnya yaitu salam bersalaman dan menghulur duit raya. Apa benarkah semua ini akan benar-benar berlaku? Huhuhu... :(

Tapi... apa pun yang berlaku, Sis tetap mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..


Ku Mengharapkan Ramadhan,
Kali Ini Penuh Makna,
Agar Dapat Ku Lalui,
Dengan Sempurna...

Selangkah Demi Selangkah,
Setahun Sudah Pun Berlalu,
Masa Yang Pantas Berlalu,
Hingga Tak Terasa Ku,
Berada Di Bulan Ramadhan,
Semula...

Ku Mengharapkan Ramadhan,
Kali Ini Penuh Makna,
Agar Dapat Ku Lalui,
Dengan Sempurna...

Puasa Satu Amalan,
Sebagaimana Yang DiperintahNya,
Moga Dapat Ku Lenturkan,
Nafsu Yang Selalu,
Membelenggu Diri,
Tiada Henti-henti...

Ku Mengharapkan Ramadhan,
Kali Ini Penuh Makna,
Agar Dapat Ku Lalui,
Dengan Sempurna...

Ku Mengharapkan Ramadhan,
Kali Ini Penuh Makna...

Tak Ingin Ku Biarkan,
Ramadhan Berlalu Saja,
Tuhan Pimpinlah Daku,
Yang Lemah Mengharungi,
Segalanya Dengan Sabar...

Ku Mengharapkan…


P/S: Tadi korang bangun Sahur tak? Ada yang tak tekan suis periuk nasi ke? Hahahaha..

22 comments:

  1. nasi dh masak dr semalam..pagi2 just pnaskan lauk..goreng telur je. mls dh nk brperang msk pagi2..hehe
    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. sdg mengharapkan agar berjaya beribadah dgn lebih giat lg pd ramadhan ni. nak berubah ke arah yg lebih baik. In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  3. Semoga kita kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya walau dalam serba serbi sederhana...salam ramadhan buat sis dan keluarga...

    ReplyDelete
  4. Ramadhan kali ni rs suram sebab takde terawih kat masjid. Hanya buat dirumah je. Kalau sebelum bi meriah je sebab rumah sisyat laluan ke surau. Dari surau, ramai yang singgah rumah dulu sebelum balik.
    Moga kita semua bjaya tempuhi Ramadhan di saat COVID19 ni.

    ReplyDelete
  5. Yep..... Ramadhan this year different compare to years before. However, saya tetap mendoakan semoga semua urusan dipermudahkan. Just be positive.

    ReplyDelete
  6. Nasi dah siap2. Lauk dah siap2 juga jadi cuma nak panaskan je. Kalau pagi2 tu baru nak masak kena bangun lagi awal. Part tak tekan suis periuk nasi tu paling mengerikan....hahaha...

    ReplyDelete
  7. Sayu jer lagu tue kan...harapannya ramadan ini kita lebih mendekatkan diri pada allah...bila ada aje kat rumah bole sentiasa solat ikut waktu dan selalu baca al quran

    ReplyDelete
  8. ramadhan kali ni aayu sangat sebabnya sorang2 je. sahur tadi pun tak makan nasi. moga2 tK raya sorang dirilah huhu

    ReplyDelete
  9. Walaupun Ramadan pada tahun ini agak suram dan kelam sedikit sebab kena duduk di rumah je , tradisi sahur dan berbuka serta tidak lupa solat terawih di rumagh dengan keluarga mesti diutamakan

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadan Sistur.....
    Yeah..moga baik baik je semua...Dengan kuasa Allah, kalau Dia cakap harini, harini Covid tu hapus selamanya.. Keep praying Dan kuatkan Semangat beribadah dalam bulan Ramadan ... Pahala tetap saman berganda di Bulan mulia meskipun Covid melanda...

    ReplyDelete
  11. Selamat menjalani ibadah puasa dan amalan2 yang lainya

    ReplyDelete
  12. Memang kita menyambut bulan Ramadan dalam suasana yang sungguh berbeza. Allah sedang menegur kita dengan penuh kasih sayang. Maka marilah berdoa agar segala amal ibadah kita diterima oleh Allah yang maha esa.

    ReplyDelete
  13. Salam ramadhan utk lin dan keluarga. Ramadhan kali ni mmg agak sedih dan sunyi sikit huhu

    ReplyDelete
  14. Ramadan tahun ini memang sangat bermakna dan juga sangat menginsafkan kita boleh kita berpuasa dan dalam masa sama kena PKP untuk bendung wabak penyakit ini. Harap dapat balik kg tu sahaja dah lama sangat kat sini rundi family....

    ReplyDelete
  15. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan istimewa dalam hiduolp semua orang terutamanya muslim. Ramadhan yang disambut dalam suasana yang sepi dan sayu kerana Covid-19. Sesih pula bila kenangkan masjid masjid sunyi sepi dari solat terawih

    ReplyDelete
  16. Tu dia tnya soalan tekan butang nasi ke tak tu adakah dia juga mangsa nya? Hahhaha slmt kita da masak siap2 sebelum tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa belum pernah berlaku lagi, tapi tu lee Sis tanya, biasa ramai yang terkena gitu kann hahahaha

      Delete
  17. ha ha nasi da confirm masak before tido mlm, sis.
    Tak masak kalu, nguap ler memasing time sahur ha ha ha...
    Ramadhan kali ni bakal bwk makna pd kita semua, sis. Pasti!

    ReplyDelete
  18. Alamak tak boleh dengar lagu nih masa nih, sayu hati, meleleh air mata saya... tiba-tiba nak minta tisu kat orang sebelah ni... Alfatihah untuk kedua Ibu/Bapa selamat berpuasa Sis Lin

    ReplyDelete
  19. suka dengar lagu ni sejak dulu. lagu evergreen. thanks share

    ReplyDelete
  20. Didn't hear before. But thanks for sharing. Hope this Covid 19 will end soon and you all can go and meet your family & friends.
    My prayers with you.

    ReplyDelete
  21. takpe, ko boleh hulur duit raya ke akaun bank aku...hahahhaha!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.