Header Ads


ANEKA JENIS TEPUNG CAMPURAN BESTARI AKU BORONG!


ANEKA JENIS TEPUNG CAMPURAN BESTARI AKU BORONG! | Ni semua gara-gara blogger Bebelan Cik Min laa punya hal, berkali-kali dia tayangnya resepi Salted Egg dia. Mulanya Sis pelik juga, mana dia beli rempah salted egg, sebab Sis tak pernah lagi jumpa. Kemudian komen punya komen, barulah Cik Min tu tunjuk, yang dia guna Tepung Bestari Salted Egg, terus teruja Sis ko okay!.

Tanya anak mana nak cari, anak kata macam jumpa kat Hero Market. Sis dengan tak tunggu lagi, esoknya terus plan nak keluar pi belanja (sehari sebelum puasa), kemudian melilau dalam Hero Market Pusat Bandar tu mencari tepung bestari salted egg bestari ni.

Dan akhirnyaaa...pusing punya pusing, jumpa juga atas rak bahagian tepung-tepung. Kemain suka seorang Sis Lin dalam Hero Market tu hahahaha...


Bila dah jumpa, tak tengok harga dah, main amik je sampai 3 kotak ko, tamak haloba betulkan hahahaha. Arghh janji stok sentiasa ada. Yaa Sis orangnya suka sangat makan benda berasaskan salted egg. Sedangkan telur asin pun pantang nampak, inikan pulak rempah siap macam ni, lagi le teruja nak membelinya.

Mulanya Sis dah belek dah kat Shopee Tepung Bestari ni, memang ada, tapi sebab kita sambung lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, makanya Sis bimbang takut poslaju atau pos seangkatannya, jadi lambat nak sampai ke rumah Sis. Memang dah banyak kali kena dah Sis beli barang dalam Shopee time PKP ni, semua barang sampai dalam masa seminggu. Jenis Sis tak menyabo, so terus fikir, cari dulu kat Hero Market ni, kalau takde baru beli di Shopee.


Tapi...bila dah jumpa, bukan hanya satu kotak aje Sis ko beli hahahaha..sampai 3 kotak Sis ko memborong. Puashati!. Sampaikan masa balik, anak kemas barang belanja, terkejut dia, 'Makk aii Mak, banyaknya Tepung Bestari Mak beli', hahahaha..

Yaaa bukan Tepung Bestari salted egg je Sis beli, tapi....ada juga tepung campuran Bestari yang lain Sis borong hehehehe..Kesahnya banyak ek tepung campuran dia, aneka jenis ada. Biasa beli yang original tu je la untuk goreng ayam. Memang sedap. Lagi-lagi kalau ko goreng sotong tepung, menjadi tepungnya lekat kat sotong, kalau guna tepung lain, hampeh berderai tepung sampai bogel sotong jadinya hahahaha..


Salah satunya Sis beli juga Tepung Bestari Ayam Goreng Garlic. Sekali tengok macam best aje kan, so Sis beli. Nanti boleh cuba. Sebab bulan puasa ni, time sahur ke time berbuka ke, memang rajin goreng ayam, so asyik goreng tepung kosong je kan, so kita cuba beli yang ni.

Mana laa tau sedapkan, nanti boleh beli lagi..tunggu nanti Sis cuba ya.


Dan yang satu lagi Sis beli Tepung Bestari Ayam Goreng Tom Yam. Nampak menarikkan. Baca je Tom Yam dah tau mesti sedap kan.. Sis belum cuba lagi ni, tapi dah masuk list menu berbuka dan sahur nanti. Tunggu turn je nak masaknya hehehehe.

Yang bestnya guna Tepung Campuran Bestari ni, dia tak payah ko salut dengan telur, just lumur ayam tu then terus goreng. Kalau ko nak salut dengan telur pun boleh juga. Tapi kalau tak salut telur pun dia tetap rangup. Kalau yang tepung original dia yaa, korang kena salut telur.

Sebenarnya ada banyak lagi tau jenis Tepung Bestari ni, cuma Sis amik 3 jenis ni je. Yang lain macam biasa je. 3 ni je nampak lain dan menarik hehehe.

Harga Sis lupa laa berapa ringgit, sebab masa beli main amik jer, tak perasan pulak harganya, nanti korang boleh tengok kat Shopee harganya. So korang boleh bandingkan kalau beli dekat luar.

Kalau di Johor, Pasir Gudang, korang boleh beli dan dapatkannya di Hero Market Pusat Bandar. Kalau tempat lain Sis tak pasti, rasanya ada kot di kedai runcit atau pasaraya. Cubalah cari ya.

Maaf ya, iklan ni bukan iklan berbayar. Ini posting Sis sendiri dan Sis kongsikan dengan pembaca semua. Kalau berbayar...mau panjang lagi bebelan Sis hahahahaha...


P/S: So harini, plannya nak masak udang salted egg! ..tungguuuu...

6 comments:

  1. Kita geng hantu telur masin sis. Sep sikit!

    Tak sabar nak tunggu udang salted egg sis 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa, pantang nampak dan tau ada menu salted egg, mesti nak cuba dan buatnya heheheh..

      Delete
  2. Belum pernah beli tepun salted egg tu..kalau jumpa memang beli terus. suka gak kalau ada stok tepung berjenis jenis macam ni. macam macam menu boleh cuba masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn senang plak tu nak membuatnyaa Fizah, semalam dah cuba goreng ayam garlic, sedap rasanya, rangup...

      Delete
  3. amboiii kemain banyak ko borong ekkkss..hahahha! ko buat la nanti ayam gunting guna tepung goreng tu..sedap gak tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana ada gak cakap, nanti aku try aku tunjuk ko ek hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.