Header Ads


RESEPI APAM POLKADOT CHE NOM YANG LEMBUT DAN GEBU


RESEPI APAM POLKADOT CHE NOM YANG LEMBUT DAN GEBU | Korang dah pernah cuba? Gebu tak? Ye laa tak semua tau kalau buat Apam Polkadot ni gebu naik macamtu. Sebab pernah terjadi kat Sis hahahaha, dia jadi bantat turun ke bawah, nasib baik tak meleper, cuma gambar takde amik, kalau ada amik dah Sis ko post ke Masak Apa Tak Jadi Hari Ni tu hahahaha.

Lepas dari kejadian tu, dah tak kowser nak buat dah, baik buat Apam Kampung jer, bodoh-bodoh tak reti buat apam, kalau buat Apam Kampung, kompom jadi punya hehehehe.

Tapi bila ada anak dah besar ni kan, dah ada geng dapur menolong, so apa je kalau nak makan, kalau boleh nak masak dan buat sendiri. Makanyalah, sejarah berulang kembali, kami anak beranak buat Apam Polkadot ni sekali lagi hahahaha. Takut gak tak jadi, kang bazir je kannn..

Anak belek-belek resepi, terus kata dia, kita cuba resepi Apam Polkadot Che Nom. Okay Sis setuju aje, sebab ramai review kalau ikut bulat-bulat resepi dalam blog Che Nom ni, kompom jadi punya. Dan ternyata, alhamdulilah jadi juga Apam Polkadot Sis yang gebu montok!.



Memang tak susah membuatnya. Senang sangat, kebetulan bahan-bahan semua ada. Cuma pewarna aje Sis guna je mana yang ada. Biasa le kalau yang mesti ada simpan pewarna kat rumah ni, hanya merah dan hijau, so jadilah dua color tu. Dot dot tu guna pewarna kuning telur hehehe. Nasiblah menjadi.

Cuma tak nyempat nak amik gambar semasa membancuh dan semasa picit adunan, dek di sebabkan habis tangan jari semua kena pewarna hahaha, kang tak memasal bercop-cop plak color kat casing handphone Sis hahahaha..

Dah meh nengok resepi. Resepi ni dapatlah 40 biji lebih macamtu. Puashati lee makan.

Resepi Apam Polkadot 

Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur size A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh ovallete
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan susu Full Cream Dutch Lady
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • Jem, jenis kesukaan anda
  • Piping bag secukupnya
  • Pewarna makanan



Cara Penyediaan:

  • Panaskan kukusan 
  • Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
  • Masukkan jem ke dalam piping bag. Ketepikan.
  • Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  • Masukkan ovalette dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kembang dan putih sekata. Haruskan pastikan adunan menjadi ringan supaya menghasilkan apam yang gebu apabila dikukus nanti.
  • Masukkan susu sedikit dan selang selikan bersama sedikit tepung sehingga habis.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Terpulang kepada korang berapa warna yang diperlukan. Bancuh bersama pewarna dan masukkan ke dalam piping bag.
  • Isikan cawan kertas ke dalam acuan lompang.
  • Picit adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh dan picitkan pula setompok kecil jem sebagai inti.
  • Kemudian tutup dengan adunan yang sama tetapi jangan terlalu penuh kerana perlu ada ruang untuk apam kembang bila kukus nanti.
  • Picit dot dot ke atas adunan.
  • Kukus selama 15 minit. 

Cuma Sis tak puashati betul dengan inti Sis tu hahaha..Sebab guna jem yang ada je. Sis guna jem roti perisa anggur tapi sebab tak banyak jemnya, kenalah picit sikit-sikit, sebab tu nampak macam lokek nauu intinya kan hahahaha..

Lepas ni kena beli jem sekampit simpan, nak buat lagi senang inti ada banyak, boleh picit intinya banyak-banyak hehehe. Yaa kalau banyak inti jem dalamnya, mesti sedap. Apam dah elok jadi, inti plak spoil. Nak gi kedai malas, masa buat tu tengah hujan hahahaa. 

Ini pun ingat malas nak kongsi kat blog, macam frust nengok inti tu, hahaha tapi takpelaa.. kejadian sebelum puasa haritu, ni baru rasa nak postnya hehehe..tapi serius cakap, buat sendiri puashati. Korang cubalah resepi Che Nom ni, kompom jadi punya. 

Terima kasih Che Nom untuk Resepi Apam Polkadot nya ni.. 


P/S: Harini nak buat Bubur Cha Cha, permintaan Suami nak makan Bubur Cha Cha ..siap dah beli semua bahan. Baiklah!..

16 comments:

  1. pernah buat sekali je..pastu malas. sebab kecil-kecil. mls nk tunggu benda tu kukus.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, kalau tak beriye memang tak buatnyaa lahaiii...

      Delete
  2. Rajinnya Sis Lin...kalau SA x tau la apa jadinya nanti...hahaha...tangan x seni buat kuih ni..sumpahan apa apa ntah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin tak rajin laaa, benda gini sekali je le buat, atau nanti lamaa baru buat lagi hahahaha

      Delete
  3. Cantik dah kejadiannya Sis Lin. Boleh cuba nanti tunggu abis PKP ler. Byk bahan yang xde kat umah nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kali ni menjadi gebunya, ikut resepi Che Nom tu haaa..cubalah..

      Delete
  4. pernah buat sekali dan fail. pastu taknak buat lagi dah 😊 tengok resepi cam senang je dan teringin lak nak buat. selamat berpuasa sis lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sis, dulu buat jadi bantat, tak naik, ikut resepi Che Nom ni menjadi plak gebunyaaa

      Delete
  5. selamat berpuasa sis! geramnya tgk rasa nak buatlah, tapi kena cari jem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa jugaa Fatimah..
      Yaa letak jem bebanyak baru sedap..Sis punya tu cenonet hahaha

      Delete
  6. da lama wei aku tak buat ni..dulu kan aku pernah berjualan gak benda ni...tapi benda ni renyah dan kadang2 tak menjadi seperti diharapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa macam pernah nampak ko pernah buat dan jual apam ni dulu...buat laa tapi memang gile renyah oii...kelam kabut pun yaaa, tu yang sampai tak amik gambo hahahaha

      Delete
  7. bahan2 dah ada kecuali piping bag.. tunggu kerajinan datang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis guna plastik bungkus makanan aje Her...sonang bangat...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.