Header Ads


RESEPI-RESEPI DALGONA COFFEE YANG MESTI KORANG CUBA DI RUMAH


RESEPI-RESEPI DALGONA COFFEE YANG MESTI KORANG CUBA DI RUMAH | Ada yang dah try buat dan minum? Ke ada yang dah berkali-kali buat dan meminumnya hehehe. Itu mesti penggile kopi macam Sis kan, tapi sejujurnya Sis cakap dulu ya, Sis masih lagi belum mencuba buatnya sendiri tapi Sis dah mencuba meminumnya hasil air tangan adik Sis yang membuatnya.

Serius! Memang sedap gile! Kena plak masa tu ke rumah Mak, adik offer nak buatkan, so Sis ON aje. Dan dengan itu juga adik buatkan Sis resepi asal yang sebenarnya Dalgona Coffee, yang menggunakan nescafe. Yaaa sekarang dah macam-macam orang dah derhaka resepi asalnya hahaha. Kreatifkan idea semua orang.

Yaa laa ikutlah tekak memasingkan, ada yang tak boleh minum nescafe, dia gantikan dengan kopi, tak boleh kopi, gantikan dengan milo, tak boleh juga milo, haaa ko tengok je laa resepi kat bawah ni ek. Si copy dan savekan gambarnya dan kongsikan di sini.

Kang lagi panjang lebor Sis ko menaip hahahaha.

Makaseh Kopi Tarik untuk resepi dan gambarnya. Mohon share ya.









Haaa tu dia, apalagi, silalah mencubanya ya. Orang kata cukup dan jadilah mencubanya sekali, tapi kalau rasa tak minum kopi atau nescafe, JANGAN sesekali mencubanya, kang lain jadinya. Elok lerr buat yang cokelat atau milo aje. Jangan nanti penyakit lain pulak hinggap gara-gara segelas Dalgona Coffee..

Macam Sis memang hantu kopi/nescafe, tu pun tak minum selalu. Yang wajib, minum secawan pagi dan petang. Malam kadang tak minum. Bukan tak boleh tidur, tapi nak kurangkan manis ketika minum malam, tapi Sis dah lebihkan kemanisan ketika tidur bersama Suami kakakakakakah!!..bengkekkkk je ko baca ekkk... wekkkk :p ..

Okaylah! Kang ada plak orang sakit jiwa baca ayat atas tu, hahahaha... so korang silalah mencubanya ya.. Kalau korang nak mencuba yang macam adik Sis buat pun boleh, korang bolek ke sini ---> Resepi Dalgona Coffee Mama DD ..

Selamat mencuba!! ..


P/S: Selamat berhujung minggu korang.. Jangan kemana-mana yaaa #JustStayAtHome ..

9 comments:

  1. aduhh nampak menyelerakan. saya peminat kopi tapi belum try. tak koser nak beli nescafe gara2 nak buat dalgona coffee, lepastu it tak kena tekak teruk expired nescafe tu. saya kurang sikit nescafe ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah, beli je yang 3in1 tu haaa Shirven hehehe..pun dah sedap...

      Delete
  2. nak try yg bukan coffee sbb not a fan of coffee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe try cokelat atau milo, pun sedap kata orang..

      Delete
  3. wow menggoda betul dalgona². semua nampak sedap tapi bab nak memukul sampai likat pekat tu rasa terbantut nak membuat. tapi kalau teringin gigih je kan :) tq share kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo guna hand mixer, tak sampai 5 minit da jadi da fiza

      Delete
    2. Hahahaa pakai mixer je bak kata Sunah tu haaa

      Delete
  4. aku da cuba da buat dalgona mocha dengan dalgona milo tu..memang tak akan jadi macam dalam gambar tu ye tuan puan..melainkan ko tambah ovallate...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo memang jadi biasa je ek...semua dah menderhaka resepi memanglah tak menjadi, yang asal hanya nescafe dan kopi, kompom menjadi hahahaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.